IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Menantu vs Mertua.

>> Wednesday, May 05, 2010

Nama watak dalam kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati..., tapi kalau terkena batang hidung sendiri... lu sendiri mau ingatlah.... ha..ha..ha....
**************************
 
Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya, cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul-betul menghabiskan borehhh…
 
Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.
 
Kerana sama-sama ada kekurangan inilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi si menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…
 
Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji… ” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal. Dia hulur..., Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi… .
 
” Ehhh... ko ni Kamal… kuat betul makan laa… agak-agak laa…” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…

Mereka bermain set kedua. Bapa mertuanya hulur.. dia tak makan, hulur lagi.., tak makan juga, kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi…
 
“Ehh.... orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah… Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa
 

Sekadar renungan:
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.

Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH, biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara. Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

3 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Wednesday, May 05, 2010 9:39:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bab Haji (atau Haji Dam ) gua no komen la sensitive sikit.

Unknown Wednesday, May 05, 2010 9:52:00 PM  

Eloklah tu kedua2nya berubah..

Loyar Baru,  Wednesday, May 05, 2010 10:36:00 PM  

Dalamm maksud citor kau ni jang ! Den setuju bonar . Kalau ikut tasauf barang siapo nak konal Tuhan mako dio kono mengonal diri sendiri dulu . Allahu alam.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP