IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

SPR Awal Lagi Dah Coverline..., Kantoi Juga...

>> Sunday, April 04, 2010

Sebelum ini pada 27 March 2010, SPR telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ini.

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu pengundi hantu pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana isu itu tidak pernah wujud sebaliknya timbul apabila ada pihak tidak memahami peraturan baru yang dilaksana sejak Julai 2002.

Menurut peraturan yang dikuatkuasa sejak Julai 2002, pemilih hanya boleh mengundi mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalannya walaupun dia tidak tinggal di kawasan itu, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata isu pengundi hantu timbul apabila pemilih itu kembali ke kawasan berkenaan untuk membuang undi tetapi tidak dikenali penduduk setempat.

"Isu pengundi hantu ini mungkin timbul apabila orang yang tidak tinggal di situ kerana telah berhijrah tetapi alamatnya dalam kad pengenalan adalah di kawasan berkenaan, jadi pada hari mengundi dia pulang untuk mengundi dan penduduk sekitar tidak mengenalinya maka timbullah isu kononnya ada pengundi hantu.

"Contohnya seperti di Hulu Selangor nanti, alamat kad pengenalan di Hulu Selangor, tetapi tidak semua pengundi duduk di situ, mereka duduk di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Klang atau di mana-mana," katanya.

Beliau juga menegaskan SPR hanya menggunakan maklumat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengemaskinikan Daftar Pemilih.

Pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor nanti, Abdul Aziz berkata pihaknya akan menggunakan Daftar Pemilih yang disahkan pada Disember 2009 yang menyaksikan 65,058 pengundi layak membuang undi.

Semua yang telah mendaftar sehingga Disember lepas layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti, katanya.

Beliau juga tidak hairan jika badan itu sekali lagi dijadikan tempat melepas geram oleh pihak yang tidak berpuas hati kelak.

SPR tidak mengikut arahan mana-mana pihak, sebaliknya menjalankan tugas berpandukan perundangan yang telah ditetapkan, tegasnya. - mStar.


Terkini... 04 April 2010, Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “ajaib dan luar biasa.”

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.

“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat ini.

“Kita (PKR) juga akan membincangkan, membentangkan laporan mengenai ini esok (hari ini),” kata beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

“Kita sangsi, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah ini,” kata beliau.

Berdasarkan daftar induk terkini, kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos. - MalaysianInsider.

p/s: Yang mana satu betul ni....? SPR awal2 lagi dah coverline.... nak menunjukkan mereka telus... kononnya, dan seperti biasa... boleh percaya ke kenyataan dari SPR...? Permainan kotor dari puak umno haramjadah ni pasti ada setiap kali Pilihanraya berlaku..., dan SPR selaku parti komponen tambahan takan nak berpeluk tubuh saja kan...??? ha..ha..ha...

4 IkutSukaLu...::

pembela_rakyat Sunday, April 04, 2010 3:02:00 PM  

tue kejaan biasa puak2 bee end...

jgn risau lah brader... kita buat kerja bersungguh-sunguh dan dengan sepenuh jiwa raga,, dan kita sma-sama bertawakkal kepada Allah taala,,

apa gunanya bertawakkal jika tiada usha, kita sekarang sudah dinamakan sedang berperang, kerana di malaysia, pilihanraya adlah peperangan. lain pula jika berada di plestin, mereka berperang menggunakan senjata untuk menunduk musuh dan menawan daerah, jadi.. pilihanraya adalah medan peperangan demokrasi, sama-samalah kita ke medan peperangan demokrasi, agar kita dapat menunjukkan kehebatan jihad dijalan Allah taala,,, allahuakbar!!x3

p/s: isu kerajaan perpaduan sudah karam, ia tidak akan timbul lagi, jangan sesiapa cuba untuk membangkitkan kemarahan Ahli PAS lagi, kita tidak mampu untuk bekerjasama dengan baik, andai kita masih meragui sesetengah ahli yang lain, memaafkan kesilapan yang lalu, merubah dan membentuk sahsiah dikalangan Ahli PAS, mari sama-sama kita perbaiki diri, dan muhasabah diri masing-masing,, pembela_rakyat harap,, dan mendoakan,, semua Ahli PAS bersatu padu, seperti sejumlah tentera yang akan melawan musuh-musuh yang menegakkan hukum selain hukum Allah taala..

kita usah lagi bermadah puisi, kita jangan leka lagi teman-teman, masih jauh lagi perjalanan kita, selagi mana islam tidak dijadikan dasar rukun negara, selagi itu kita wajib berada dalam satu golongan yang membawa syiar islam...

katakan tidak pada kerajaan perpaduan,, tanam dalam diri, ia sudah tenggelam! untuk selamanya...

tuan guru haji abdul hadi awang -
tuan guru haji nik abdul aziz nik mat -
semua pimpinan -

mereka semua dalam satu bahtera, jangan kita pula memecah belahkan bahtera yang sedang ke putrajaya.. amien,, bersatulah teman2, hapuslah dalam diri kita makna perpecahan,, bersatulah dalam melawan musuh allah..

Allahuakbar 3x

ha,  Sunday, April 04, 2010 3:25:00 PM  

kepada sesiapa yg pandai hal2 agama, sila anda masuk ke blog 1asalama, admin blog ini beragama aslama, dimana al-quran dibaca tanpa baris, perhatian dari ulama2 yang mursyid dalam kes ini amat diperlukan, takut ramai yg akan jadi pengikutnya... ini linknya http://1asalama.blogspot.com/

hj jamaludin,  Sunday, April 04, 2010 3:29:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
cehdok ulasan BRO ISA
"Daftar Pemilih yang disahkan pada Disember 2009 yang menyaksikan 65,058 pengundi layak membuang undi."
Kalau pihak Pakatan Rakyat sangsi dengan jumlah para pengundi di Parlimen Hulu Selangor, soalannya kenapa ahli2 Pakatan Rakyat tidak bertindak atau mengarahkan ahli2nya untuk buat bancian atau summon atau survey setiap pengundi baik yang beralamat tetap di Hulu Selangor atau pada para pengundi diluar kawasan tapi beralamat di Hulu Selangor .Jangan nak bagi alasan kerana tidak cukup kakitangan dan perut. Walhal kita tahu setiap kawasan atau diluar kawasan ada cawangan masing2 baik dari DAP , PKR ,mahupun PAS . Takkan semua ahli di cawangan masing2 duk dengar ceramah je. Apa yang telah dibuat oleh AJK setiap parti Pakatan Rakyat dari PR UMUM 12 sehingga Disember 2009 perihal perkara (Pengundi Hantu )yang di war warkan setiap kali Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan raya Umum .Asyik komplain komplain komplain , dok dengar ceramah tak habis habis .Pi la cek kat Pendaftaran Negara sama ada pengundi2 tersebut masih hidup atau dah mati . Buat kerja jangan nak komplain e2 eni . Sampai bila nak mengadu domba pasal pengundi Hantu ni ?????????????????????????????

Anonymous,  Monday, April 05, 2010 4:01:00 AM  

mung ning hj jamaluddin tahu ke benda gok, dok cakap nak komplain doh puak2 mung wat lembu kenyang je, ye lah mung set lembu

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP