IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apakah Motif Najib...!!!!

>> Thursday, May 06, 2010

Berita menarik media arus perdana hari ini, ialah perihal perlantikan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal (foto) menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib Razak suatu ketika dulu.

Lebih menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya.

Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian, melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya.

Inilah yang menyebabkan Najib bagai "cacing kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara dan sangat sesuai memainkan peranan itu.

[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa.

Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
 
Apapun, tahniah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu] -Pahang Daily

3 IkutSukaLu...::

Minang,  Thursday, May 06, 2010 8:30:00 PM  

Ya...betol tu...mesti ada udang di sebalik mee goreng tu....

Tak lain tak bukan...kes kapal selam tu la..

ha...ha...ha....

Edyes Thursday, May 06, 2010 9:34:00 PM  

salam brader... marah kat gua lagi ke..? waaakakakaka...

bro, dalam medan internet nie, lu lah satu-satunya abg gua... tapi kot ada yg gua tak puas ati tu, gua direct jer.. hehehe

nie gua nak tanya, lu tak rasa ke negara kita nie skarang macam nak kena jual?

supaya org paling atas kekal bermaruah dan kekal bertakhta, kita dijual serta merta la... syaratnya macam cherita 3 abdul... kalau marah, segala harta semua kena rampas... jadi pemimpin kita yg kat atas tu, ikut je lah arus peranchissss... telur dah kena pegang...

gua terasa hina bila kita kena ikut telunjuk negara lain... mana nilai kemerdekaan? lepas nie reaktor nuke kita pasang siap kat sri perdana... ok tak?

hj jamaludin,  Thursday, May 06, 2010 9:59:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kalau benar apa yang kata Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal menerima tawaran PM 1 Malaysia untuk menjadi Duta Malaysia di Perancis. Ini bermakna Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal tidak merasa terhina semasa persaraan beliau .Gua rasa berbaloi Tan Sri menjadi Duta Malaysia kerana mendapat dua gaji . Satu gaji datang dari pencen tentera dan satu lagi gaji datang dari manjawat jawatan Duta Malaysia . Wow wang masuk siapa tak nak ooooooooooiiiiiiiiiiiiiii?
Mudah Tan Sri boleh duduk runding dengan pengamal undang2 Perancis Joseph Breham . Tan Sri boleh buka katalog yang mana satu Joseph Breham boleh pilih nak jalan mudah dan hidup senang atau jalan ghaib di atas bumi Allah ini.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP