IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Najib Bakal Ke Penjara...!!!! Ada Berani Buat Repot...???

>> Monday, May 17, 2010

Perghhh... power juga ayat "I help you, You help me"... kan gua dah kata ayat tu satu bentuk rasuah atau ugutan kepada pengundi, sekarang lu orang tengok apa kata otai pengamal undang2 si Kapal Sink..., so.. apa tunggu lagi.. mana Lim Kit Siang Malam, mana Anwar Ibrahim... mana semua pimpinan parti Pakatan Rakyat...?

Lu orang semua pergi beratur la... buat repot polis ke atas PM 1 Malaysia tu... humbankan Najib dalam penjara... lepas tu tunggu apalagi... kita layan PRK Parlimen Pekan pulak... kita tengok Muhyiddin Yasin nak tabur berapa banyak duit pulak kat sana.... kalau nak tunggu ada YB yang bakal mati... belum tentu bila lagi... so mesti cari jalan supaya ada laluan untuk PRK..., bukan untuk gua maaaa... semuanya untuk rakyat mengecapi pembangunan dan pembaharuan dalam kehidupan... wang besar... wang besar... ha..ha..ha...

Tapi Polis, SPRM dan SPR berani ka.. mau buat kes terhadap Najib....??? Kecut teloq beb..... macam2 alasan diorang akan bagi nak "defend" Tuan yang suap tulang kat mulut diorang nih.... biasak laaaa.... hantu raya , selanjutnya gua petik dari malaysiakini kat bawah tu...

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

p/s: Weiii.... Singh... kalau lu... yakin ianya sudah jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihanraya, apa tunggu lagi... ambil la... kesempatan yang ada ni.. untuk belasah si Najib mangkuk ayun tu... setakat cakap jer... apa kejadahnya... tunjukkan hasil laaaa....

Kasi henjut mat monggol tu... biar dia ada akai sikit... asyik cakap besar jer... macam la.. duit kera..jaan tu.. duit parti barisan nasional... haprak punya pemimpin...

12 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, May 17, 2010 7:39:00 PM  

Helo bro...

Negara Malaysia ni diperintah oleh UMNO/BN.

Pencacai UMNO yang makan upah akan terpekik terlolong mengatakan PM bukan memberi rasuah tetapi memberi subsidi kepada rakyat miskin.

Siapa nak dakwa PM kalau Peguam Negara-UMNO, Hakim-UMNO, Ketua Polis-UMNO, SPRM-UMNO, SPR-UMNO...
Cuma tentera saja belum jadi UMNO lagi.

"Ikut suka gua"

Anonymous,  Monday, May 17, 2010 7:43:00 PM  

Semua salah UMNO.Yang betul datang dari tuhan.Bukan PAS atau DAP.

Harris Monday, May 17, 2010 8:33:00 PM  

Woit!Bro isa..Mkin lawa la blog ko ni..heh3..Sdap mata aku memandang.Smpai x jdi aku nk ngomen ni.. =)

hj jamaludin,  Monday, May 17, 2010 9:06:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Lu orang semua nak kena penangan Bik Mama Ke? Apa lu orang nak rasa C4 & ISA ( Bro ISA di kecualikan )kamunting ke? Nanti Bik Mama impot Mendram dari India baru lu orang tahu n minta maaf lagi sujud kat kaki Bik Mama.So pi kacau si sembab tu, jangan kacau isteri Bik Mama.

Kerajaan Rakyat Monday, May 17, 2010 10:02:00 PM  

Salaam sdra ISA,

"apa tunggu lagi... ambil la... kesempatan yang ada ni.. untuk belasah si Najib mangkuk ayun tu.."

Saya sokong sdra dua ratus persen!!

Pegiun Negara, Gani Setail pasti tidak berani tetapi pemimpin Pakatan sepatutnya membuat laporan polis hal ini. Kekadang pemimpin Pakatan ni asyik syok buat kenyataan media tak habis-habis. Bila ada isu, mereka lalai.

Tapi bro.... Lu punya garang.... meremang bulu gua beb....!

Unknown Monday, May 17, 2010 11:03:00 PM  

Walaupun ibarat spt anjing menyalak bukit tapi sekurang2nya rakyat yg tak arif akan tahu keadaan sebenarnya dan sedikit tak banyak protokol dalam undang2 semasa pilihanraya..
depa tu pun bukannya boleh nak tungkat dunia...

Anonymous,  Tuesday, May 18, 2010 12:01:00 AM  

apa kata kalau penduduk rejang park ramai-ramai pi repot polis? mesti best

ISA Tuesday, May 18, 2010 4:44:00 AM  

ikutsukagua,

tentera pun dah kena jual beb... rujuk lapangan terbang tudm sungai besi...

hancur beb...

ISA Tuesday, May 18, 2010 4:46:00 AM  

harris,

lu perli gua ke... ha..ha..ha... alamak... mana duit syiling gua....?

ISA Tuesday, May 18, 2010 4:47:00 AM  

hj. jamaludin,

nasib baik gua di kecualikan...

ISA Tuesday, May 18, 2010 4:49:00 AM  

Bro Kerajaan Rakyat,

Itu yang kadang2 buat gua angin dengan pemimpin PR... lembab sesangat.

meremang apa bro...? yang mana satu...? ha..ha..ha...

ISA Tuesday, May 18, 2010 4:51:00 AM  

lanabulu,

betul tu.. dan ianya harus di sebarkan lagi supaya semua rakyat tahu undang2 pilihanraya.

tidaklah asyik diperbodohkan oleh puak2 haramjadah tu...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP