IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa Percaya Nazri Aziz ApNo.

>> Sunday, April 11, 2010

Sejak kebelakangan ini ramai dikalangan rakyat akan menjuihkan mulut apabila membaca mahupun bercerita tentang kenyataan atau penerangan dari Pak2 Menteri.

Dan benarlah seperti apa yang diformulakan oleh bro Isham TT, jika membaca cerita atau berita dari media perdana atau sebarang kenyataan akhbar  dari Pak Menteri mahupun Kerajaan "Haruslah di baca secara terbalik". Contohnya seperti dibawah ini...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.

Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.

Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini. - malaysiakini.

Pak Menteri di Malaysia sudah menjadi seperti kisah "Seorang budak dengan serigala" akibat terlalu kerap berbohong... jika ianya benar sekalipun akan di anggap bohong juga.
Berbalik pada kisah Doktor Lucahthip ini, dia hanya hendak masuk ke negara ini dengan hanya membawa laporan inkues bedah siasat sahaja, jika benar tiada apa yang hendak disembunyikan mengapa mesti ada halangan.

Adakah intelligent Thailand sebodoh intelligent Malaysia..??? Atau adanya tangan2 ghaib yang memberi tekanan politik kepada Thailand bagi menghalang kebenaran....???

APCO + umno = ApNo

3 IkutSukaLu...::

kembara putih Sunday, April 11, 2010 9:18:00 PM  

Ada penemuan besar bakal terbongkar tu, patut la kerajaan BN takut sangat.

hj jamaludin,  Sunday, April 11, 2010 10:50:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Jika benar lah di kata bahawasanya DS Mohd Nazri Aziz d cop sebagai penipu . Tapi sekarang zaman internet so Dr Pornthip Rojanasunand tiada halangan untuk bentangkan nota kajian selidik diatas punca kematian TB Hock atau Dr Pornthip Rojanasunand boleh panggil PRESS Conference atau panggil DISCOVERY CHANNEL untuk beliau bentangkan kajian beliau atau memang Dr Pornthip berbohong dari mula sehingga sekarang dan memberi alasan kononnya beliau (Dr) menerima "TEKANAN POLITIK".

Independent Malay,  Sunday, April 11, 2010 11:39:00 PM  

Assalamualaikum wrwt Hj.Jamaludin,
memang bolih dia bentangkan dlm internet etc.tapi kan ini kes mahkamah? hakim nak ambil peduli ke apa yg dia tulis/report kat internet?
kenapa kerajaan takut sangat kat Dr. ni? cuba Hj. fikirkan masuk akal ke Teoh ni bunuh diri sebagai saksi yg tengah disoal siasat pasal kes bos dia salah guna peruntukkan rm2000 untuk beli bendera2 Malaysia untuk persiapan Merdeka.Cuba Hj. renungkan kes Khir anak Toyo buat 'Istana'lebih rm20juta (lebih 10000 kali ganda!)SPRM kata settle takde apa2 unsur2 rasuah ke,salahguna kuasa ke.Allah yg Maha Kuasa mengetahui segala2nya & kita diberi anugerah akal untuk digunakan sebaik2nya.Jadilah Insan yg kembali kpd Fitrah Nya. Wassalamualaikum wrwt

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP