IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Dataran Pidato Penang - Benarkah....???

>> Monday, May 17, 2010

Gua terima melalui email, buat percambahan fikiran dan maklumat... harap kerajaan Pulau Pinang lebih positif dalam memperjuangkan hak rakyat.

GEORGETOWN: Dataran Pidato diwujudkan kerajaan negeri di Padang Kota Lama, di sini, bagi membolehkan orang ramai menyatakan pendapat secara terbuka, seolah-olah 'memakan tuan apabila dibuka kelmarin.

Ini berikutan, hari pertama dibuka secara rasmi kepada orang ramai, rata-rata pemidato menyuarakan pendapat rasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang.

Sejak dibuka seawal jam 6 petang, empat orang mengambil bahagian disaksikan lebih 50 penonton dan berakhir jam 7.30 malam.

Seorang pemidato, R Wilson, berkata penduduk di negeri ini tidak memerlukan wakil rakyat 'tiga suku' yang tidak boleh membawa pembangunan dan membantu penduduk di negeri ini.

Beliau turut kesal kerana wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya lalu berubah sikap selepas memegang jawatan dan mempermainkan penduduk dengan tidak menunaikan janji.

“Kami menyokong kerajaan pakatan pembangkang dengan harapan kebajikan kami dipelihara selain pembaharuan positif tetapi apa kami dapat hanyalah wakil rakyat 'tiga suku'. Jadi apa gunanya kami mengundi pakatan lagi,” katanya.

Beliau berkata, kepemimpinan wakil rakyat itu juga cukup mengecewakan dan hujah mereka pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) juga kurang berkualiti, malah masing-masing menggunakan platform itu untuk menghentam wakil rakyat lain, bukannya membela nasib rakyat.

Katanya, apa yang diketengahkan pada persidangan DUN minggu lalu adalah perkara remeh dengan memperbesarkan isu 'main punggung' dan menghentam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sepatutnya platform itu digunakan untuk berbincang soal memajukan negeri ini dan bersama polis membanteras jenayah,” katanya.

Pemidato lain, Tan Seng Han, berkata cadangan kerajaan negeri membina Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC) bernilai RM50 juta hanya membazirkan wang rakyat.

Katanya, pembinaan PICC ketika Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengalami defisit tahun ini juga adalah tindakan kurang bijak dan sepatutnya ia digunakan untuk membina kemudahan infrastruktur lain yang lebih penting.

"Tindakan kerajaan negeri melantik jururunding bagi perancangan projek tanpa melalui tender terbuka bertentangan dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil pandangan masyarakat yang mengundi mereka demi kebaikan bersama.

Dataran Pidato yang dirasmikan Ketua Menteri pada 4 Mei lalu, dibuka setiap Rabu dan Ahad bermula jam 6 petang hingga 10 malam untuk memberi peluang rakyat pelbagai bangsa dan agama menyuarakan pendapat. Bagaimanapun orang awam dilarang menggunakan pembesar suara untuk mengelak tindakan polis atas alasan mengganggu ketenteraman awam.

p/s: Ada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenaran berita ini...?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP