IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

'Saya berasa malu kepada Allah" perghhh.. cayalah...

>> Thursday, May 13, 2010

Sebelum ini gua sangat tertarik dan terharu dengan kenyataan Zulkifli berbunyi 'Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama PKR...'  gua betul2 terharu kerana ayatnya power beb.... ha..ha..ha...

Gua merasakan kenyataan itu patut difikirkan secara mendalam oleh semua YB-YB yang beragama Islam. Zul Kulim ni... seorang yang berprinsip mulia dalam perjuangan politiknya. Syabas gua ucapkan kat mamat Zulkifli ni..!!!!  Sesungguhnya mamat ni seorang pejuang agama yang benar-benar berprinsip yang mendapat pelbagai dugaan dan rintangan.

Baguslah kalau mamat ni... betul malu pada Allah, sayangnya kebanyakan yang bercakap begitu kerana bila tak dilantik dalam parti, mulalah keluar parti dan mengata itu dan ini, apabila hajat tak tercapai ada-ada saja alasannya, apabila diberi jawatan.... takda pulak perasaan malu kepada Allah.

Tapi kalau betul malu kepada Allah.. kenapa mamat ni... begitu selesa berada di pihak yang telah meluluskan lesen judi bola sepak...???? Apa komen mamat ni berkaitan judi pertaruhan bolasepak piala dunia...????

Tak malu ke...? Bersekongkol dengan parti haramjadah umno yang menghalalkan perkara yang haram, ohhh... itu takda apa2... yang haram boleh jadi halal kerana duit dah masyuuuuuukkkkkk..... dah kowtim dengan Najib di Amerika hari tu... janji masyuuukkkkk... halal.....

6 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, May 13, 2010 9:17:00 PM  

orang pakai kopiah hari2 lekat kat kepala ni bukan leh pecaya... ahahahhahaa

Anonymous,  Thursday, May 13, 2010 9:23:00 PM  

Zul Kulim Kimak: Ergg.. gua mana masuk upno. gua cuma ikut najib jalan2 makan angin jer.. Betul upno luluskan lesen judi tp gu bukan MP upno. gua MP bebas.

Dulu gua x puas hati dgn pakatan rakyat sbb isu kalimah Allah. tp skrg ni bila upno luluskan lesen judi gua senyap jer sbb najib dah ajak gua jalan2 mkn angin. ehh... apa yg gua cakap ni... errrr... kantoi plak...

fs-86 Thursday, May 13, 2010 9:38:00 PM  

Dia tak kesiankah kepada penyokong PKR yang dok bergadai nyawa memasang bendera di atas pokok kelapa, muslimat PAS yang berpanas terik merayu undi untuknya lalu dia berpaling. Sekurang2nya letaklah jawatan. Jika alasannya atas prinsip perjuangan, adakah perjuangan yang berprinsip mesti bersandarka jawatan ahli parlimen tersebut.

Semoga tuhan membuka pintu hati Zul Kulim

melor45 Thursday, May 13, 2010 9:39:00 PM  

Aku tergelak dan terpanggil untuk mengumil diruang ini kerana beberapa sebab.....
i.Masihkah ada orang yang mempercayai kata-kata simunafik Zul pelaq nie.
ii.Zul pelaq berasa malu bersama PKR tetapi dia lupa dan tak malu dok sapu elaun YB sebanyak RM15 ribu sebulan atas tiket PKR.Kalau ada maruah dan integriti lepaskan jawatan yang berbau busuk dan penuh dengan ahli yang khianat tuu.
iii.Jelaskan semua utang-utang yang PELAQ dok buat semasa Plihanraya dulu,nanti diPadang Mahsyar dok kendong duit nak bayar utang kepada orang yang hang dok janji dulu, perkara ini YB Zul Pelaq wajib lakukan buat sebab beliau merupakan orang yang amat cinta ISLAM dan ALLAH,nanti Allah tak izinkan enta memasuki syurga kerana ada hutang dengan sesama manusia ,sesia saja semua amalan baik dan sifat zuhud enta selama ini.Semua manusia lain haprak belaka mengikut penilaian enta kecuali Najib PM and his First lady.

Zul Kepong,  Thursday, May 13, 2010 9:50:00 PM  

takyah layan la mamat kulim nie..kalo jumpa biawok tengah jalan..lebih baik kita kawan ngan biawok dari kawan ngan mamat kulim nie.......

hj jamaludin,  Thursday, May 13, 2010 9:59:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Beri lah peluang kepada Zul Kulim untuk ber fikir kerana semasa beliau di dalam PKR pun beliau mengambil masa 2 1/2 tahun baru beliau sedar dan beliau berkata "
'Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama PKR"
Maklumlah Zul Kulim ni bukan lembab untuk berfikir tapi kurang bijak (kamus pelajar ertinya BODOH la TU )Dan gua yakin selepas 2 tahun dari sekarang , Zul Kulim akan berkata "
'Saya berasa malu kepada Allah,para malaikat,Rasul-Rasul,Nabi-Nabi, Ulamak-ulamak,Sahabat sahabat Nabi,JIN JIN, Syaitan Syaitan, Hantu hantu, babi-babi, dan umat Islam untuk terus bersama BEBAS alias UMNOBN APCO". Gua takut nanti bila nak dekat PRU 13 akan datang , ZUL KULIM mengangis keluar air mata dan bertaubat nasuha atas kesilapan nya kerana bersandar UMNOBN APCO JUDI . Ada pulak Blogger Pakatan Rakyat dan komentar komentar termakan main tangisannya.Melayu mudah lupa.???

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP