IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Punca Kebodohan Mereka, Rakyat Terbeban.

>> Saturday, May 01, 2010

Fiction from the Photo
Najib: hai pening kepala aku, negara banyak hutang, bini kuat shopping, kapal selam tak leh menyelam, cinta hati ku di bom, anwar dah lepas, kes liwat tangguh, saiful pun tak reti berlakon, biasiswa dia lagi, polis makin menyangak, perkasa lak bikin spoil... adoi... mau kiok aku.

Aku(tak dak dalam gambar... ah): tu la.. bapak jadi menteri ko pun nak jadi menteri.. gi jaga anak lu la bro.. ahahahahahahhaa

Buletin Utama,TV3 sebentar tadi menyiarkan mengenai laporan mengenai GST. Nampaknya, GST ini memang bakal diimplementasikan dalam masa terdekat selama yang mentadbir adalah kerajaan BN. Sidang perbahasan mengenainya ditangguh kerana untuk memberi peluang beberapa orang MP bebas yang telah keluar parti dan adanya yang dipecat untuk membuat pendedahan palsu. (ahahahaha gila gua punya mukadimah wei).

GST diramalkan memang sah akan diimplementasikan. Dalam laporan mengenainya di Buletin Utama, TV3 sebentar tadi, beberapa orang ahli ekonomi telah ditemubual. Apa yang menarik hati saya adalah kenyataan seorang ahli ekonomi ini yang berkata,

"if u don't want to pay the tax, don't buy the goods"

Sah di sini, bahawa kenaikan harga barang yang dah diGSTkan pasti meningkat.

Persoalannya, semasa pemerintahan di bawah MP Pekan daripada BN ini, apakah misi kerajaan yang sebenarnya? Mencapai ekonomi berpendapatan tinggi? Atau mencapai negara tanpa kemiskinan tegar dan pertengahan? Apabila harga naik, bagaimanakah orang miskin nak hidup? Sedangkan golongan pertengahan hidup pun boleh kata susah dan payah.

Mengapa saya kata GST merupakan perangkap kepada rakyat Malaysia dan juga Pakatan Rakyat?

Hal ini kerana, kononnya kadar pengenalan GST adalah 4%, tetapi kadar tersebut adalah kadar pengenalan, selepas berkenalan, mulalah lebih, maksud saya tidak mustahil kadar tersebut meningkat, kan? Pasti anda yang terbaca posting saya pada kali ini juga sedar, kadang-kala,barang yang anda beli tiba-tiba naik harga. Jadi,tidak mustahil jika kenaikan kadar cukai GST ini secara tiba-tiba naik tanpa pengetahuan rakyat.

Mengenai perangkap kepada Pakatan Rakyat, benar atau tidak, saya pasti BN sudah sedar bahawa Pakatan Rakyat makin kuat dan tidak mustahil boleh membentuk kerajaan selepas PRU ke-13.Jadi, GST ini mungkin digunakan sebagai perangkap jika mana tahu Pakatan Rakyat tidak dapat memenuhi janji untuk memansuhkannya selepas membentuk kerajaan. Tambahan lagi,Pakatan Rakyat nampak sekali menentang GST ini. Bukankah ini sebagai senjata rahsia UMNO dan MP Pekan jika berjaya menjadi pembangkang kelak. (ahahahaha)

Beza GST dan cukai jualan.

Cukai Jualan:

kilang beli bahan mentah beg plastik RM 1.00 (kos bahan mentah untuk satu beg plastik)
kilang jual kat runcit RM1.20.. untung 20 sen
runcit jual kat pembeli akhir RM 1.50 + 4% cukai = 1.56.....untung tiga posen, pembeli bayar cukai 6 sen..

GST

kilang beli bahan mentah RM1.00 + 4% = RM1.04....bayar kat kerajaan 4 sen
kilang jual kat runcit RM1.20 + 4% = RM1.25... untung bayar kat kerajaan 5 sen..untung 20 sen
runcit jual kat pembeli akhir RM 1.50 + 4% = RM1.56... untung 30 sen..yang pembeli bayar cukai 6 sen

Jikalau anda tengok dua beza contoh di atas, jikalau anda seorang pemilik kilang yang hanya mahukan untung, adakah anda mahu menanggung cukai tersebut? Untung hanya 20 sen. Oleh itu, sudah pasti anda akan menyerahkan tanggungjawab membayar cukai kepada pembeli akhir. Caranya,dengan menaikkan harga. Bukankah kerajaan sibuk menyatakan mengenai integriti. Maklumlah, GST merupakan cukai yang tidak langsung. Tak faham? Baca ini; http://en.wikipedia.org/wiki/Indirect_tax

GST dan kenaikan harga:

dah kena cukai, kilang akan jual kat runcit RM1.30
runcit plak akan jual kat pembeli akhir RM1.60
Harga dah naik 4 sen. 4 sen pun duit sayang oi! ahahahhahaha

Demikianlah, tapi itu baru 4%,bagaimana pula jika MP Pekan sangatlah terdesak untuk menaikkan gaji menteri-menteri untuk menampung isteri masing-masing membeli belah, tidak mustahil GST naik sehingga kepada 10%. Siapa yang susah? Itu baru GST, belum lagi GSST (Good,services and sales tax), maklumlah,  PM Malaysia yang ke-6 ini kan mahu akan inovasi? (ahahahahahahahhaha inovasi kapal selam la woi).

Tambahan lagi, mungkin GST ini akan dipandang lebih baik jika PM menyatakan tujuan GST sebagai untuk menampung hutang kerajaan Malaysia yang sangatlah banyak. Jadi, mampukah Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi? Atau terus menjadi negara yang berhutang seperti Amerika Syarikat(kawan baru najib.. obama.. ahahaha) atau kekal menjadi negara yang membangun dalam keadaan terbantut dan masih mempunyai kadar kemiskinan?

Wallahu'alam

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera

RAKYAT SENANG!!!!!! NEGARA TENANG!!!!!! HIDUP MALAYSIA!!!!!!!! -





Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP