IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Selamat Maju Jaya gua ucapkan.. kepada umno.

>> Thursday, May 13, 2010

Kenyataan Mufti Perak ini  menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram  walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan  Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

************************

Kepada puak2 umno totok dan yang berkarat, sekarang amacam beb... kenyataan ini bukannya dari Tuan Guru Nik Aziz, bukannya dari Tuan Guru Haji Hadi dan bukannya dari mana2 alim ulamak puak pembangkang.

Ini adalah kenyataan dari orang kuat umno.... ular dalam semak umno, masih nak sokong lagi umno... ha...ha..ha... lu orang semua pun ada saham syubahat dalam menghalalkan perkara yang secara terang2gan adalah HARAM.

Lu orang sokong umno... lu orang sokong JUDI... Awang Adek dan Najib Razak dah tempah tiket ke neraka... lu orang pun nak ikut serta...?

Jawaplah depan Allah nanti... Selamat Maju Jaya gua ucapkan....

3 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Thursday, May 13, 2010 7:58:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Gua macam berada di dalam syurga bertemu arwah isteri gua ! Betul ke!Mufti Perak kata begitu perihal hukam hakam judi yg di war war kan oleh Awang Adek ??????????????????
Atau gua bermimpi di siang Hari???
Bro ISA lu tolong lempang muka gua ni! Atau lu sahaja nak kena kan gua!!!!!!!!!!!!

Isa Thursday, May 13, 2010 9:32:00 PM  

hj jamaludin,

gua tak pandai menipu dan mengampu macam puak2 tu...

CodeNameSomaliPirate Thursday, May 13, 2010 10:56:00 PM  

ISA ISA ISA (3X)

Arak tidak diharamkan di Kelantan, kata N.ajis pada satu masa dulu kerana ia minuman bangsa/agama lain.

Jadi apa bezanya judi bola yang di'halalkan' oleh kerajaan kepada bukan Islam. Hukuman tetap dikenakan kepada orang Islam yang berjudi apa pun

Oleh kerana terlampau taksub dengan politik pas maka sdr tidak lagi mahu menggunakan akal sdr yang memang pendek itu

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP