IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

umnoapco : Sultan Pun Di Tipu.

>> Monday, May 24, 2010

Ini adalah kisah benar, ambil iktibar dari moral cerita tersebut dengan senario politik sekarang ini.

Dalam satu lawatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah dibawa ke kawasan di mana terdapat banyak burung di dalam sangkar yang terikat di sebelah atas pohon kayu di sana. Tuanku Sultan Sallehuddin begitu gembira mendengar burung menyanyi dan apabila burung-burung itu berhenti menyanyi Tuanku Sultan telah bertitah menanyakan sebab secara tiba-tiba burung itu berhenti menyanyi.

Ketua Pengarah Haiwan Tan Sri Ahmad Mustapha Babjee menjelaskan bahawa burung dengan sendirinya akan berhenti menyanyi apabila cuaca sudah panas, kerana burung menyanyi hanya di waktu pagi atau petang apabila cuaca sudah dingin, kadangkala selepas hujan turun dengan lebat sehingga cuaca menjadi sejuk.

Pada lawatan yang kedua ke Taman Pertanian untuk melihat apa-apa yang ada yang Ke Bawah Duli Tuanku belum melihat pada lawatan pertama Ke Bawah Duli telah datang agak lewat dan terus masuk ke pendalaman.

Apabila sampai ke kawasan tanaman pertanian tiba-tiba Ke Bawah Duli Tuanku terdengar bunyi burung menyanyi. Ke Bawah Duli telah membuat keputusan untuk beristirahat di situ untuk beberapa lama. Tiba-tiba burung yang sudah berhenti menyanyi tadi telah mula menyanyi lagu yang sama. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus tersenyum dan menyatakan terima kasih kepada Ketua Pengarah Pertanian Dato' Bakar Mahmud.

Waktu akhir lawatan Ke Bawah Duli Tuanku telah mengucap terima kasih kepada Dato' Bakar ' for your initiative'. Saya agak terpegun dengan kata-kata 'for your initiative' itu. Di waktu saya melawat Istana Selangor beberapa hari selepas lawatan itu Ke Bawah Duli Tuanku telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana Kementerian Pertanian telah memberi satu projek yang begitu bermakna bagi negeri Selangor, kerana Taman Pertanian itu ialah yang pertama seperti itu di dunia.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertanya dua soalan lain kepada saya. Pertama apa sebabnya saya namakan taman di Bukit Cahaya Seri Alam itu Taman Pertanian dan bukan Taman Botani. Saya menjelaskan bahawa di taman itu ada lebih dari projek tanaman dan kerana itu tidak boleh disebut botanical. Jika taman itu taman botani maka ia bukan yang pertama di dunia kerana beribu taman botani sudah ada di dunia. Taman Pertanian pula sebagaimana Kementerian Pertanian ada aspek perikanan dan haiwan selain kegiatan pertanian. Itulah sebabnya dipanggil Taman Pertanian dan bukan Taman Botani.

Soalan kedua lebih merupakan kenyataan iaitu 'Dato' Bakar tu budak kolej ya? ... Saya kenal dia'. Lantas saya bertanya kepada Ke Bawah Duli Tuanku apa maksud titah Tuanku 'thank you for your initiative'.



Jawab Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku 'saya tahu bunyi burung itu ialah daripada tape-recorder' dan bukan nyanyian asli. Mana boleh burung menyanyi bila suhu sudah panas. Tan Sri Babjee beritahu macam tu. Lagi pun macam mana burung boleh menyanyi lagu yang betul-betul sama dua kali.

'Titah Tuanku' Budak MCKK memang nakal .. tapi tak apa ... it was very nice of him .... he tried to please me.' Taman Pertanian adalah kebanggaan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

Kita perlu berhati-hati apabila kita memberitahu sesuatu kepada pengundi sebelum dan sesudah pilihanraya kerana rakyat adalah seperti raja di dalam pilihanraya.

p/s: Dulu, kini dan selamanya.... nak membodek dan mengambil hati Sultan... tipu.. pun tipulah... ha..ha..ha...

umnoapco... *!^!#**!????????????????????????

3 IkutSukaLu...::

MuazAzizan Monday, May 24, 2010 2:35:00 PM  

huhu...bagus jgk sultan ni, ad jgk ilmu. ingatkan mcm sstengah sultan tu mcm2 hal dgn kerabat, smpai dah loya ak dgr cite diorg. mcmla xde cite len lg. mentakedarah duit rakyat, buat keje xnak, pastu huru harakan negara. HARAM JADAH!

hj jamaludin,  Monday, May 24, 2010 4:06:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Nak hidup bro ! Kat dunia ni kalau tak menipu n merasuah macam mana nak hidup ? Bro ISA kat taman di bukit cahaya seri alam ada sang kancil dan ular tak?

Unknown Monday, May 24, 2010 5:42:00 PM  

Salam anakanda

Nasib dia baik peristiwa itu berlaku sekarang dengan Sultan yang cedik, kalau tidak pasti kepalanya terpenggal dari badan.

Sultan yang cerdik itu hanya memperli dan menyindir saja. Itu pun amat memalukan bagi yang berfikir!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP