IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lesen Zina Di Luluskan...

>> Monday, May 24, 2010

Jika mengikut pendekatan cara Awang Tak Cerdik, untuk menyelesaikan isu perjudian Haram cara yang paling terbaik adalah dengan mengHalalkannya. Keputusannya telah terjawap dan menjadi havoc dalam seminggu dua ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sejak kebelakangan ini akhbar2 tempatan sering menyiarkan berita kes pembuangan bayi, kes rogol, tangkap khalwat, serbuan pihak berkuasa ke pusat2 hiburan, rumah urut dan sarang pelacur dan ntah apa lagilah. Jika dirumuskan akan menjadi satu perkataan yang tepat iaitu perlakuan ZINA..!!!

ARAK, JUDI dan ZINA - berkait rapat.

ARAK - Lu orang pun tau... boleh di dapati dengan mudah dan ramai orang melayu yang mengaku Islam togok air kencing syaitan itu, hingga ada yang panas punggong dalam parlimen. Maknanya ARAK sudah HALAL dalam negara ini.

JUDI - Juga lu orang pun sedia tahu, dari Casino De' Genting hinggalah ke ramalan ekor lembu dan yang terrrrrrlatest sekali dan sedang hangat dalam pasaran media kini... Judi Bola, hasil buah tangan Awang Tak Cerdik dan konco2nya.

ZINA - Berkait rapat dengan 2 perkara di atas tersebut dan tergolong dalam perkara DOSA-DOSA BESAR. Jika yang 2 di atas telah menjadi HALAL dalam negara ini, apakah ZINA juga tidak boleh di HALAL kan oleh kabinet dapur Najib Nazak.

(Di antara sumber perniagaan yang paling menguntungkan adalah JUDI dan PELACURAN.)

Berbalik kepada cara penyelesaian perlakuan sumbang seperti yang gua sebutkan berkaitan dengan ZINA, apakah ada dikalangan Menteri umnoapco ini akan mencadangkan supaya diberi lesen rumah pelacuran dan sekaligus menghalalkan ZINA.

Maka akan lahirlah ZINA halal yang dipelopori oleh umnoapco. Sesiapa yang terasa bersyahwat "at any time" boleh melepaskan keinginannya, dengan syarat samada dengan cara melanggan atau bawa pasangan ke rumah2 atau tempat pelacuran yang berlesen.

Jika melakukan perbuatan itu selain daripada tempat yang berlesen, tindakan undang2 akan diambil dan pesalah akan di dakwa atas perlakuan HARAM. PRDM juga akan berikrar untuk membenteras habis-habisan semua rumah2 pelacuran HARAM seluruh Malaysia.

Kesan positif pendekatan cara Awang Tak Cerdik ini akan mengurangkan kes jenayah rogol, sumbang mahram, buang bayi dan yang sewaktu dengannya. Kesan secara tidak lansung ianya akan menaikkan semula imej PRDM dengan mengurangkan kadar indeks jenayah negara dan mencemerlangkan prestasi si pengusung tilam yang berkemungkinan akan bersara pada September ini.

Malahan Najib Nazak juga akan bersetuju meluluskan lesen ZINA kerana perkataan ZINA itu ada kesan sentimental value padanya terutama sekali nostalgia sewaktu lawatan ke Pantai Dalam (PD) suatu ketika dahulu.

Mana-mana anak luar nikah hasil dari bermukah secara halal ini, bolehlah di serahkan kepada Kak Ejat... sebab dia pernah berpesan... kalau tak nak jangan buang, beliau dan ahlinya sanggup menerima.

Setelah Arak dan Judi di halalkan, kita sekarang ini sedang menunggu samada lesen zina akan diluluskan atau tidak..??? Jika diluluskan suatu hari nanti, ianya adalah hasil dari kecerdikkan menteri2 umnoapco ini mencari penyelesaian kepada masalah sosial dan jenayah sambil menjana kewangan negara.

Maka lengkaplah 3 perkara HARAM dan berkemungkinankah Malaysia bakal menjadi..... Pompeii atau menjadi Acheh.

Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Selamatkanlah kami Rakyat yang tidak berdosa dari tangan2 dan perbuatan2 durjana pemimpin umnoapco ini....

8 IkutSukaLu...::

azman kamarul Monday, May 24, 2010 2:02:00 AM  

Tidak mustahil ia akan berlaku jika kita semua masih menyokong dan memangkah umno untuk memerintah negara ini.

HALAL atau HARAM bukan lagi menjadi kayu ukur kepada pemimpin umno untuk melaksanakan sesuatu dasar di dalam negara ini.

Mereka lebih mementingkan keuntungan dan laba yang boleh mereka gasak dan lantak.Selagi apa yang mereka telan tidak sangkut ditekak selagi itulah mereka akan beraja di mata dan bersultan di hati......UMNO OH UMNO.

noorafzan.blogspot.com Monday, May 24, 2010 11:00:00 AM  

Astaghfirullah hai Adzim..

Isa, izinkan saya share artikel ni di blog saya.
terima kasih =)

hj jamaludin,  Monday, May 24, 2010 11:08:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Petikan dari KITAB Alam ROH jilid IV karangan Tuan Haji Abdul Talib Naiem .
"Negara2 Islam yg mana bekas yg telah dijajah oleh penjajah2 Kristian , maka perkara Fitnah Zaman dan Dajjal Al Masih itu jadi JUBAH oleh sebilangan ahli politik dan ahli ugama Islam yg intelek di dalam Ilmu Islam,yg serba serbi ariff perihal hukum hakam tetapi berkecamuk pula dgn ajaran, Hindu, Yoga, Budha, Subud, Kristian , maka jadilah kalimah2 HINDU menjadi peranan dalam pentakbiran kerajaan . Dan kalimah2 jawi/Arab atau kalimah2 Ugama Islam dihumban ke belakang atau di lupuskan atau tidak di guna pakai .Bila dikemukakan atau didebatkan perihal hukum Islam di cop sebagai Taksub dan fanatik .
Manusia zaman sekarang berpegang kepada HUKUM AKAL atau FREE THINKER
Dan bercendung kepada ajaran HINDU ,BUDHA,YOGA,SUBUD, KRISTAIN sebagai pakaian jubah untuk mentakbir kerajaaan.Fitnah Zaman dan Dajal Al Masih berkembang biak di dalam alam masyarakat yg mana kuman2nya telah berada didalam tubuh bilangan umat Islam, sama ada disedari atau tidak .
Maka daripada orabg2 yg lahir daripada perut2 Islam , tetapi kerana diselaputi oleh FITNAH ZAMAN dan DAJAL AL MASIH maka mereka itu berpendapat, iaitu;:-
i)Tuhan (Allah SWT) sudah mati atau tak ijud sama sekali
ii)Manusia daripada beruk atau apes
iii)Manusia dari muntah LEMBU
iv)Manusia daripada laut
v)Manusia tidak akan masuk syurga.
vi)Dunia inilah syurga dan neraka
vii)Bila ia mati ia akan menjelma kembali ke dunia ini sama ada di dalam manusia atau binatang dan lain lain.
Maka segala kepercayaan yg tersebut berada di dalam gelanggang umat Islam di hari ini, lebih2 lagi di Malaysia . Hanya Umat Islam yg sedar sahajalah yg bertaubat daripada ' atikad yg sia sia itu.
RINGKASAN MAKSUD diatas
i) Apa yg disuruh Allah SWT maka itulah yg dibenci oleh manusia
ii)Apa yg haram disisi Islam maka itulah yg digemari oleh manusia
iii)Apa yg dilarang oleh Allah dan Rasul Nya , maka itulah yg di sukai oleh manusia.
waulallah hu alam.

Unknown Monday, May 24, 2010 11:38:00 AM  

tuan isa,

hohoho bahaya ni...nanti ada ustazah cakap kalau kita dalam darurat utk mengelakkan rogol mungkin zina boleh jadi harus. lepas tu mungkin ada ustaz pulak cakap sbb kita nak mengelakkan zina haram kita terpaksa keluarkan lesen zina supaya mudah kita kawal. lagi pun kita boleh kutip cukai. ini situasi menang-menang bagi kera jaan.

zargus,  Monday, May 24, 2010 1:08:00 PM  

-bg wa tak mustahil hal nie akan trjadi (lesen zina) sekirannya umno msih lg memerintah 20,30 akan dtg..

-time tue yg memerintah jika umno msih lg brkuasa, dah tentu najib jr, hishamudin jr, wak sembab jr, akan mngikut jejak lngkah ayahanda msing2..pusing2 idea lucah, ganas n bodoh gak yg akan diutarakan oleh diorang..

-tak caye?..truskan la mngundi parti keparat umno..

petai muda Monday, May 24, 2010 1:50:00 PM  

salam

kita tlh bincang byk hal ttg umno dan corak pemerintahannya.

selagi ada pembeli, umno tetap menjual. sbb mereka telah mentarbiah pengikutnya supaya taksub, walau apa yg meka buat. salah atau benar, haram atau halal, judi atau zina. meka akan ttp sokong.

apa yg kita bincangkan tak kemana pun. yg baca artikal ni adalah golongan celik komputer. mejoritinya muda!! org muda memang suka perubahan. bagaimana pulak yg tua2, yg kat kampung, yg buta komputer? meka hanya dapat maklumat dr media perdana, yg sume tahu tugasnya membodohkan pembaca. mereka disogok dgn cerita indah. dulu boleh gak bersandar kat astro 501. tp kini x lagi. dah jd media pengampu.

dlm minggu ni, media perdana sibuk putar cerita rusuhan di thailand. kenapa? agenda la tu...
ni la cara meka menakut2 org kg.

jd bagaimana nak sedarkan puak-puak ni. sama-samalah kita fikirkan. umno hanya kuat kat kampung je...

selagi puak-puak ni memerintah, jgn arap la judi, zina, arak nak diharamkan.

Aa Monday, May 24, 2010 4:21:00 PM  

Bukankah Lorong Haji Taib di Kl tu sedang berjalan dulu kini dan selamanya AMNO masih ada. Jadi bukankah lesen ZINA telah halal selama ini? Musykil aku

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP