IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Imigresen Nak Tau Lubuk PATI, Meh Sini Kalau Berani...

>> Sunday, June 27, 2010


Istana Negara baru yang bernilai RM800 juta yang sedang dalam pembinaan ini, sedang dibina dengan air mata. Itu yang dapat di-simpulkan.

Kontraktor utama projek ini ialah Maju Jaya Sd.Bhd., (siapa punya tak tau,sebab tak ricky) yang melantik pula lagi 130 sub-kontraktor lain dengan lebih dari seribu orang pekerja yang terdiri dari 95% pendatang asing. Semua negara ada, Nepal? Vietnam? Bangladesh? Pakistan?(yang halal ada, yang haram ada dan yang makruh pun ada).

Memandangkan Istana Negara ini dibina untuk kegunaan DYMM SPB YDP Agung, maka banyak pihak-pihak yang berkuasa yang terpaksa berkerja 'overtime' untuk mempastikan kelancaran pembinaanya. (yang penting 'by-hook or by-crook', cukup 'time' kena siap sebab Tuanku Mizan nak bersemayam)

Namun apa yang sedih ialah bila ramai pekerja-pekerja pendatang ini yang bekerja keras membanting tulang empat kerat mereka siang dan malam, 7 hari satu minggu 'non-stop' terpaksa bekerja dengan air mata sebab telah tidak dibayar gaji dan telah gaji mereka telah tertunggak di-antara 4 hingga 5 bulan oleh towkey-towkey kontrek ini.

Lebih dari setengah pekerja-pekerja pendatang ini tinggal dalam keadaan yang kecewa dan rasa takut di rumah panjang atau rumah kongsi di-tapak pembinaan itu terasa telah di-tipu, di-ekploitasikan dan seperti hamba abdi sebab mereka tidak mempunyai paspot dan permit kerja yang sah.(Sampai ada yang rasa macam telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat)

Bila pekerja pendatang ini bertanyakan tentang hal gaji mereka yang tidak dibayar itu, majikan pula seolah-olah cuba mengelak dengan mengugut akan memanggil polis untuk menangkap mereka.

Yang lebih menambah parah ialah, sudah la gaji mereka tidak bayar ada pula majikan yang mengambil kesempatan dengan menjadi ceti bila majikan ini memberikan pinjaman antara 50 ringgit - 100 ringgit setiap minggu menyebabkan dah laa tak ada gaji, terhutang pula dengan towkey sendiri.

Ishss..isshh..., jabatan imigresen kalau nak membenteras pendatang asing, silalah ke tapak projek... lu orang boleh main permainan tangkap dan lepas balik atau tak tangkap langsung... hehehe... umnoapco/bn kebal undang2 maaa....

Polis...???? Lu orang jangan tanya la.. nampak pun buat2 tak nampak jer... semua pendatang asing yang ada di situ. Sekarang ni semua orang boleh buka mata siapa yang simpan pendatang halal dan haram, ada peluang untuk benteras.. sengaja di biarkan demi kepentingan kroni2 mereka... masing2 masyuuukkkkk...

Imigresen dan Polis...!!! Ada berani ke... buat serbuan ke tapak projek tu....??? Kabel kat kawasan tu mesti kuat punya.... wakakaakakkkk

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP