IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa Nak Telan Air Ludah.

>> Tuesday, April 13, 2010

Manusia adalah makhluk semulia-mulia kejadian, di berikan akal untuk berfikir, membezakan yang mana baik dan buruk. Tetapi... apa sudah jadi ni...?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat pendedahan mantan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mendakwa terdapat seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air ludahnya untuk mendapatkan keberkatan.Pegawai Perhubungan Awam, JAIS Nurhamizah Othman berkata ini adalah pertama kali pihaknya mendengar dakwaan tersebut.

"Kita hendak dapat maklumat lanjut daripada Dr Mohd Asri. Jabatan Akidah JAIS sebelum ini tidak ada (menerima) laporan mengenai upacara telan air ludah ini.

"Kalau beliau ada maklumat lanjut, sila tampil ke hadapan untuk memudahkan JAIS membuat siasatan sama benar ataupun tidak," katanya mengulas pendedahan Dr Mohd Asri mengenai perkara itu dalam kolumnnya dalam Malaysiakini hari ini yang bertajuk 'telan air ludah ustaz'.

Dalam kolumnya itu, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) tersebut mendakwa "upacara itu pula dibuat di masjid" dan tokoh agama berkenaan "ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

"Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!" tulis Dr Asri dalam kolumnya itu.

Mengulas lanjut, Nurhamizah menggesa orang ramai mengetahui mengenai perkara itu agar segera tampil memberi maklumat lanjut kepada JAIS, termasuk siapa tokoh agama terbabit dan di mana ucapacara itu berlangsung.

Nurhamizah berkata, pihaknya memerlukan maklumat tersebut, seperti nama masjid dan tempat upacara itu berlangsung akan memudahkan siasatan dijalankan. - malaysiakini.

Ahlus Sunnah Wal Jahanam....? itu bukan tarekat... itu namanya terikat, adik beradik ayah pin. Sekor bagi minum "air basuh kaki", sekor lagi bagi telan "air liur", selepas ini pasti akan timbul pula bagi telan "air mani".

Apa ke... bangangnya manusia yang ada akal boleh telan "air liur" eee.... jijiknya.... bodoh nak mampus. Itulah mentaliti segelintir melayu yang taksub kepada pendakwah yang bergelar Ustaz, Sheikh, Tok Guru, Kiyai dan ntah apa kejadahnya lagi yang bawa ilmu mengarut2.

Gua ada pengalaman bertanya dengan seorang yang bergelar guru juga, tetapi gua blah... sebabnya bila dia kata "Allah dan Muhd main nyorok2" ada la... ceritanya pasal main nyorok2 nih... tapi biarlah setakat itu saja.. nanti ada pula yang terpesong, semua tu mengarut punya ilmu... jadi bertapislah jika ingin menuntut ilmu.. hati-hati kerana iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan umat Muhammad.

5 IkutSukaLu...::

Unknown Tuesday, April 13, 2010 12:40:00 PM  

air ludah campur dengan kahak lagi kaw! ajaran bengong.

Anonymous,  Tuesday, April 13, 2010 12:54:00 PM  

cerita sikit pasal nyorok2 tu..sesat je bunyi dia..

Anonymous,  Friday, April 16, 2010 2:57:00 AM  

xnampak tp berkata...MAZA ada dalam majlis tu ke???

Anonymous,  Saturday, April 17, 2010 12:44:00 AM  

ajaran wahabi yang di bawa dr.asri pekak ni lagi bahaya dari telan air ludah manusia.

Anonymous,  Sunday, June 06, 2010 11:57:00 AM  

Tak ada orang bawa tarikat makan air ludah.Ini rekaan asri ke atas orang Jais kerana dendamkan orang Jais yang tangkapnya,kerana mengajar ajaran Wahabi,sektor Islam songsang,yang baru timbul kurn-kurun akhir.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP