IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Slogan Malaysia Boleh...???? Boleh Mampus...!!!!

>> Saturday, May 15, 2010

Walaupun badminton adalah antara aktiviti sukan utama gua, dan gua mempunyai team badminton sendiri sejak tahun 1995 hingga la ni...., tapi dalam kejohanan "cawan Thomas" baru2 ini gua tak ambik pot lansung... sebab dah tahu sesangat dengan tahap kredibiliti sukan malaysia nih.... bukan setakat badminton saja, tetapi hampir dalam setiap bidang sukan, terutama sekali bolaspak... semuanya macam sial....

Semua kerana adanya campurtangan politik... oleh ahli2 politik yang bangang dan tolol... yang berlagak pandai terutama sekali bolasepak... dari dulu, kini dan selamanya.. asyik mamat negeri kasino tu jer... nak monopoli..., lain kali bagi pada yang ahlinya sahaja... kaki bangku tak payah menyibuk... macam sial jer... muka2 bangsat penyibuk tu semua....

Dan pagi ni.. pula apabila gua buka email... dalam "Boxbe" gua ada email dari sorang mamat nih... so.. gua tak nak cakap banyak terus upload dalam blog dan kita pakat2 syer baca luahan perasaan dia...., jom kita layan..... tajuknya;

Mengapa Malaysia kalah atau gagal dalam misi untuk memenangi piala rebutan berprestij THOMAS CUP?

1. Yang pertamanya ..... Laungan 'Malaysia Boleh' 'Malaysia Boleh' menampakkan yang kita seolah2 takbur ...... membangga diri .... cakap besar .... boasting. Justeru itu, slogan 'Malaysia Boleh' tidak lagi relevan sebab ianya juga boleh tidak membawa manfaat. Malah membawa mudarat pun boleh. Sebab slogan 'Malaysia Boleh ......' boleh membawa maksud kepada pelbagai macam kesan (effects/results). 

"Boleh' disini ...... serba jenis 'boleh' boleh berlaku .... bukan sahaja boleh menang .... boleh berjaya ..... malah boleh kalah pun boleh ..... boleh terkandas pun boleh ...... boleh lingkup pun boleh ....... boleh bungkus pun boleh. Pendek kata macam2 'boleh' boleh di kaitkan dengan slogan 'Malaysia Boleh' ciptaan yang tak membawa manfaat tu.

Macam2 boleh di tambah selepas slogan "Malaysia Boleh ...." ....... boleh itu .... boleh ini ..... baik positif maupun negatif effect.

2. Yang keduanya..... Penyokong2 Malaysia menampakkan seperti 'penyokong membawa rebah' sahaja jadinya dengan lagak melampau2 dengan membuat bising semasa setiap pukulan 'smash' dari pihak pemain Malaysia ... walaupun 'smash' tu tak menjadi dek dapat di tangkis oleh pihak lawan.

Terlampau2 kuat membuat sorakan tempikan dengan bising lagi, bertambah riuh pikuk, hingar bingar satu stadium .... yang secara tak disedari boleh mengganggu konsentrasi pemain. Ini boleh menjejaskan tindak tanduk dalam aksi pemain. Cara begini walaupun berniat untuk memberi semangat kepada pemain tapi ianya boleh disrupt konsentrasi mereka yang beraksi di gelanggang. Distract attention pemain.

Cuba perhatikan penyokong2 negara lain .... mereka tidaklah menunjukkan 'over-excited' melampau2 punya expression and actions terhadap menyokong pemain2 mereka .... walaupun pemain2 mereka menunjukkan prestasi yang begitu menakjubkan.

Contoh penyokong2 Indonesia .... mereka tidak menunjukkan perangai terkinja2, terhegeh2, tergedik2 macam kera kena belacan saja (seperti yg ditunjukkan oleh penyokong2 kita dari Malaysia). Orang2 Indonesia pun banyak juga yang jenis macam hooligan .... tapi mereka tidak menunjukkan perangai mereka dalam situasi seperti ini. Nampak sangat tahap atau standard kita begitu rendah sekali dalam penampilan kita dimata umum (ini boleh dikira dimata dunia ... kerana ianya menerusi 'live telecast').

3. Lagi satu kita ni perasan lebih .... seolah2 kita saja yang handal. Pihak lawan.... kita pandang rendah tentang tahap pencapaian mereka .... walhal mereka punya tahap pencapaian dan prestasi mereka adalah lebih baik dan lebih jauh kehadapan dari kita. Nampak macam kita ni jenis 'syok sendiri' saja. Jenis 'masuk bakul angkat sendiri' lagaknya.

Perhatikanlah dari setiap reaksi di pihak media, dipihak pengacara di tv, dipihak wartawan, dipihak penyokong yang jenis terlalu taksub, dipihak penganjur, dipihak ahli2 politik (termasuk pak2 menteri) dan sebagainya.

Tapi tidak begitu dipihak pemain2 sendiri. Ini kerana mereka yang akan beraksi di gelanggang. Mereka yang memikul beban. Merekalah yang bertungkus lumus, merekalah yang berhempas pulas. Penyokong2 hanya sekadar dok tengok saja tau. Yang dok tengok tu cuma untuk seronok bersorak-sorai saja. Tanggungjawab keatas bahu mereka harus di pikul dan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.

Bagi pihak yang hanya pandai bercakap ..... selalunya akan melaung2kan .... 'boleh' .... 'mesti boleh' ..... 'pasti boleh' ..... senang dan cukup mudah aje ler ....

Cuba beraksi sendiri di gelanggang .... mau terkincit ..... mau tercirit birit dibuatnya .... pada mereka2 yang sering dok memberi semangat berkobar2lah kononnya .... pikiaq ambik la. Cakap memang senang ... bikin kalu? baru tau langit tu tinggi ke rendah?

4. Yang paling mengecewakan adalah kerana banyak sangat campurtangan politik dalam BAM. Semua pakat nak get involve. Jantan betina tua muda pakat nak menyibuk sama. Malah campurtangan politik dalam semua bidang sukan dan juga olahraga dalam negara kita cukup paling ketara sekali. Sebab itulah kita tidak boleh mencapai kecemerlangan dalam banyak acara2 yang dipertandingkan. Campurtangan politik lah yang menyekat dan menghindar kita untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang2 sukan dan olahraga.

5. Jinx pun boleh disabitkan juga dalam perkara seperti ini. Iaitu bila kita mempunyai peluang dan kelebihan beraksi bertanding di gelanggang sendiri ..... di laman sendiri .... ditempat sendiri (home ground) ditambah dengan sokongan dari puluhan-ribuan penyokong2 kita sendiri pulak, sudah sepatutnya membuka ruang yang lebih memihak kepada kita. To our advantage kata matsaleh. Tapi ini tidak berlaku .... tidak terjadi. It never happen.

Memang JINX lah tu. SIAL dalam lain perkataan. Siapa gamaknya yang membawa SIAL kepada misi ini ya? Nampak macam kita boleh sense akan PEMBAWA SIAL tu ....... siapa ya????

Pada pertandingan semi-final antara Malaysia dengan China pada Jumaat 14 Mei 2010 - Thomas Cup di Stadium Putra Bukit Jalil .... puak2 penyokong (Malaysian supporters) meregangkan kain rentang berbunyi ....  "BRING BACK OUR CUP"

Apa ke jadahnya? Thomas Cup yang jadi piala pusingan (rebutan semua negara yang berkelayakan) dianggap puak2 Malaysian supporters sebagai "OUR CUP" ..... kira macam PIALA THOMAS tu hak mutlak kita yang punya ka...?

Apa punya bodoh.... apa punya tahap mentaliti yang begitu rendah rakyat Malaysia kita ni. Entah dia orang faham ka... bahasa Inggeris yang digunakan tu? Memalukan saja. Di mata dunia woi ..... satu dunia boleh nampak. AS IF THE CUP BELONGS TO US.

sincerely,
Muhd Nawi

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Saturday, May 15, 2010 10:33:00 AM  

lebih kuah daripada sudu.itu jadinya.Malaysia mmg jauh ketinggalan drp China.Jangan pk nak menang.Nak bg cabaran pun xbleh.Kesimpulannya player kita manja.Belum umur 30 dah dapat Datuk.

Anonymous,  Saturday, May 15, 2010 11:39:00 AM  

Puak2 ni perasan dia hebat sangat...specus puak2 begini boleh dikatogerikan sebagai banggan dan bahlol... atau tongong!!!!

hj jamaludin,  Saturday, May 15, 2010 12:35:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Apa apa pun para politik UMNOBN APCO memang dah jangka segala permainan Sukan di Malaysia baik dari guli hingga ke terjun kat kutuk utara akan kecundang dan tidak akan mendatangkan asli .So memang Puak UMNOBN APCO dah jangka 5 tahun lalu , sukan di Malaysia tidak akan ke mana pun. Dan Puak UMNOBN APCO telah mencipta sukan yang akan menguntungkan kera jaan 1 Malaysia iaitu sukan sambil berjudi di Halalkan . Cuma sukan sambil berjudi lah akan mendatangkan hasil negara. So kita pakat ramai ramai menjerit MALAYSIA BOLEH BERJUDI SAMBIL BERSUKAN ! .HIDUP BN ! , HIDUP UMNO ! , HIDUP APCO !.Buat lah negara Malaysia macam mak bapa kau yang punya.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP