IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Antara Muar Dan Taiping.... Uniknya Malaysia.

>> Thursday, May 06, 2010

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku...

“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab, “Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata..

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?"

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab; “Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula! “Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut.


p/s: Kedai Kasut Kang Kang  ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Sebelah dengan kedai baju yang saya jaga waktu bulan puasa yang lepas. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut... huhuhuhuhu...

Tak senonoh betul orang Muar nih.... macam mana dengan orang Taiping kat bawah ni pulak...???



Agak-agak lu orang... nak bagi pelempang jepun ke... apa nih....????Bikin malu orang Taiping jer....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP