IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lagi-Lagi Bomoh...!!!! Sengal Punya Melayu.

>> Monday, May 10, 2010

Bila terbaca dakwaan kononnya Sultan Kelantan dirawat oleh bomoh, gua berasa begitu kelakar sekali, apatah lagi apabila terbaca pula di blog sahabat ini, bagaimana seorang anak menderhaka kepada ibunya akibat percaya kepada cakap tok bomoh yang mengatakan ibunya membela hantu raya. Bodoh punya anak, kalau tau macam tu punya perangai... kecik2 dulu picit jer.. hidung sampai mati, dah besar kurang ajar...

Wahai.... melayu2 semua, kita sekarang sudah berada dalam zaman millenium, abad ke 21... buka minda buka mata. Tak perlulah percaya kepada bomoh2 tu semua, itu semua perkara khurafat dan tahyol. Kebanyakkan bomoh ni... penipu dan perosak masyarakat saja. Perangai sebijik macam brahim ali...

Kalau lu orang tak percaya... gua cabar lu orang yang sihat walafiat supaya pergi jumpa mana2 bomoh yang lu orang kenal atau suka. Lepas tu lu orang pura2 berlakon mengatakan lu orang sejak kebelakangan ini sakit2 badan dan ntah apa2 saja penyakitnya. Maksud gua... lu orang kelentong bomoh tu...

Nanti lu orang tengok dengan cara bomoh tu yang tersendiri, mungkin pejam mata ke...  bakar kemenyan ke... mengelupur macam ayam nak mampus... kononnya tok nenek arrival dalam body diorang, potong limau dan pelbagai, selesai semua upacara tu apa katanya...;

1) Awak ni kena buatan orang. (setan sebelah kanan lu tersenyum sambil urut misai...)

2) Dia bagi pembayang pulak, kalau tak jiran sebelah rumah, mungkin saudara atau member tempat kerja, paling celaka kalau dia kata "ini bini lu punya angkara"... perghhh... lu pun percaya... setan kat sebelah kiri lu dah separuh gilerrr... tepuk tangan gembira macam tengok konsert search dan wings....

3) Atau dia akan tanya, semalam lu orang ada pergi mana2 tak, lu orang pun cerita la... apa yang patut, jawapan tok bomoh tu pulak, oohhhh... awak ni tersampuk jembalang tanah kat tempat tu... itu...itu... dan itu.. lagi sekor setan di depan lu orang gelak... berguling2...

3) Lu orang cari sendiri la...., pergi tanya Al-Banjari dia expert benda2 ni semua.... ha..ha..ha.... setan di belakang lu.... terlompat2 gembira sakan... jarum sudah masyuuuukkkkkkk... lagi sekor anak adam berjaya di sesatkan...

Setelah selesai semua yang kat atas tu, maka bermulalah unsur2 khurafat... dengan minta itu dan ini yang pelik2 jer.... dengan pengerasnya sekali... (sedangkan niat lu orang pada awalnya jumpa bomoh pun dah khurafat/berdosa beb...) duit lebur... penyakit tak hilang... akhirnya ubat hospital jugak yang mujarab, itu pun dengan izin Allah.

Lepas lu orang test tok moh tu..., setelah tok bomoh selesai bagi penerangan serta ulasan panjang lebar berkenaan penyakit yang di hidapi, lu orang pun bangun... salam2 yang ada isi lebih kurang, hulur envelop kosong jer... lepas tu blahhh... la... tak reti2 lagi..., kemudiannya lu orang boleh la... layan ketawa dalam kereta beramai2.... (Ini gua cabar lu orang... kalau berani cuba buat..., hasilnya memang menakjubkan...).

Kalau tak caya jugak, pergi tanya Ustaz Ismail Kamus. Gerenti lu orang kena tazkirah kow2 punyearrrr....

Yang sebenarnya, berbomoh ni adalah perkara mengarut, jangan terpengaruh dengan ajakan kawan2 atau jiran,  lebih2 lagi yang siap promosi iklan dalam akhbar dan banner kat mana2 jalan dan kawasan, ini lagilah jenis bomoh cari makan, kencing bengkang bengkok punyeaarrr....

Gua tak kata yang gua tak percaya kepada alam ghaib nih... tergelincir pulak iman gua nanti, lagipun dalam rukun iman pun dah sebut. Kalau sakit pergi hospital dan dapatkan rawatan yang sepatutnya terlebih dahulu, kalau hospital pun terkedu dengan penyakit lu orang dalam istilah luar biasa dan ada ciri2 penyakit orang melayu, pergilah cari mana Ustaz atau Alim Ulama yang boleh membantu.

Bomoh...? jangan sama sekali, silap haribulan boleh membawa Syirik kepada Allah.


Gua pernah ditanya oleh seorang sahabat iaitu Doktor Pakar dari sebuah hospital terkemuka di lembah Klang, soalannya - mengikut statistik, ramai yang positif kanser adalah orang Cina, tetapi mengapa ramai yang mati adalah orang melayu... apa puncanya.

Spontan jawapan gua - 2 faktor utama: Pertama - Kerana masalah kewangan dan keduanya - orang melayu lebih percaya kepada perubatan tradisional i.e bomoh dan perubatan yang lebih rendah kosnya.

Beliau menjawap, jawapan you... tepat... dan itulah masalahnya dengan orang Melayu, bila sudah kritikal baru nak datang Hospital... sayangnya sudah terlambat... stage 4 cancer... what can we do... (sambil telunjuknya menuding ke atas, tunjuk langit... paham2 jelah...)

So nasihat gua... jauhkanlah diri lu orang semua dari berbomoh nih.... mengarut jer... semua tu. Kalau lu orang nak pelaris... dalam Quran ada, nak pengasih... dalam Quran pun ada jugak... nak pendinding.. dalam quran pun ada... nak halau hantu jin setan... dalam quran pun ada juga... semuanya lengkap, nak halau jin samsudin... lu orang sendiri mau ingat.. dalam quran tak ajar benda tu... ha..ha..ha....

9 IkutSukaLu...::

bomo batin,  Monday, May 10, 2010 8:31:00 AM  

aku pon boboh gak...bomoh pon nak makan jugak.... sekurang kurangnya kena keluar modal untuk perasap, kemeyan,keris... daripada rajagopal, langsung tak ada usaha, cuma tau makan keringat rakyat lagi teruk!!! dan yang cantik tu, mereka pecaya pulak apa yang bomo kelentong!!!!

Yong Monday, May 10, 2010 8:44:00 AM  

Yob, Yong tak tak faham maksud mike tentang bomoh nih. Memang ade banyak iklan tentang bomoh2 yang mengaku diri mereka hebat. Deme mendakwa ramai artis dan pembesar negara dan kroni2 yang pergi berubat ..bla..bla.. Ini termasukle Mona Fendi yang notorious tu. Geng ni memang melakukan perbuatan yang pelik2.

Tapi ade satu lagi kelompok yang masuk dalam geng Harun Din. Geng ni pun buang antu jugak. Takkan geng Harun Din mike groupkan dalam kumpulan "sengal" kot? Yong sendiri tak pernah pergi ke Darul Shifa, tapi Yong dengor hebat gak.

Yong sendiri pernah mengalami hilang duit secara mystery. Yong kena lapor polis ke? Nak lapor camne? Atau cari shrink, sebab Yong dah gila. Duit memang dah takde, tapi perasan ade.

Unknown Monday, May 10, 2010 8:56:00 AM  

Salam Bro Isa

Ada betui juga, bomoh standard Ibrahim ali melambak..Melayu IQ rendah ramai jadi mangsa...

Aku ni bomoh juga ..tapi international standard ISO. bomoh barang hilang.....pengeras dua puluh lima duit aje....tak payah bayor upah..barang hilang dah jumpa baru cite upah..kalau tak jumpa memang tak ada upah....

Senang aje bro....aku pakai cili api....kena le bawak setengah kilo cili api. Aku tolong doakan dan mintak sekali depa ni solat hajat, ngaji dan banyakkkan selawat ...berdoa ..kemudian tabur cili api keliling rumah....sape yg tercuri akan tak tahan hangat...kecuali penagih dadah...susah nak makan species ni....jiwa dah mati....

Pak Oncu Monday, May 10, 2010 9:59:00 AM  

is bomoh kambing ahhahahahahahahha

drafunt Monday, May 10, 2010 10:10:00 AM  

Aku rasa kalau mak berbomoh tu tak salah...tapi carilah yang berlandaskan ayat-ayat Quran dan bukan benda yang khurafat/syirik. Kitapun digalakkan berusaha mencari rawatan tapi biar caranya betul.

jafna Monday, May 10, 2010 10:22:00 AM  

Salam Bro..

Kalau di Darul Syifa' kita tak panggil perubatan tradisional.. tapi perawat perubatan Islam.. insyaAllah tak gunakan sebarang yang melanggar syariat termasuk tak pakai jin mcm org duk kecoh2 tu..

Bro Hashim..
kalau berminat nak blajar ilmu tu boleh tak perkenan jadi anak murid..
salam

petai muda Monday, May 10, 2010 12:34:00 PM  

salam

gua penah berbomoh...alhamdulilah berkesan. Bertahun-tahun aku berubat kat spital, x baik-baik pun. las-las doktor2 syur g buat rawatan kampung/bomoh. hasilnya ok.
pendekkan cerita bukan semua penyakit bomoh boleh ubati dan bukan semua penyakit doktor boleh ubati. kita kena usaha...jgn cepat putus asa.

Mizix,  Monday, May 10, 2010 4:51:00 PM  

aku pun tak berapa percaya ngan bomoh...aku hairan apa guna alatan2 seperti kain kuning, kemenyan, keris dan lain2???
pada pendapat aku, kita orang Islam perlu berusaha berubat dengan oarang yang menggunakan ayat-ayat suci AlQuran, bukan separuh Al Quran separuh lagi mentera menyeru nama bukan2. Darul Syifa bolehla dikatakan memenuhi kehendak syarak 100%.
Kalau ada bomoh kata dia ada khadam atau sahabat, jgn percaya dan jgn gunakan khidmatnya....syirik dan khurafat...sebabnya dalam Surah AlJin, ada menyebut Jin bukan hamba kepada manusia tetapi hamba Allah.

Anonymous,  Monday, July 12, 2010 11:11:00 AM  

Bro Hashim,

boleh tolong saya tak? saya hilang kereta...dah tak tau nak ikhtiar mana..duit banyak gila habis dengan bomoh tipu...yasin dah berpuluh kali baca...semyang hajat pun dah banyak kali diusahakan...kot2 bro hashim boleh add-on ke...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP