IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Zina Tidak Berlaku Tiba-Tiba.

>> Thursday, April 01, 2010

IMEJ menunjukkan cebisan mayat bayi lelaki yang ditemui di Jalan Padang Tembak, Petaling Jaya. 

Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang, Selangor. Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan. Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut.

Zina Tidak Berlaku Secara Tiba-Tiba.

Terasa sebak di hati tatkala menatap gambar-gambar bayi yang dibuang di pusat pembuangan sampah, dibakar, ada yag dimakan haiwan dan seribu satu gambaran lagi yang amat memilukan.

Di manakah hilang nilai kemanusiaan? Munculnya pelbagai saranan untuk menyelesaikan masalah ini. Malangnya kebanyakan saranan adalah berkaitan selepas sesuatu berlaku, dan bukan menjurus kepada pokok masalah.

Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang lahir daripada perhubungan seksual di luar nikah. Ada kalanya dia dibuang kerana perasaan malu, dan kadang-kala kerana tidak mampu menyara kehidupan anak tersebut. Punca kepada masalah ini ialah zina.

Di dalam al-Quran, Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk  [Al Isra' 17: 32].

Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:

Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya  berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

Pertama: Menundukkan pandangan. Allah berfirman:  Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].

Menjaga pandangan termasuklah mengelakkan diri daripada menonton video dan gambar-gambar yang membuka aurat, aksi-aksi memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.

Kedua: Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau sendai hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya bergayut telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.

Ketiga: Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].

Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.

Keempat: Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta ketika di jalanan.

Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan: Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini  kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan. [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].

Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.

Kelima: Tidak berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].
Dalam hadis yang lain: Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya [al-Bukhari dan Muslim].

Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya dating jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas. Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Tabaraka Wa Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.

Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nikah

oleh muslimz87.

1 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Friday, April 02, 2010 2:04:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Islam itu indah dan Hukum hudud itu indah .Tapi manusia tak suka nak buat macam mana?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP