IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Anjing Menyalak Bukit.

>> Friday, June 04, 2010



Tindakan saman RM2juta yang dilakukan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan akhbar Suara Keadilan dianggap sebagai saman kosong dan usaha sia-sia sahaja.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ketika dihubungi oleh Suara Keadilan memberitahu tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali itu umpama saman kosong sahaja dan tidak boleh diambil tindakan.

Sehingga sekarang saya belum lagi menerima saman yang dikemukan oleh Ibrahim Ali itu, tetapi apa yang ingin saya nyatakan adalah setiap apa yang diperkatakan oleh anggota parlimen di dalam Dewan Rakyat mempunyai imuniti tersendiri dan tidak boleh dibawa ke mahkamah, jadi perkara yang dilakukan oleh Ibrahim umpama saman kosong dan sia-sia.

"Bila perkara yang berlaku didalam dewan di bawa ke mahkamah maka perkara tersebut akan dibatalkan terus oleh mahkamah setelah Saifuddin membuat permohonan.

"Saya yakin dengan Saifuddin setiap apa yang beliau hujahkan itu mempunyai bukti dan yakin dengan kebolehannya. Beliau akan mempertahankan setiap apa diperkatakan olehnya," katanya yang juga merupakan peguam kepada Saifuddin berhubung kes saman Ibrahim.

Beliau juga memberitahu disebabkan belum menerima apa-apa dokumen saman yang telah dikemukakan oleh Ibrahim, beliau tidak dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut.

"Saya tidak dapat berikan komen dengan terperinci sebab sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa dokumen saman, setelah saya meneliti segala isi kandungan dalam saman tersebut baru kita boleh tahu bentuk tindakan yang boleh kita ambil.

"Mengenai saman terhadap akhbar Suara Keadilan tidak ada apa alasan yang kukuh dapat Ibrahim kemukakan kerana Suara Keadilan hanya mengeluarkan berita melalui hujahan yang di lakukan oleh Saifuddin didalam dewan bukannya diluar," sambungnya lagi.

Sebelum itu Ibrahim telah mengemukakan saman RM2 Juta terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu kerana didakwa memfitnah beliau dengan membabitkan beliau dengan perniagaan perjudian Tan Sri Vincent Tan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Mac lalu.

Ibrahim juga mahu mengemukakan saman tehadap lidah rasmi KEADILAN atas alasan yang sama. Sehingga sekarang Saifuddin dan juga akhbar Suara Keadilan belum menerima dokumen saman yang dikemukan oleh Ibrahim. - sk

3 IkutSukaLu...::

Unknown Friday, June 04, 2010 12:00:00 PM  

dah ragam dia lagu tu..dulu ..kini..dan selamanya..
biarkan dia mati berangan...
orang g mengkhianati tuan guru..tak kan sampai kemana...

Putra IJ80 Friday, June 04, 2010 3:41:00 PM  

Quote"Tindakan saman RM2juta yang dilakukan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan akhbar Suara Keadilan dianggap sebagai saman kosong dan usaha sia-sia sahaja"unquote.

W/pon Kosong kosong ,ada yg.tersirat di sebalik nya.

Ibrahim Ali yg.dah kaya,RM Dua Juta tur tak memberi apa apa makna bagi dia.

Yang utama ,die bising bising agar kelihatan kuat,ada pengaruh,atau mana mana, yang sama maksud dgn nya.

Ini KUNCI utama, bila PRU13 bakal di adakan lagi tak lama.

Dia mau ada Pemimpin UMNO mencadangkan agar die di letakan sebagai calon BN di Putrajaya.

Tempat selamat w/pon tunggul kayu reput jadi calon nya,pasti menang,kerana di sana ada ramai kakitangan KERA-jaan yg.ikut saja perintah tuan nya.

Ibrahim Ali tau di Pasir MAS,PAS tak kan bagi lagi peluang pada dia,malah jika dia masok bertanding atas ticket BEBAS seperti yg.di lakukan sebelum nya.

Sudah pasti,dan MESTI kalah punya.

Otak penipu dari dulu kini dan selama lama nya.

POK YEM nie kurang sikit dari gila.

he!he!jgn maree.

Unknown Friday, June 04, 2010 7:51:00 PM  

Salam...
Cari publisiti murah la tuh...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP