IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Zaid Ibrahim Dah Bertaubat Laaaa....!!!!

>> Monday, April 19, 2010

BuletinOnline melaporkan TG Hj Hadi Awang berkata:

”Ada wartawan bertanya saya, bagaimana perangai yang tidak molek Zaid dalam Umno dulu, dan macam-macam lagi semasa beliau dalam Umno,

”saya jawab mudah, dia telah tinggalkan semua perangai buruk dalam Umno, semua yang tidak baik dalam Umno,”tegasnya - BuletinOnline
Utusan pulak melaporkan Zaid Ibrahim berkata:
"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini. - Bernama
Entahlah.... itulah pasalnya selama ini selepas nama Zaid Ibrahim di sebut2 sebagai calon hingga hari penamaan calon gua tidak ulas apa2 pun, malas nak ulas lebih2 pasal pencalonan si Zaid Ibrahim dalam blog ni, kecuali semalam setelah gua dapat sms dari Bro. Sofi (Blog Kerajaan Rakyat), sebab gua pun tahu kisah silam dia ni.

Terus terang gua katakan, gua sendiri berasa kurang syok dengan pencalonan beliau. Puncanya kerana isu inilah... tabiat minum beliau suatu masa dahulu, jika gua puji dan berkempen melambung pasal dia... gua sudah jadi hipokrit terhadap diri gua sendiri, dan itu bukannya cara gua.

Selama ini pun gua hentam puak2 umno akan tabiat kotor mereka, dari minum arak, gelintir kacang poe, GRO... usung betina tak kira anak orang mahupun bini orang, kaki dangdut, kaki judi indoor mahupun outdoor, bab seleweng duit orang, duit syarikat mahupun duit parti, menipu sana sini dan pelbagai lagi.

Semuanya maki hamun dan kutukan kepada puak2 parti haramjadah ini gua zahirkan berdasarkan pengalaman gua bercampur dengan puak2 ini semua, bukannya gua cerita dan sembang kosong dalam blog ini.

Termasuklah kisah rombongan umno bahagian (tak boleh sebut bahagian mana) ke Hadyaai beberapa tahun lepas, siapa yang keluar bilik dan siapa yang memerap dalam bilik hotel, gua boleh sebutkan nama sekor2 malaun yang tak takut dosa nih.

Tidak kiralah samada pemimpin dan puak2 bawahan dari cawangan hingga ke bahagian samada yang gua kenal mahupun tidak, tetapi bila sampai bab Zaid Ibrahim gua sebaliknya pula... hohoho... itu tidak betul caranya... akhirnya gua ambil sikap berdiam diri hingga semalam.

Itupun setelah membaca Amanat Presiden Pas dalam salah sebuah blog, dan gua berharap beliau telah benar2 berubah dan bertaubat. Gua tidak nafikan semasa beliau masih dalam umno. apa yang beliau tidak kena kutuk dengan blogger PR aka BA, macam2 beb... bilamana beliau menyertai PR... takan lah semua dosa kutukan terdahulu sudah menjadi suci.... hehehe... mustahil bro.... nampak sangat macam berat sebelah... tak semua puak2 umno itu jahat, dan tak semua puak2 PR itu baik.

Tapi majoritinya yang gua kenal, yang berperangai tak senonoh itu semuanya dari parti haramjadah umno haprak hanya segelintirnya sahaja yang baik2 yang pernah gua jumpa.. sama2 berjemaah di masjid, yang lainnya seperti yang gua katakan puak majoriti tadi.. kebanyakkannya apabila azan maghrib berkumandang... mereka2 ini masih di kedai kopi.

Jika dibandingkan dengan PAS... boleh dikatakan majoritinya kaki masjid dan tetap mendirikan solat... segelintir juga yang kaki huha..huha... dan berperangai macam setan kerana berselindung disebalik kopiah dan jubah, dan dikalangan pemimpin PAS ada juga yang jadi anjing kurap... habis semua tong sampah diselongkarnya, kerana sifat manusia dijadikan bernafsu.

Puak PKR pula ada dikalangan mereka dua kali lima jer.. dengan umno... memang tak dapat dinafikan... nak ulas lebih2 pasal puak PKR ni... gua tak banyak info.. sebab kurang bergaul dengan PKR punya geng...

Tetapi gua percaya dengan Amanat Haji Hadi semalam, tahun lepas Zaid Ibrahim telah menunaikan Haji dan gua bersangka baik dan yakin beliau telah bertaubat di hadapan Kaabah, jadi... siapalah gua nak menghukum beliau, lagipun itu dosa beliau dengan Allah.. bukannya dengan gua. Cuma gua benci tabiatnya yang terdahulu, sekarang gua beri peluang untuk beliau berubah... (ini pandangan peribadi gua)

Samada Zaid Ibrahim berhak untuk menjadi wakil rakyat Hulu Selangor ataupun tidak??? terpulang kepada para pengundi untuk menilaikannya.... sedangkan Allah buka pintu taubat untuk hambanya berubah dan Nabi pun ampunkan umatnya, inikan pula gua.... manusia jahil dan daif jika dibandingkan dengan kekuasaan Maha Pencipta dan darjat Rasulnya.

Andaikata Najib Razak bertaubat dan berubah demi Agama dan Bangsa, dengan menegakkan Hukum Islam sebagai Tiang Negara, gua dengan sepenuh hati akan menyokong beliau, gua berpolitik dengan prinsip gua sendiri... bukannya kerana ikutan.

Gua paling benci orang yang penipu, hipokrit dan paranoid.... lu orang nilaikanlah sendiri....

9 IkutSukaLu...::

Penyelia e-Direktori Monday, April 19, 2010 3:38:00 AM  

aku salute pendirian kau cuma bagi seorang insan yang lemah seperti aku ini aku tak mampu menjadikan Rasullullah sebagai alasan memberikan kemaafan. Mungkin kepercayaan aku terhadap seseorang itu boleh dipertimbangkan sekiranya dia lebih bersikap menepi dan melebihkan amalan untuk menebus segala dosanya. Bagi aku, kalau seseorang Melayu/Islam itu sudah tidak sependapat dengan UMNO, adalah lebih baik beliau menyertai parti PAS atau menubuhkan parti baru yang berasaskan ISLAM daripada menyertai parti caca rumba seperti PKR sekiranya semangat beliau untuk terus berjuang dalam politik.

Asalamualaikum.

BUJANG SUSAH Monday, April 19, 2010 7:29:00 AM  

ada 1 lagi parti islam.. parti katak semalaysia (perkasa) hahahaha

Anonymous,  Monday, April 19, 2010 10:06:00 AM  

Memang betul kesilapan lalu tidak baik untuk diungkit jika seseorang itu benar-benar dah bertaubat. Tetapi persoalannya adakah betul-betul Zaid Ibrahim sudah bertaubat? Maklumlah orang politik ini pandai berkata-kata. Ada yang sanggup berbohong sudah bertaubat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat tetapi hakikat sebenarnya masih melakukan perbuatan yang sama. Walau apa pun jawapan yang diberikan tetapi kita sebagai rakyat Hulu Selangor harus bijak
menilai siapakah yang benar-benar layak untuk memimpin Hulu Selangor. Tidak ada gunanya kita memilih calon Melayu Islam sebagai pemimpin jika perangainya mengalahkan bukan Islam. Sebab itu Islam tidak melarang jika kita memilih pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin bawahan kita asalkan dia berbuat baik kepada umat Islam dan berada di bawah pemerintahan utama yang ditunjangi oleh pemimpin Islam.

Mohamadazhan.com Monday, April 19, 2010 12:03:00 PM  

ya, jgn persoal dia dah betul2 bertaubat atau tak, soal pengampunan dari Allah. Yang penting bersangka baik pada Allah mengampunkannya.

lebih baik undi dia yang ISLAM dari undi HINDU. Nabi pun dah pesan angkatlah pemimpin yang Islam bukan kafir. Dah kafir ikut UMNO lagi jahanam.

Anonymous,  Monday, April 19, 2010 1:18:00 PM  

ada sorang budak kat perisik rakyat..kata...ala kanak2 umno la tu..

kalau zaid ibrahim dah bertaubat apsal dia tak bagi tau orang...

lalu ada la yang bijak tu berkata..apa dah bertaubat pun nak cakap semua orang ke..

ahahaha golak bosa den dibuek eh.. ahahah....

jawasapnnya senang je..tu la minum arak sultan pun boleh batalkan sebat..sebat pun max 6 kali..apeah sangat...tu yang galak orang2 kayo ni minum bondo tu.. ahahaha

Cucu Monday, April 19, 2010 3:40:00 PM  

Aku 100% percaya Zaid dah tak buat benda2 tu lagi...Atok aku kerja ngan dia dah lama,dia kenal siapa Zaid.Dulu memang la si zaid tu kaki botol dan kaki kuda,tapi itu dulu.Aleh,macam la kau orang tak pernah buat maksiat barang sekumit pun!.Zaid kata kalau dia menang PRK HS dia akan berubah 360 darjah- dia akan belajar ugama siang malam hingga dia layak mengganti TGNA sbg Mursyidul Am PAS.So jom la kita pastikan Zaid menang kat HS agar kita akan dapat seorang pemimpin yg warak dan berkaliber spr Zaid ni...

joostspring Tuesday, April 20, 2010 9:21:00 AM  

ni br betul...

kl org bn baca pun dia leh respek kat lu..

tak macam tule babi yg hanya tahu mencacai membabi buta...

joostspring respek sama ISA la wei,  Tuesday, April 20, 2010 9:54:00 AM  

wakakaka si joostspring ni takut ngn ekau isa oi.. wakakakakaka..sebelum ni dio tak habih2 kato macam2 kat zaid ibrahim..nampak sangat dio bopuro2.. wakakak

poie la ko singapuro.. wakakakaka

Allgreen Tuesday, May 04, 2010 12:57:00 PM  

Jika saudara blogger masih ingat setahun sebelum Zaid diangkat menjadi menteri oleh Pak Lah, beliau ada bertemu dgn Tuan Guru selepas beberapa bulan tercetus itu hudud nak dibawa kemahkamah! Dalam bulan Ramadan kalau tak silap saya.
Itulah peribadi orang yang insaf. Jadi menteri Umno tapi tak sebulu dengan Umno, semua hakim yang dianiaya oleh Dr M diberinya bayaran (saya lupa nama pampasan), dan oleh kerana beliau tahu Pas mitu suci.. mungkin tak tergamak beliau untuk mengisi borang masuk pas, bila menyedari diri 'kotor'
Dan nabi Muhamad s.a.w marah pada seorang sahabat ketika dimedan perang bila membunuh musuh yang telah menyerah dan bertaubat!
Fikir-fikirkan... manusia cuma diizinkan oleh Allah menerima diluar atau zahir sahaja... dalam hati serahkan pada Allah....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP