IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Masih Ada Yang Sengal - KTM.

>> Monday, May 03, 2010

(Lelaki dalam gerabak/koc wanita)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.

Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu. - Selanjutnya rujuk Berita Harian.

(Lihat pelekat di tingkap gerabak/koc)

Walaupun pengenalan kepada pengasingan penumpang wanita dan lelaki oleh KTM di sambut baik oleh masyarakat, gua secara peribadi mengucapkan syabas kepada pihak KTM, namun begitu dalam setiap perkara baru yang di implementasikan pasti ada kelemahannya. Salah satunya adalah tahap penguasaan dan pemantauannya masih lemah.

(Lelaki dalam gerabak/koc wanita)

Gua tidak persalahkan pihak KTM secara total, tetapi gua meletakkan kesalahannya kepada pengguna atau penumpang perkhidmatan tersebut.

Berkemungkinan.., penumpang lelaki yang masuk ke gerabak/koc wanita tergolong dalam kalangan OKU (buta huruf atau bangang terlampau), contoh seperti dalam gambar di atas.

Gua sebenarnya tak tau nak klasifikasikan lelaki2 bangang nih... dalam kategori apa...??? Lu orang tau ke....?

(Gambar di ambil pada hari Sabtu - 01 Mei 2010 jam kurang lebih 5.00pm menggunakan kamera henpon cap ayam).

9 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, May 03, 2010 11:35:00 AM  

BEB..ni bukan lelaki bangang tapi lelaki sangapp hahaha

Anonymous,  Monday, May 03, 2010 12:12:00 PM  

tu maknanya pegawai KTM sorang kenalah jaga masa orang nak masuk train tu... ahahahahhaa...

Prof. Era Pasca Monday, May 03, 2010 12:21:00 PM  

alamak bro isa... awat nek KTM kete masuk bengkel ke? kehkehkeh

OKU orang bodoh terlampau... hahaha

Unknown Monday, May 03, 2010 12:24:00 PM  

Man---man---le bro-----sangka baik.

Ni benda baru....dah biasa bercampur , akan masa sikit utk tidak bercampur.

Tahniah KTM.....geli aku kena gesel tidak akan berlaku lagi.

hj jamaludin,  Monday, May 03, 2010 6:37:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Tolonglah.... Adil sikit kepada Lelaki;
Mungkin lelaki tadi teman mak dia , mak dia tak reti nak turun kat mana. Bayangkan kalau mak dia yang terlalu tua berpisah dengan anak lelakinya semasa nak koc atau KOMUTER . Tak ke akan berlaku bercelaru . omaknya turun kat seremban , anak lelakinya turun kat megamall dek sebab pisak kan lelaki dan perempuan???????????

Anonymous,  Monday, May 03, 2010 7:06:00 PM  

Tak logik langsung pendapat hj jamaludin tu. Ade ke mungkin anak temankan maknya yg dah tua di gerabak wanita. Kalau dah tau mak dah tua naiklah ke gerabak yg bukan utk wanita, kan senang. Lagipun maknya dah tua, tiada sesiapa pun yg nak ganggu.

omaq,  Monday, May 03, 2010 7:31:00 PM  

Hj jamaludin ni pening...cakap pun melalut dah...btoi mcm bro tanpa nama tu kata,pi la naik koc yang tak dikhaskan utk wanita sahaja kalau nak bawak mak yang dah tua tu...sapa pun taknak ngorat mak dia la...or tuan 'Haji' ni pun suka naik koc pompuan saja kot...boleh skodeng pompuan2 lam tu hahaha....

Unknown Tuesday, May 04, 2010 12:17:00 AM  

Entahnya si Hj Jamaluddin ni. Takkan la kalau bawak mak, nak bawak dlm gerabak pompuan plak.. Gerabak tu ada 2, gerabak Khas Perempuan dan Gerabak Campur.. bukan gerabak Khas Lelaki.. apa bangangnya punya pendapat la. Kalau bawak mak anda.. bawak laa ke gerabak campur.. itu pun tak paham?

Anonymous,  Tuesday, May 04, 2010 3:42:00 AM  

Salam saudara ISA
Kata tak nak bagi masuk dah Hj Jamaludin, tu timbul pulak, halau saje jenis penyibuk dan mengarut tu.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP