IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

"Jual orang lagi untung dari jual babi..."

>> Wednesday, May 19, 2010

Umum sudah mengetahui berkaitan kelulusan lesen judi oleh Kera..jaan Malaysia kepada Berjaya Group. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh memohon lesen judi untuk menjalankan perniagaan berunsurkan judi.

Bercakap tentang JUDI, lesen judi yang telah diluluskan sebelum ini berunsurkan jenis judi seperti;

1) Empat nombor ekor
2) Judi Bolasepak
3) Judi Kasino
4) Gua tak tau jenis apa lagi yang telah diluluskan oleh kerajaan sebab gua bukan kaki/taik judi... ha..ha..ha...

Oleh yang sedemikian, gua ingin mengambil kesempatan dan peluang yang terbentang luas ini berdasarkan kepada keprihatinan Kera..jaan 1Malaysia terhadap rakyatnya, maka gua bercadang untuk memohon lesen judi yang memfokuskan kepada penduduk pinggir bandar, penduduk kampung dan penduduk2 melayu felda khususnya.

Insyallah.... kalau boleh cita2 gua untuk menjadi taikoon judi yang terulung di Negara ini, dan menjadi taikoon judi Bumiputra yang pertama di Malaysia untuk bersaing dengan Vincent Tan dan kerabat Lim Goh Tong. Contoh bentuk perniagaan judi yang gua nak kuasai adalah;

Kategori Binatang;

1) Judi Laga Ayam (Ayam Sabung)
2) Judi Laga Ikan (Ikan Semilai/ikan laga)
3) Judi Laga Lembu (pasti penternak lembu tersenyum gembira, lembu jantan yang kalah pertaruhan boleh disembelih untuk jualan)
4) Judi Laga Spider (labah-labah)
5) Judi Suara Burung Merbok dan Tekukur.
6) Judi Memancing Ikan.
7) Banyak lagi dalam senarai.... yang sedang gua fikirkan, anytime jer... boleh cipta semua jenis judi tu....

Kategori Judi Kedai Kopi;

1) Judi Lawan Dam Aji
2) Judi Lawan Carrom
3) Judi Lawan Dart
4) Judi Teka Lalat
5) Judi Teka Bumper Anak Dara Kampung yang paling montok akan lalu depan kedai kopi...
6) Judi Kandang (standard kampungan)
7) Judi Pair (standard kampungan)

Dan banyak lagi weeiiii..... sambil tu... hidangkan diorang air daun ketum... wallaweiiiii..... lumayan beb... dalam masa enam bulan kekayaan gua setanding dengan dua taikoon judi yang gua sebutkan tu... dalam masa setahun... Najib Nazak melutut kat gua.. wa cakap lu.... minta sponsor itu... sponsor ini.... tabur duit untuk PRK atau PRU... perghhh... time tu gua akan sekeh2 kepala dia.... dan gua tazkirahkan dia... kow-kow punya....

Dari hasil kekayaan perniagaan judi... gua akan kembangkan dengan membeli saham Pos Malaysia, beli saham Telekom, TNB dan semua syarikat gergasi di Malaysia nih... CIMB pun gua akan beli... Ananda Krishnan, Robert Kwok, Vincent Tan, Tan Sri Rozali.... semuanya gua beli.... tak terkecuali Petronas pun gua beli..., Pulau Batu Putih gua tebus balik dari Singapore dan gua akan arahkan Najib Nazak hantar menteri win-win situation untuk jadi Jaga (guard) kat pulau tu...yang lain2 keparat tu nanti tau la apa gua nak buat...

Sebab apa gua berani buli si mangkuk ayun tu... apabila gua dah kaya raya... harta berbillion trillion... ekonomi Malaysia dalam gengaman gua, ha..ha..ha... selepas Najib Nazak tau gua punya long term planning macam tu punya cun.... lu orang agak2 dia nak luluskan tak... permohonan lesen judi kat gua.....???

Tapi gua konfiden Najib Nazak mesti luluskan juga... sebab...

1) Gua satu2nya Bumiputra yang memohon, 
2) Dasar umno untuk memperkasakan orang Melayu dan melahirkan ahli keparat Bumiputra
3) Perniagaan Judi memberi pulangan Cukai yang tinggi kepada Kera...jaan yang serba sengkek sekarang ini.
4) Kebergantungan Kera..jaan dan Pemimpin Kera..jaan terhadap Ahli Keparat demi RM..RM..RM... dalam ertikata "You help me, I help you".... lu orang tak paham itu lu orang punya pasal... "I'm talking about business"  ha..ha..ha... me speak no english maaaa......
5) Ianya dapat merancakkan lagi ekonomi negara dengan mengalakkan dan mempertingkatkan masyarakat judi di negara ini.

Kesimpulannya;
Kesan daripada judi ini, akan memporak perandakan masyarakat, maka keruntuhan akhlak akan berlaku, kemungkaran berlaku di sana sini. Justeru itu... tahap kebergantungan masyarakat melayu kampung dan melayu felda kepada umno/bn akan bertambah kukuh dan membolehkan kera..jaan bn bagi mengekalkan kuasa memerintah Malaysia.

nota: So... amacam geng... cantik tak gua punya proposal kat Najib Nazak nih.... itu pasal gua cakap.. mesti lulus punya... sifat puak2 umno nih.. senang jer... Bodek dan Menguntungkan diorang pasti BOLEH....!!!!

Lulus jer... lesen judi ni... Gua nak mohon lesen PELACURAN pulak.....kembangkan perniagaan import & eksport PELACUR.... dalam dan luar negeri.... "Jual orang lagi untung dari jual babi..." kerana hukum jual orang adalah HALAL... yang HARAMnya kalau letupkan Orang... ha..ha..ha....

Cuma satu jer... gua harapkan supaya tiada unsur2 sabotaj dari orang yang dengki dengan kekayaan yang bakal gua raihkan itu... contohnya macam sengaja cabutkan satu skru pada helikopter gua... supaya gua mampus terhempas helikopter... tapi gua akan berhati2 kerana belajar dari pengalaman... he..he..he...

2 IkutSukaLu...::

Kerajaan Rayat Wednesday, May 19, 2010 2:19:00 PM  

Salaam Tun Tan Sri Datuk Sri ISA,

Saya beri anugerah darjat tu awal2 pada Lu beb...!! Dah kaya darjat2 mesti Lu bolih beli.... kan kan kan

Tan Sri ....Lesen Judi Teka Bumper ... tu beri kat gua la...... gua nak kaya jugak...!!

ISA Thursday, May 20, 2010 1:29:00 AM  

Kerajaan Rakyat,

Gua tak amalkan kronisme... ha..ha..ha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP