IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kau Fahamkan...!!!!

>> Saturday, May 29, 2010

Kesinambungan dari "Kejadian Adam" artikel asal dari KulupSakah... lu....  fahamkan...!!!

"Kalau Tuhan maha pengasih, mengapa anak tak berdosa ini menerima nasib sebegini?" redup dan tender keluhan si atuk. ketayapnya putih seperti janggutnya. dia agak sugul kerana cucunya yang baru lahir 'down syndrome'.

"itukan kehendaknya." sampuk aku yang duduk di ruang tamu wad sambil menonton gerak khas. semput juga menonton cerita polis baik ini.

"tapi apalah dosa budak itu? Maha pengasih tentunya takkan membuat kanak2 terseksa." kata atuk. matanya digenangi air. cucunya yang ini adalah cucu yang ke sembilan.

"yang hendak 'merasakan' pengasih dan penyayang itu adalah kita. sifat itu ditumpahkan kepada kita untuk kita curahkan kepada insan lain. Allah itu suci. pengasih-penyayang itu bukan untuk dirinya. untuk kita hayati.yang paling senang- bila rasa baru percaya." aku tak pasti sampaikah maksud bicaraku itu atau dia memang tak dapat tangkap. sebab aku tengok dia tak endahkan sangat kata-kataku. mungkin juga aku dilihat muda, rugged dan kurang 'lebai' dari dia.

"lagi pun inilah yang dikatakan rukun iman keenam. percaya kepada qada dan qadar bukan hanya tertulis di kitab tetapi untuk 'dirasa'. itulah ujian iman."

"tak kena memang mudah bercakap." perlahan aje sindiran itu.

"down syndrome masih boleh uruskan diri pak cik. anak saya dua orang tak boleh buat2 apa-apa. terlantar." kata aku.

"dua orang? uisyyy!" dia menggelengkan kepala. aku tak faham mengapa. aku syak dia seperti kata tuhan tak patut.

aku nak cakap padanya tapi tak sanggup nak tunjuk bagus terhadap orang tua. kitab terbesar yang tuhan ciptakan adalah 'alam' ini . kitab (buku) yang dibaca itu hanya media.beleklah kitab besar itu. kitab yang paling lengkap dengan ilmu adalah tubuh badan ini dan tubuh ini jugalah 'alam' tempat segala ilmu 'dicuba'. untuk dirasa kita yang Dia itu maha berkuasa. pandanglah tubuh ini sedalam-dalamnya.

kalau kau nampak semua ini milik kau, kau tak dapat lihat tuhan. tapi jika kau butakan pandangan pada yang lain, tuhan akan nyata.

kau fahamkan?

p/s: Bagi yang faham... ok lah... yang tak faham pi tanya... Wak Jono... ha..ha..ha....

1 IkutSukaLu...::

adam,  Saturday, May 29, 2010 2:56:00 PM  

tak sangka kamu ni budak hakikat.. Aku mu Dia.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP