IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

umno Kuda perkasa Atau perkasa Kuda umno

>> Sunday, May 02, 2010


Perkasa adalah UMNO..... UMNO adalah Perkasa. Bagai aur dengan tebing.... mereka saling memerlukan dan saling memperlembukan antara satu sama lain. Dalam bab memperlembukan ni.... aku rasa Perkasalah yang teruk kena tunggang. Perkasa menjadi perkakas UMNO untuk sesuatu tujuan.

Sebab tu.... mereka saling defend-men'defend' Untuk meniyakan persepsi ini, nah... baca kenyataan Dr Puad.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata adalah tidak adil untuk melabelkan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai sebuah pertubuhan yang rasis hanya kerana ia mempertahankan kedaulatan perlembagaan.

Nak tahu lebih lanjut baca sini.

Kononnya.... Perkasa cuma mempertahankan kedaulatan perlembagaan. Aha.... perlembagaan yang ada kaitan dengan hak-hak orang Melayu ler tu. Tapi, jangan buat-buat tak tau pulak, yang hak-hak orang Melayu dalam perlembagaan, dah jadi bangkai bernyawa yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Saki baki jasadnya masih ada..... no question about that, tetapi.... 'roh'nya dah dicabut. Dan... roh perlembagaan yang ada kaitan dengan hak-hak Melayu dah semakin lemah. Tangan durjana siapakah yang mencabut 'roh' tersebut??

Sudah tentu pihak yang pegang kuasa dan mereka tak lain dan tak bukan ialah..... Barisan Nasional yang didominasikan UMNO. UMNO yang perlahan-lahan cabut 'roh' tersebut. Bukan MCA... bukan MIC... apa tah lagi pihak pembangkang. It's all UMNO's doing. Ada paham?? Jangan nak berpura-pura, hipokrit!!

Yang tinggal.... hanya kuasa politik Melayu pada UMNO. Dan... itulah yang UMNO cuba pertahankan. Mereka sebenarnya takut kehilangan kuasa. Sebab.... dengan kuasa itulah para pemimpin UMNO boleh mengayakan diri serta keluarga, sanak saudara dan kroni mereka. Mereka boleh jadi RAJA di zaman melinium ini. Mereka sedar.... sudah banyak orang Melayu dah sedia maklum akan hakikat ini dan mereka juga tahu serta takut kesedaran itu akan mengakibatkan mereka hilang kuasa. Jika hilang kuasa.... they're nothing!!

Selanjutnya: M3M

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, May 02, 2010 3:59:00 PM  

ahahaha tak kira sapa kuda sapa..dua2nya sama poser pelingkup penjahanam melayu..tapi PERKASA lebih murah dari UMNO.. sbb apa??

yuran seumur hidup PERKASA RM10..sahaja..UMNO sampai RM100... ahahahahahhaa..tu la budak2 ramai jadi PERKASO!!!!!!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP