IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Amanah Raya Bhd & Magnum Bhd - Harusani.

>> Friday, May 14, 2010

Tan Sri Harussani Zakaria.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sidang pembaca warganegara Malaysia sekelian.

Saya baru sahaja selesai berhubung melalui telefon dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkenaan isu lesen judi sukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional Malaysia.

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa apa saja bentuk judi adalah HARAM di segi Syariah Islam dan beliau berasa amat sedih dengan keputusan Kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi tersebut kepada pihak Berjaya Sports Toto Berhad!

Bilamana saya terangkan kepada Sahibus Samahah Mufti Perak bahawa lesen judi ini bukan hanya untuk kategori pertaruhan keatas kejuaraan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung pada bulan Jun ini tetapi merangkumi segala bentuk sukan sukan yang lain termasuk sukan bolakeranjang, perlumbaan kereta, motosikal, sukan tenis, golf dan lain lain, Tan Sri Harussani terkejut dan merakamkan kekesalannya!

Beliau memaklumkan saya bahawa akhbar New Straits Times baru sahaja mengadakan satu wawancara dengan beliau dan bertanya samada sudah keluar laporan tersebut?

Saya menjawab saya belum sempat membaca akhbar tersebut tetapi memaklumkan bahawa sudah semakin ramai pembaca blog saya yang menghubungi saya dan bertanya samada saya telah mendapat maklumbalas Tan Sri Harussani tentang apa pendapat Tan Sri mengenai keputusan Kerajaan Malaysia ini untuk meluluskan lesen judi 'sukan'?

Sekali lagi beliau menegaskan bahawa judi itu adalah haram dan diantara dosa dosa besar yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan barangsiapa sahaja yang bergiat didalamnya!

Berita memalukan Malaysia ini sudah diterbitkan didalam laman web global MSN.Com disini.

Beralih kepada satu lagi perkara melibatkan soal penglibatan Amanah Raya Berhad yang dilaporkan berurusan dengan urusniaga saham syarikat perjudian besar negara @ Magnum Berhad melalui anak syarikatnya Public Mutual!

Tan Sri Mufti Perak meminta supaya saya menulis menerangkan bahawa pendirian beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah haram bagi pihak Amanah Raya Berhad untuk membiarkan anak syarikat nya Public Mutual untuk melaburkan wang amanah pegangan badan tersebut didalam bursa saham yang melibatkan syarikat perjudian Magnum Berhad.

Beliau meminta supaya saya siarkan pendapatnya ini menentang keterlibatan Amanah Raya Berhad didalam sebarang urusan niaga saham yang dimiliki syarikat perjudian seperti Magnum Berhad.

Harap maklum.

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sudah menyempurnakan amanah Sahibus Samahah Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria untuk menyampaikan amanatnya ini kepada tuan puan semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersama lah kita membanteras
segala kemaksiatan yang sedang berleluasa ditanahair kita ini!


ALLAHU AKBAR!!!
mahaguru58

3 IkutSukaLu...::

My Frontal Lobe Friday, May 14, 2010 1:36:00 PM  

Jika betullah ini adalah pendirian Mufti perak, maka ia mesti di siarkan di semua media masa negara. Masakan isu sebesar ini tidak di dedahkan. Make it into public. please

Abdur Raheem Friday, May 14, 2010 9:59:00 PM  

Salam sejahtera,

Adakah tidak keterlaluan jika dapat dikumpulkan semua pendapat mufti-mufti yang ada di Malaysia akan perkara ini.
Mufti-mufti melapor diri kepada Sultan-sultan mengikut negeri masing-masing.
Mana tahu kalau ada sultan yang tidak perkenankan pendapat mufti tersebut.
(saya baru belajar, kalau salah tolong tegurkan)

Anonymous,  Wednesday, June 02, 2010 5:02:00 PM  

tuan2 jgn la kita suke2 hati menabur fitnah. Saya tengok korang ni cam tak de ilmu tentang pelaburan, ilmu unit amanah saham, fungsi sesebuah syarikat - pling teruk kata PublicMutual anak syarikat Amanah Raya Berhad. Apa benda ni bang, betul ke? kalau nak tabur fitnah cepat je. selidik2 la dulu siapa, macam mana, kenapa - bukan main sembur je . renung2 kan la

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 49:6

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP