IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tolonglah.... Adil Sikit Kepada Polis.

>> Monday, May 03, 2010

Kata Menteri Dalam Negeri:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.

Beliau berkata isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, Isnin lepas tidaklah perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.

Hishammuddin turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak yang seringkali membuat kenyataan yang langsung dilihat tidak pernah memihak kepada pasukan polis.

"Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?" katanya.
Seperti juga dengan apa yang diperkatakan dibawah oleh yang gua petik dari Group Respeks;
Kebanyakan kita tidak faham fungsi, tugas dan bagaimana PDRM menjalankan kerja mereka. Masyarakat hanya tahu dan mahu komuniti mereka aman, harta benda mereka selamat dan nyawa mereka dilindungi, soal2 lain polis yang ambil tahu.

Biarpun nyawa polis terancam.mereka lantang bercakap soal kredibiliti dan integriti tetapi soal dalam rumahtangga dan keluarga mereka sendiri tidak terjaga. Anak-anak mereka pada usia 15 tahun keluar rumah curi-curi sampai jam 2.00 pagi. Diwaktu inilah jenayah sering berlaku. Ini menunjukan remaja tersebut sudah terbiasa dengan keadaan ini. Cuma sebelum2 ini dia bernasib baik.

Benar,  bila terdengar " remaja 15 tahun ditembak mati polis" ..adalah tidak wajar. Tetapi polis tahu ker yang susuk tubuh dalam kereta yang dipandu laju selepas merempuh kereta, motosikal dan langgar lampu merah itu berusia 15 tahun?

Pelaku jenayah adalah liabiliti bagi negara. Polis mencegah dan menghapuskan golongan sebegini.Selama ini , PDRM berjaya menjayakan tugas mereka dengan baik menjaga keselamatan negara. Jangan hanya kerana nila yang disangka susu setitik ini merosakan negara dan rakyat keseluruhan hanya kerana  provokasi pemimpin politik yang mempunyai agenda jelas merampas pucuk kepimpinan sedia ada negara.
Dari petikan di atas, bagi gua ada yang positifnya juga, jika di kaitkan dengan kenyataan Menteri KDN tak banyak bezanya, permasalahannya ialah, berintegritikah dan bebaskah Polis2 di Malaysia ini, kerana terlalu banyak cenkaman politik lah yang membuatkan integriti polis tergugat dan terpalit dengan pelbagai amalan jijik serta besar kepala. Balasan jawapan dari email di atas seperti di bawah ini...
Tapi kalu cerita nie jadi mcm nie ko nak kata apa plak?

Shah Alam 29 April 2AM : Seorang anggota polis telah ditembak mati dalam kejar-mengejar semalam di bandar shah alam. Suspek melarikan diri sejurus terserempak dengan kereta peronda.

Dalam kejar mengejar itu pihak polis berjaya menyekat kenderaan berkenaan dan secara tiba2 suspek mengacukan senjata lalu menembak kereta peronda bertalu-talu. Pemandu kereta peronda mengalami cedera parah manakala rakannya mati ditempat kejadian"

Lepas tue bolehlah nanti kau kata.."Takziah kepada mangsa...kesianyer. .mari kita semua sedekahkan al-fatihah untuk arwah" Kalu itu ahli keluarga Lu..Lu mau ka..?

Jadi... apa macam sekarang ini, pro and contranya...? Kepada Hishamuddin... tak perlulah nak aww..aww.. lebih2 pasal Polis. Tolong bebaskan Polis dari cengkaman Politik, letakkan di bawah kuasa Parlimen atau di bawah kuasa Agung dan jadikannya sebuah badan yang bebas.

Keganasan Polis terhadap rakyat...?

Ini bukanlah yang pertama kali berlaku... sudah berlambak2 dan berderet senarainya, buka mata buka telinga... review balik semuanya. Jika tidak... rakyat tidak akan mencebik bibir jika di sebut perkataan "Polis". Itu tandanya rakyat semakin menyampah.... ini bukanlah perkara baru... tetapi sejak zaman polis berseluar pendek lagi.

Yang paling utama...!!! Pecat atau tamatkan saja perkhidmatan Ketua Polis Negara sekarang ini. Jenayah semakin menjadi2 dan kecuaian pihak polis juga semakin berleluasa di bawah pemerintahan beliau. Sesungguhnya beliau tiada kredibiliti lansung untuk menjadi KPN..., lantikan beliau pun adalah ehsan daripada MahaFiraun atas khidmat mengusung tilam di era 90'an.

Seperti kes ini..... ada betul ka...????

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, May 03, 2010 7:49:00 AM  

kepercayaan rakyat kepada polis pudar kerana cengkaman politik pemerintah. apabila rakyat melihat polis bukan sebuah badan yg dapat berjalan dengan bebas mengikut lunas undang-undang dan bertindak adil kepada semua pihak. apabila kepercayaan hilang ini lah yang berlaku. menteri dan ketua polis bercakap seolah2 untuk melindungi sesuatu apabila sesuatu kejadian berlaku, ini dengan sendirinya menimbulkan syak dan wasangka. kita semua sedar sesuatu yang berlaku itu ada bersebab dan tidak semestinya kesalahan sebelah pihak, tapi biarlah siasatan dijalankan dengan telus yang tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berat sebelah dan bodoh. kenyataan menteri dan kenyataan ketua polis umpama alasan budak-budak 10 tahun main polis sentri.. itulah hakikat.

Anonymous,  Monday, May 03, 2010 9:58:00 AM  

Terus terang aku katakan di dalam bab-bab menjaga keselamatan awam, aku tak percaya pada polis. Di dalam beberapa insiden, apabila berlaku kecurian, kita pula disalahkan, sebab tak pasang gril, tak tutup tingkaplah, tidak menyediakan kunci tambahan dan sebagainya. Tapi persoalannya adakah kecurian akan berlaku jika pihak polis benar-benar menjalankan tugas?

Jika berpuluh tahun dahulu, kita boleh lihat polis berjalan kaki mengawal atau melakukan sentri di jalan-jalan tertentu, namun sekarang mereka hanya berada di pejabat atau di dalam kereta peronda yang tidak efektif dalam menjadi elemen yang menakutkan para penjenayah.

Sebagai rakyat kita tidak memerlukan polis yang hanya pandai menembak, yang kita perlukan ialah polis yang bekerja mengawal keamanan dengan telus dan ikhlas yang mampu membuatkan kita rasa aman dan tenteram, dan pada masa yang sama keberadaan polis mampu menutup niat penjenayah untuk melakukan jenayahnya.

* dari segi logik warna dan ketebalan uniform PDRM sahaja sudah tidak mesra rakyat. Uniform sedemikian tidak memungkinkan mereka untuk berlegar-legar mengawal keamanan di tengah matahari terik.

Anonymous,  Monday, May 03, 2010 11:44:00 AM  

mintak tolong???? baru nak merayu supaya rakyat berlaku adil setelah telo ko tersepit..... pi mampos la. polis ada tolong rakyat yang buat himpunan aman tak? berapa kos sembur air dan gas untuk disumbangkan kepada rakyat yang berhimpun?? ada tolong ka???? ada akai ka??? ada otak nak pikir ka??? lu ingat kita ada mau tolong ka???

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP