IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

AHLI KITAB YANG KUFUR - Pesanan Buat Ulama umno.

>> Tuesday, June 01, 2010

“Hai orang orang ahli kitab, mengapa kamu kafir akan ayat ayat Allah, sedangkan kamu mengakuinya? Hai orang orang ahli kitab, mengapakah kamu mencampurkan yang hak dengan yang bathil dan kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahuinya? (3:70&71)”
Ahli Kitab adalah mereka yang bijak dan pandai, berilmu pengetahuan tinggi dan sangat mengetahui antara haq dan bathil itu dengan izin Tuhan. Mereka inilah Yahudi dan Nasrani yang diberitahu oleh Allah didalam kitab mereka (Taurat dan Injil) kedatangan seorang Rasulullah yang membawakan Kitab al Quran yang membenarkan kitab kitab mereka.

Namun mereka menjadi kufur kepada Allah kerana kedatangan Rasul yang dijanjikan itu tidak menepati kehendak dan apa yang mereka harapkan.  Maka mereka menyembunyikan kebenaran dari Tuhan walaupun mereka sebenarnya sangat mengetahui.

Dahulu telah berlaku dan akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku! Tuhan tidak menyebut Islam itu negara tetapi Islam itu kepada orangnya (individu),  begitu juga Yahudi dan Nasrani itu bukanlah negarannya tetapi adalah orangnya (individu) itulah Yahudi dan Nasrani itu!!!

Sesungguhnya ahli ahli kitab yang bijak dan pandai dengan ilmu pengetahuan dan pengajiannya, dizaman ini adalah para umara’ mahu pun sebagai orang orang bergelar ulama’ dikalangan tampuk pemerintahan itu. Namun mereka tetap menyembunyikan kebenaran dari Allah SWT dengan mencampur adukan antara yang haq dan bathil itu.

Mereka kufur tidak mahu mengakui dengan mengabaikan perlembagaan dari Tuhan walau pun mereka sangat mengetahuinya  dari Kitab. Mereka tidak berimankepada Kitabullah yang mereka sendiri membacanya. Undang undang yang dikuatkuasakan adalah perundangan yang mereka ciptakan sendiri, sehinggakan barang siapa yang mahu membicarakan urusan agama Tuhan itu mestilah  ditemuduga dan lulus peperiksaan bagi mendapatkan tauliah dan watikah terlebih dahulu dari mereka.

Barangsiapa yang tidak mengikuti garis panduan ini akan ditangkap dan dibicarakan untuk didenda atau dipenjarakan. Membacakan Kitabullah dan keterangannya adalah menjadi kesalahan disebuah negara yang kononnnya Islam yang termaju dan terkemuka didunia! Sedangkan undang undang mereka lebih mengatasi keluhuran undang undang dan hukuman Allah SWT.

Melanggar perlembagaan dan undang undang manusia adalah bersalah besar daripada kesalahan melanggar perlembagaan Tuhan, tidak menghormati titah penguasa yang be’raja’ dimata dan ber’sultan’ dihati satu dosa besar daripada engkar perintah suruhan dan larangan Allah SWT!  Sesungguhnya mereka itulah Yahudi dan Nasrani sebagai ahli kitab yang mengetahui haq dan bathil dari Tuhan tetapi menyembunyikan malah tidak mengakuinya sama sekali.

Sebagai contohnya, apabila judi yang diharamkan oleh Allah SWT telah dihalalkan, syaitan membisu seribu bahasa tanda bersetuju! Mereka tidak akan menyatakan bangkangan walaupun mengetahui judi itu adalah haram dan berdosa besar disisi Tuhan.  Judi itu adalah haram, maka tiada siapalah yang mengatakan ianya halal walau pun sekadar untuk bersuka suka apa lagi jika dijadikan sebagai satu sumber ekonomi.

Allah mengharamkannya kerana kemelaratan dan kemungkaran dari akibatnya lebih banyak  daripada faedah dan kemanfaatannya kepada manusia itu sendiri. Permusuhan malahan berbunuhan, melalaikan manusia dari bekerja dan berusaha, menjadi pemalas, hidup didalam angan angan, mencuri dan merompak, rumah tangga berantakkan sehingga anak anak menjadi mangsa dan terlibat pula dengan gejala tidak baik yang lainnya dan sebagainya.

Ada orang miskin menjadi kaya raya dalam masa sejam atau dua, ada orang kaya boleh menjadi miskin dan hina dina dalam tempoh hanya sejam dua sahaja., Apa sahaja yang kedapatan dari hasil perjudian adalah tetap haram walaupun dimasukkan kedalan akaun Bank Islam (M) Bhd!

Dengan adanya judi haram dan ada pula judi halal pada hari ini, sebelumnya telah pun ada rasuah halal yang dinamakan politik wang atau pun janji pilihanraya, maka adalah tidak muastahil sedikit waktu lagi akan ada bunuh halal, rompak halal, zina halal, arak halal, babi halal  dan berbagai bagainya lagi.

Sesungguhnya Islam yang syumul itu jika tidak dipraktikkan untuk menjadi contoh tauladan kepada semua manusia, maka janganlah berharap manusia itu akan tertarik dan terbuka hatinya untuk Islam malahan mereka pasti memperolok dan mentertawakan! Maka Yahudi  Nasrani  yang mereka Yahudi Nasranikan itu sentiasa gembira dan ketawa manakala Syaitan Bisu akan terus membisu kerana kerjanya telah dilaksanakan dengan sempurnanya oleh ahili ahli kitab yang mereka itulah yang sebenarnya sebahagian dari mereka.

Sesungguhnya manusia itu hanya menganiaya dan menzalimi diri mereka sendiri, sedangkan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya, namun manusia itu tidak mahu memikirkan dan tidak mahu pula mengambil pelajaran dari Allah SWT.

“Segolongan diantara orang orang ahli kitab itu bercita cita hendak menyesatkan kamu dan tiadalah mereka itu menyesatkan (orang lain) hanya diri mereka sendiri tetapi mereka tidak sedar (3:69)”

Wassalam dari AyahIssa

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP