IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Anak Nak Nikah Di Halang, Akhirnya Anak Buat Dosa... Padan Muka...!!!!

>> Wednesday, May 19, 2010

Off politics... sekejap yeaaa..... ini berkaitan dengan kehidupan dan lumrah genetik melayu yang suka memilih menantu dan menjadi penyumbang kepada kemungkaran, kes buang bayi dan pelbagai lagi.

Soalan
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.

Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.

Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.

Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.

Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

Gadis Keliru.
KEDAH


Jawapan kepada soalan di atas seperti di sini.  


Gua pernah sentuh dalam isu Mak Bapak seperti yang "Gadis Keliru" di atas hadapi sekarang ini. Lu orang boleh rujuk di sini "Part 1" dan "Part 2" , fikir-fikirkan lah....

2 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Wednesday, May 19, 2010 10:07:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Betul lah ucapan Arwah P.Ramlee pernah berkata dalam Filemnya " Kalau ku tahu begini jadinya, kecik kecik aku pijak kasi mampus"
Dulu lepas SPM kata nak lanjut pelajaran ke menara gading supaya boleh membantu ayahibu dan berbagai impian meninggi gunong Pokok Taugeh disogok kat kedua orang tuanya. Wal si anak tahu kedua orang tua memang tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas si anak bila menjejak ke menara gading. Walau macam mana pun demi anak2 kedua orang tuanya sanggup bergolok gadai dan ikat perut demi untuk memastikan si anak dapat meneruskan pelajarannya . Dan Insyakallah moga2 kata2 anaknya akan membantu ekonomi orang tuanya selepas menerima segulong ijazah .
Tapi hujan juga di tengahari, anak merogol/murtadkan janji dan sumpah untuk membantu ekonomi dan penghidupan orang tuanya .Malah sanggup menconteng arang kat muka orang tuanya dan munafikkan diri dengan keterlanjuran melakukan perkara yang terkutuk.
Yang paling sedih si anak cuba merasuahi orang ramai untuk mendapatkan simpati dengan menceritakan keinginan nafsu serakahnya demi untuk mendapat sokongan orang ramai , untuk mengkondamkan atau untuk memalukan kedua orang tuanya dengan cerita sedihnya .Si anak mula lupa hukum hakam , lupa asal usul , lupa janji2 manisnya semasa ingin melanjutkan pelajarannya, buat buat lupa jasa pengorbanan orang tuanya malah sianak cuba tutup kesalahannya dan meminta orang ramai mengasihannya dan meminta orang ramai supaya kesemua kesalahan si anak di sebabkan orang tuanya tak mengizinkan sianak berkawin .
Ini cerita boleh disamakan dengan cerita Si Hang Tuah . Si Tuah dah bunuh si Jebat . Barulah Hang Tuah berkata " Sultan betul ke atau Hang Jebat betul." Kalau gua , gua santau si anak durhaka . Sial punya anak disebabkan jantan sanggup hina dan tuduh orang tua nya zalim .Gua sumpah sianak macam cerita si Tanggang. Mampus tak nak buat malu orang tua sahaja. Si anak bangsat tu tak tahu ke sampai sekarang hutang duit kat orang pun belum habis bayar bunga nya.Stupid Baghdat punya anak , pikir seronok je?

Bingai @ Bangang Wednesday, May 19, 2010 11:56:00 PM  

Tuan ISA,
tertarik gak aku baca topik ni termasuk gak topik yang tak lalu nak kutaip kat sini dalam "Part 1" dan "Part 2". hehehe. tak biasa.

Tertarik kerana banyak isu-isu pendidikan anak-anak yang diketengahkan. Tanggungjawab mak bapak memang besar tetapi bila anak telah melangkaui umur dewasa, tanggungjawab menguruskan dan mendewasakan diri juga terletak di bahu anak-anak juga walaupun tanggungjawab mak bapak sampai salah seorang tu mati.

kadangkala terdapat ibu bapa yang terbatas ilmu pengetahuan mereka untuk mendidik anak-anak sedangkan anak-anak lebih terbuka kepada unsur-unsur luaran. ibu bapa yang lebih memandang duniawi tidak termasuk di dalam golongan ini.

namun, yang paling menarik dalam komen-komen yang aku baca ialah tidak satu pun yang meletakkan beban dan tanggung jawab ini pada si Jantan. Kalau lebih ramai lelaki yang memang lelaki dan berani bertanggungjawab, maka selemah mana sekalipun perempuan (yang sememangnya lemah) akan dapat diselamatkan kalau si lelaki bersikap seperti lelaki. bukannnya jantan. tapi kalau lebih ramai ayam jantan yang tau nak cret sekejap sana sekejap sini, apa perlindungan yang ada pada perempuan.

Bab hantaran melambung tu hanya alasan pada aku. kalau si lelaki benar lelaki, bawak rumah tok kadhi dan nikah hakim. undang-undang ada untuk si anak menuntut jadi kenapa nak salahkan undang-undang? marah mak bapak setahun dua. anta je duit tiap-tiap bulan atau simpan bebanyak lepas tu sponsor mak bapak pegi mekah biar dia muhasabah diri kat sana. lepas tu anta cucu balik jumpa nenek dia. reputlah marah dia tu nanti.

jadi, selain dari makbapak dan anak dara, yang lelaki pun perlu bersikap lebih lelaki dari lebih JANTAN.

aku yang bingai
e-Direktori Bloggers Malaysia

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP