IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

"Kau Tengoklah Nanti Bila Anak Kau Dah Besau..!!!!".

>> Tuesday, May 11, 2010

Ni... ada berita di The Star yang menceritakan 4 kanak-kanak berumur 9 tahun ditangkap berzina dalam kelas. Setelah dibuat pemeriksaan di Hospital, kanak-kanak perempuan itu didapati telahpun ada beberapa kecederaan lama di dalam tempat sulit. 3 kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Persoalan:

Apa dah jadi dengan ibubapa mereka ni? 

Mungkin juga kanak-kanak ni telah menonton video lucah. Atau telahpun menonton mana-mana cengkerama secara LIVE.

10 tahun dulu, saya sendiri pernah menangkap beberapa orang anak-anak jiran yang masih sekolah rendah sedang menyorokkan 3 keping video lucah berhampiran kawasan rumah saya. Apabila menemui ibubapa mereka, saya diherdik dan dihina macam sampah. Ada seorang tu nak bantai saya dengan kayu semambu.

Kini budak-budak tu telah masuk umur awal 20an dan dah habis sekolah. Tiada seorangpun daripada mereka melanjutkan pelajaran ke Kolej atau Universiti. Di antara aktiviti ekonomi mereka beramai-ramai kini ialah mencuri tayar kereta, mencuri alat motor, mencuri motor, merempit, memecah masuk rumah jiran, mengambil dadah, calar kereta sesiapa yang cuba nasihat mereka.
 
Yang seorang lagi advance, iaitu merompak 7-11. Dia ni pernah dinasihati oleh jiran. Malangnya bapa mamat tu pelangkung orang yang menasihatinya dengan kayu panjang. 

Satu kali, jiran saya terserempak seorang anak jiran berzina tepi tangga dengan seorang budak perempuan pakai uniform sekolah. Mak cik tu terus pitam. Bila saya berjumpa dengan bapa budak lelaki tu, ni jawapannya "KAU TENGOKLAH NANTI BILA ANAK KAU DAH BESAU !". 

Semuanya budak-budak ni samada di dalam pengawasan polis atau sudah pun tertangkap. Mereka tetap licik selepas itu. Solat Jumaat, jauh sekali. 

Saya lihat mereka ni amat dimanjakan oleh ibubapa dan datuk nenek mereka. Pada masa yang sama, mereka membuli ibubapa mereka dengan ugutan-ugutan sekiranya hajat tidak tercapai. 

Banyak benda boleh saya sarankan di sini tetapi lebih baik kita semua fikir sendiri. Jagalah baik-baik anak-anak tu dan awasi mereka dari kecil lagi.
 
Di terima melalui email dari Mann Trex. Terima kasih bro....

p/s: Gua tak mau komen apa2... tepuk kepala tanya minda....

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Tuesday, May 11, 2010 9:09:00 AM  

ya allah,aku rasa benda2 cam gini dah tak boleh dikawal lagi dah...
wajib di berikan penekanan agama diwaktu masih kecil,kalau tidak...

i'm no king

Bingai @ Bangang Tuesday, May 11, 2010 11:25:00 AM  

semua ini tanggungjawab kerajaan. salah kerajaan. salah sistem. mak bapak tak salah sebab mak bapak bertanggungjawab BUAT ANAK saja.

amacam? nak tuka sistem ke? ada sesiapa yang kene letak jawatan? atau KASI/MANDULkan saja mak bapak?

masyarakat juga tak salah. tanggungjawab masyarakat hanya tengok dan dengar. lepas tu pergi rumah jiran boleh buat cerita. kalau tidak nanti tak ada topik nak gossip kan?

sekolah? guru-guru? kumpulan ini yang paling besar bersalah. yuran macam-macam nak (yang asas ditanggung kerajaan) tapi tak reti nak ajar anak orang. tak paham-paham lagi. mak dah puas meneran masa beranak. bapak dah letih cari duit nak besaukan anak dan bagi segala kehendaknya termasuk bawak keta/motor takde lesen dan duit poket ke komplek-komplek. tak kan bab mendidik pun cikgu-cikgu tak leh buat?

ntahlah. aku ni bingai
e-Direktori Bloggers Malaysia

azman kamarul Tuesday, May 11, 2010 4:40:00 PM  

Kita tidak perlu menuding jari seperti bingai@bangang kata...semua orang kena main peranan dan tanggungjawab.Anak-anak berada di rumah lebih lama dari di sekolah,pengawasan ibu bapalah yang terletak di nombor wahid, tau tak bingai kenapa..KERANA...

ISLAMA TELAH MENYATAKAN BAHAWA ANAK-ANAK DIIBARATKAN SEBAGAI KAIN PUTIH MAKA IBU BAPA NYALAH YANG MENCORAKKANNYA SAMADA MENJADI YAHUDI,NASRANI ATAU MAJUSI.Ini Islam kata bukan aku.....kalau nak marah marah kat Islam lah.

mak_ngoh_selamoh Tuesday, May 11, 2010 5:56:00 PM  

betul kata encik azman... dah terang lagi bsuluh " ibubapa yg mcorakkan anaknya nk jadi yahudi or nasrani or majusi"...

ada tk dsebut dlm tu..kerajaan lah...jiran lah ...guru lah...

guru skrg hanya beri ilmu tuk budak jawab exam jer..guru xleh tegur pasal akidah n prangai budak..nnt guru masuk tv n kena saman..

pandai beranak pandailah jaga anak...org lain tolong tengok n mgeleng jer

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP