IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sejarah Yang Bangkit.

>> Sunday, May 23, 2010

PENINGGALAN KERABAT SULTAN SINGAPURA: Dua pending, iaitu perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang, antara pusaka sultan terakhir Singapura, Sultan Hussain Shah, ditebus oleh Taman Warisan Melayu (TWM) daripada sebuah kedai pajak pada harga $16,625 setiap satu. -- Foto TUNI SHARIFF

SINGAPURA

Pending diraja diperolehi dari kedai pajak

Oleh
Shamsul Jangarodin.

HARTA peninggalan kerabat sultan terakhir Singapura, Sultan Hussain Shah, sukar dijejaki kerana tiada rekod yang dapat menunjukkan di mana ia berada.

Namun, dua pending emas kurun ke-19 berjaya dijejaki pada 2008, bukan di tempat yang seharusnya ia berada, tetapi di sebuah kedai pajak di Tampines.

Dua pending itu, yang merupakan sejenis perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang, ditebus oleh Taman Warisan Melayu (TWM) di kedai tersebut pada harga $16,625 setiap satu.

Pending-pending itu direka khas dengan corak Melayu Johor-Riau-Lingga yang mempunyai unsur-unsur geometri Islam dan dihiasi dengan batu-batu permata, seperti berlian dan delima.

Ia ditebus semula untuk dijadikan bahan koleksi bernilai tinggi TWM kerana pending-pending tersebut mempunyai unsur-unsur warisan Melayu Singapura.

Menurut kurator muzium TWM, Encik Khalid Shukur Bakri, TWM mengetahui tentang dua pending itu daripada seorang waris ketujuh Sultan Hussain, Tengku Mohammad Shawal Tengku Abdul Aziz.

Menurut Encik Khalid, pending-pending itu digadai oleh seorang waris Sultan Hussain tetapi apabila tempoh gadai selama setahun semakin berakhir beliau tidak mampu menebusnya.

Tengku Mohammad Shawal kemudian menyarankan Yayasan Warisan Melayu menebusnya untuk dipamerkan di muzium TWM.

'Kedua-dua pending ini amat istimewa kerana ia merupakan satu-satunya artifak keluarga diraja Singapura yang ada di TWM dan artifak paling berharga milik TWM.

Sumber hasil cilok dari blog Kerajaan Rakyat. Maklumat selanjutnya boleh baca di sana, gua cilok sikit jer... takut kena pelangkong dengan Bro. Sofi Yassin.... ha..ha..ha.... 

p/s: Di Malaysia bagaimana pula..??? Institusi KeSultanan Melaka tidak mahu dikaji dan dijejaki ke...???

Pertanyaan ini bisa membuatkan Dr. Ibrahim Ghaffar tersenyum.... apa macam Dr...???

1 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Sunday, May 23, 2010 10:11:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
MasaAllah ,sampai kubur dok panggil gua pun baru hari ini gua tahu ada kaum kerabat Sultan Hussain Shah di Singapura .Dan Sultan di iktiraf sebagai Sultan terakhir Singapura . Biar betul dulu kat sekolah rendah dan sekolah tinggi pun tak pernah gua belajar atau terjumpa nama Sultan Hussain Shah malah dikatakan Sulatan terakhir Singapura??? Atau arwah ibu gua tersilap bersalin gua kat " Hospital Kandang Kerbau"? Tapi bab gadai madai ni gua memang tak hairan la kerana orang Melayu tak kira dari darjat kuli sampai ke Sultan memang tak lari mengadai barang dari botol (macam cerita Seniman bujang Lapuk)sampai ke Tanah / Diri . Kes boleh di Maafkan kerana darurat . Tak percaya tanya Dr Mashita , kalau darurat atau terancam boleh gadai diri.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP