IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tembak Dengan Senapang Gajah...???

>> Tuesday, April 27, 2010

Gua terima melalui email group, syok juga baca tentang salah satu sifat genetik orang2 melayu, yang boleh dikatakan kebanyakkan bangsa melayu adalah pemegang PHD yang paling ramai, berbanding dengan bangsa lain di planet bumi ini. Lu orang baca dulu artikel di bawah tu, nanti gua bagi contoh siapakah gerangan melayu yang mempunyai PHD kelas A+++..... ha..ha..ha....

******************
 Aku tertanya-tanya kenapalah masyarakat melayu ni suka sangat dengan dengki mendengki. Kadangkala dengki ini menjadi-jadi sehingga memudharatkan orang lain. Sehinggakan sanggup menggunakan bomoh dan ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain. Perkara ini pernah terjadi kepada perniagaan aku,  kerana aku sendiri pernah terserempak dengan perbuatan menggunakan ilmu hitam ini.

Mereka telah meletakkan sejenis tanah bewarna hitam didepan dan belakang kedai serta menyapu sejenis minyak dipintu masuk dan didinding kedai. Bila sahaja aku masuk kekedai aku dapat merasakan satu perasaan tak selesa bila berada didalamnya.

Pelanggan-pelanggan pun tak ada yang datang dan hanya lalu lalang seolah-olah kedai kami tertutup. Sehinggakan mereka juga sanggup memotong bekalan air kekedai kami bagi menggagalkan perniagaan kami. Adakalanya mereka akan menghalang pelanggan-pelanggan untuk datang ke kedai kami dengan berbagai-bagai tohmahan dan fitnah.

Inilah Melayu Bangsaku..!!

Hasad dengki satu sifat keji yang, bahaya kepada diri dan masyarakat. Ia bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput. Kesan dan akibat daripada hasad dengki ini ialah:

Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikkan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana member nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi Hadis Rasullullah SAW, maksudnya; “Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu api yang kering”.

Hasad dengki itu sebenarnya berpunca daripada kelemahan manusia, iaitu sifat tidak mahu kurang daripada orang lain.

Jika rasa itu masih pada peringkat iri hati, dapat juga dibendung, tidak sampai disuarakan atau dilahirkan dalam tindakan. Sebaliknya, jika sudah membesar menjadi hasad dengki, amat sukar dikawal. Akhirnya padah menimpa, bukan saja orang yang didengki, tetapi seluruh bangsa.

Adakah kita sedar, apabila menyebut sahaja bangsa yahudi kita akan sentiasa membenci sikap dan tindakan bangsa ini, tetapi kenapa bangsa yahudi menjadi maju dan dominan di dunia ini. Kalau kita menyentuh atau mengganggu seorang bangsa yahudi, maka kita akan dibalas dengan meriam dan kereta kebal. Begitulah mereka apabila membela bangsa mereka sendiri.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani: "Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain."

Adakah pernah kita membuat kajian atau mana-mana  artikel yang boleh dijadikan rujukan ‘KENAPA MELAYU SINONIM DENGAN DENGKI??”.

Haaaa... tu dia, inilah orangnya yang mempunyai PHD kelas A+++ di Malaysia, bila kaum cina tak mengundi ubn... dia suruh sekat dulu peruntukkan yang dijanjikan oleh ubn pada PRK Hulu Selangor tempohari, adakah dia bangang dan bodoh tahap baboon... hanya tuhan yang tahu... sedangkan budak darjah satu pun telah di ajar bahawa Malaysia ini sebuah negara Majmuk.

Lainlah kalau si katak haramjadah ni hidup semasa zaman British dahulu dan berperanan dengan Tungku Abdul Rahman masa negotiation dengan British, bolehlah mempertikaikan atau menafikan hak kaum lain di Tanah Melayu sebelum "sign agreement Merdeka", bangang punya katak... itulah akibatnya kalau terlalu lama duduk bawah tempurung... kalau tanya dia bila Jepun serang Malaya... belum tentu dia boleh jawap... kecik2 tak nak mampus.. dah tua bangka mengelirukan bangsa....

Otak kanan gua berkata, gua cadangkan katak ni mesti di ambil tindakan dengan segera, jika di biarkan..., dia akan melalut macam baboon gila khinzir dengan isu perkauman, yang tak berkesudahan, akibatnya nanti mahu tercetus lagi peristiwa 13 May. Makin lama makin parah dah... katak sekor nih.

Otak kiri gua pula berkata, gua rasakan katak ni... dah kowtim dengan umno apco, dia mainkan peranan sebagai pembela melayu dengan provokasi terhadap bangsa lain, umno apco pula memainkan peranan sebagai parti orang melayu terbesar dengan membela melayu juga dan bertoleransi dengan bangsa lain demi Malaysia... he..he..he... so diorang ni saling memerlukan. Sebab itu apa saja hasutan katak ni berkaitan perkauman... kera...jaan dan pihak berkuasa buat apa....?.... he..he..he... buat bodohhhhh... jer...

Dan kalau ikutkan otak belakang gua pulak..., bak kata Allahyarham P.Ramlee... sambil pegang senapang gajah... lu orang paham2 sendirilah.....

Otak depan gua... hanya untuk Allah.... Astaghfirullahalazim.......

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Wednesday, June 02, 2010 11:03:00 PM  

Gua goolging mencari artikel "Senapang Gajah", tersesat sampai masuk blog lu lah, bro...

-Mukhsin

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP