IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Makcik Bertaubat Laaaa.......

>> Tuesday, May 11, 2010

Labels: Macam-macam kerenah... di petik dari ondscene.


Saya hampir terlupa kisah makcik hari tu.

Hari ini saya dedahkan apakah yang makcik tu buat sebenarnya.

Menurut makcik yang dianggarkan berusia kira-kira 50-60 tahun ini, dia memang pelanggan tetap aktiviti ini.

Sejak bertahun-tahun lalu, dia tidak boleh meninggalkan kegiatan ini.

"Makcik sekali beli, berapa ringgit habis?"
"Ala, takdelah banyak, kadang-kadang 10 ringgit je..."
"Apa nombor yang makcik selalu beli"

"1178"

Lokasi di suatu kedai judi di bandaraya Kuala Lumpur...

10 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Tuesday, May 11, 2010 11:19:00 PM  

makcik ni sokong PAS.percayela ckp aku ni.

omaq,  Tuesday, May 11, 2010 11:30:00 PM  

hahaha...lawak le tanpa nama 11.19 pm nih...makcik tu mak dia kot pasai tu dia tau makcik ni sokong apa....confident lak tu...

Anonymous,  Tuesday, May 11, 2010 11:58:00 PM  

sebelum dia berjudi tu dia memang sokong PAS. Bila dia tahu PAS tolak judi, dia berlari2 masuk UMNO APCO, sebab UMNO halalkan judi. Baru2 ni Dr Haji Awang Adek Husin, bakal MB Kelantan yang tak jadi tu nak luluskan satu lagi lesen judi. JUDI BOLA hasil nukilan Najib, laki no.2 Rosmah Gendut

Anonymous,  Wednesday, May 12, 2010 12:08:00 AM  

kalau die sokong UMNO camne?sure korang x deny punye.kihkih saje nak test market je ni.Mmg manusia ni bias kat parti masing2.oh dunia..heheh.

hj jamaludin,  Wednesday, May 12, 2010 12:25:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Gua tidak salah kan Makcik yg mencuba nombor di kedai nombor kerana Gua dapat rasa keperitan untuk menjalani penghidupan harian.
Alasan sokongan gua ialah:
i)Bekas suami celaka kerana tidak memberi nafkah anak anak nya.
ii)Tidak tergamak untuk melacur diri walaupun Dr Masita kata boleh
iii)Warung jualan Nasi lemak dan pisang goreng sering dirampas pihak Majlis pembandaran .
iv) Nak mohon bantuan JKM/Baitulmal/Tekun/Mikro berbagai bagai alasan dan dokumen nak di isi
tapi belum tentu dapat melainkan merayu Kat TV3 suku atau ada wakil rakyat mati dan ada pilihan raya kecil baru bantuan siap bergambar akan di siarkan tapi lepas PRK hidup merempat lagi
v)Nak kerja kilang atau cuci jamban, anak anak kecil tak boleh di kurung kat rumah nanti heboh satu kampung , ibunya tinggalkan anak kelaparan tiada yg mengawas anak anak nya.
vi) Nak kawin lain takut laki baru asyik nak main je .Bila minta duit belanja , oh itu kena minta suami terdahulu bukan anak saya.
vii) Hati ibu akan hancur jika anak2 diserahkan kat rumah kebajikan atau rumah anak2 yatim

So para komentar2 dan bro ISA jangan nak menghina seseorang dengan sekali pandang . Cuba buka minda sejenak kenapa Makcik beli nombor . Cuba kalau terjumpa Makcik ini kat kedai nombor hulur seribu atau sepuluh ribu supaya makcik ini berhenti bermain nombor dan mohon kan makcik ini Lesen Perniagaan ( Lesen Bergerak )kat PBT . Cuba tanya dengan TG NIK Aziz jika seorang ibu mencuri susu untuk anaknya yg kelaparan untuk minum susu apa hukum nya disisi Islam . Bukan Gua galak suruh ibu itu mencuri tapi hukum perbuatan nya harus di nilai dalam Islam. Tolong jangan hina sesama manusia . Kita bukan di tapak kasut Makcik tersebut.

ANUAR Wednesday, May 12, 2010 12:40:00 AM  

salam Tuan Hj
rasanya benda yg haram tetap haram,tak akan jadi halal.gambar tu tak menampakan wajah pun.cuma ISA postingkan utk sah kan en3 pada pembaca

ISA Wednesday, May 12, 2010 1:08:00 AM  

hj jamaludin,

1) Itu persepsi lu, gua takda hal.

2) Gua dah berikan link wartawan yang menemubual makcik tu kat atas n3 itu.

3) Dalam hukum Islam ada satu peringkat di mana Haram boleh menjadi Harus, dan gua tak salahkan Dr. Mashitah. Cuma penjelasannya tak detail dan menimbulkan kekeliruan.

4) Makcik tu bagitau wartawan tersebut, beliau membelanjakan RM10.00 untuk setiap pembelian. Duit tu... kalau simpan untuk tambahan belanja pun ok jugak kan.

5) Yang nyata, nak kata Anuar... Yang Haram itu jelas Haram.

6) Lu sendiri pun tak tau kehidupan makcik tu bagaimana... dari mana dia dapat duit nak beli nombor...?

Apa pun gua tak menghina makcik tu... dan gua tak tokok tambah dengan sebarang ulasan dan ayat2 gua dalam n3 ini. 100% cedok dari link wartawan tersebut.

Harap maklum.

ISA Wednesday, May 12, 2010 1:11:00 AM  

Anuar,

Masing2 mempunyai tangapan dan persepsi berbeza.

Gua tetap hormati semua komen di sini.

Terima kasih atas komen anda kepada hj jamaludin.

Admin Wednesday, May 12, 2010 4:23:00 AM  

komen2 yg bernas!
gua suke sgt pendedahan ini di buat.

klw nk diikutkan sbnrnya bkn mkcik ni aje yg patut didedahkan tp ramai lg org2 islam yg dok main ekor nih.

menunjukkan betapa teruknya tahap keimanan sekarang.

Gua terpikir la kan, klw xde pusat judi (ekor) ni, ape ye agak2 nye yg mkcik ni akan buat?? mungkinkah mkcik akn menjual nasi lemak didpn rmh?

atau mengmbil upah jahit atau mgkin mnjadi blogger... atau kite boleh lihat mcm mana bgsa asing yg dtg sehelai sepinggang ke malaysia kini boleh jadi tauke.... Wallah hu alam...

aku yang salah,  Wednesday, May 12, 2010 8:16:00 AM  

Salam,

makcik ni harus tak mengaji fekah,

harus tak tau halal haram,

harus tak tau syahadah,

Harus kita tengok saja,

tak mengajar atau menasihat walau sepatah ayat,

harus kita sama sama masuk neraka kerana itu.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP