IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Beli Batu Jed Semasa Di Beijing.

>> Saturday, June 19, 2010

Sewaktu gua melawat Beijing pada penghujung bulan lepas, kami di bawa melawat ke Kilang dan Muzium Jed yang dikatakan satu2nya di China dan mempunyai kualiti Jed yang terkenal di seluruh dunia.

Harganya pula mengikut gred kualiti Jed tersebut hingga ada yang mencecah puluhan ribu RM, gua dan isteri cuma sambar yang harga ratusan RM sajalah... buat kenangan melawat tempat/negara orang.. tetapi yang original punya tau.., dan kami juga diberikan penerangan bagaimana untuk mengenal pasti Jed asli dan tiruan berdasarkan bunyi ketukan pada Jed tersebut... ada skill dan tekniknya beb...

Walau apa pun cerita berkenaan batu jed tersebut, nasihat gua hanyalah satu jer... iktikad iman kita jangan lari atau terpesong, tak pasal2 boleh jatuh syirik kepada Allah, kerana batu tetap batu... yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT.

Ini adalah kerana dari pemerhatian gua... ada juga dikalangan rombongan kami tempoh hari... seolah2 taksub dengan power batu jed tersebut. Ada yang swipe kredit kad dengan nilai RM10 ribu... gua perhatikan jelah..., kononnya baik untuk kesihatan... kua..kua..kua... gua no komen...

Juga seperti cerita dibawah ini.. yang gua cilok dari Blog Dr. Idham Lim. Sekadar berkongsi cerita... Wallahuaklam...

Penjelasan Tentang Batu jed - Sumber.

Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia adalah simbol kemuliaan, keindahan, maruah, dan ketinggian taraf bagi orang China. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai atau harganya yang tinggi tetapi kerana ia dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemiliknya.

Sebagai batu perhiasan, jed sebenarnya terdiri daripada beberapa unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia yang lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Berdasarkan hasil kajian sains dan teknologi, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh badan si pemakai menerusi kulit mereka. Hal ini amat berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit.

Jenis batu jed ada bermacam-macam. Antaranya terdapat sekurang-kurangnya 106 jenis batu jed yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit.

Terdapat juga batu jed yang dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Berdasarkan penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed pula, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Hal ini dikatakan bukan sahaja membantu untuk memulihkan daya penglihatan warga tua, malah boleh menyebabkan mereka merasa semangat.

Berdasarkan catatan daripada buku perubatan purba China, jed juga boleh dikemam dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Kaedah ini juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat.

Sebab itulah, jed dikatakan benar-benar dapat membantu untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan melanjutkan usia. CRI/-

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP