Pesanan Buat Bini Rosmah.
>> Sunday, May 23, 2010
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
p/s: Itu cerita orang zaman dahulu kala... tahap keyakinan mereka tinggi, tahap keyakinan orang sekarang macam mana...??? Macam puak2 umnobnapco yahudi laknatullah agaknya.... itu pasal la.... diorang langgar semacam jer....
4 IkutSukaLu...::
salam bro..umnoapco ni ingat Allah itu Tuhan yang lemah lembut, lembik, muka toya dan pemaaf ja... Seperti seorang tua yang tidak tahu marah dan sentiasa memaafkan saja. Umnoapco ni lupa Allah juga Maha Penyiksa, Maha Sombong, Maha Pendendam,Maha Mengetahui,Maha Agung,Maha Kaya dll sifat Dia lagi.
nh,
Mereka lupa dan leka...
Kalau pemimpin mereka, gua takda hal... pergi mampuslah dengan diorang.
Yang gua sedihnya, kepada penyokong dan ahli karat mereka yang masih setia menyokong pemimpin yang terang2 melawan hukum Allah.
Takda akal kah mereka2 itu...???
Pencacai umno-apco ni ada akai....setengah daripada mereka tu mengaji tinggi hingga ke US dan ada yang mengaji kat Mesir,Jordan,Yaman dsbnya.
Ini semua fasal FULUS..fasal harta benda, fasal betina,
terlalu banyak makan benda syubhah tu yang mata kabur dah dari kebenaran.
Post a Comment