IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa Nak Ikut Gua Memancing Di Kepulauan Maldives...???

>> Monday, April 26, 2010

Baca dulu di sini.

Justeru itu, tiada apa yang gua nak ulaskan lagi, yang lepas biarkan berlalu, gua terima hakikat kekalahan tersebut dan siapalah barisan najis dan umno jika tidak menipu dan menghalalkan perkara yang haram. Nak gua keluarkan nas dan hadis ke...? rasanya tak perlu... sebab Jamil Mat Khir pun boleh bacakan pada Pak Jib dan Pak Din.

Memandangkan semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir malam tadi, gua rasa sudah memadai… jadi tak perlulah gua menyemakkan diri untuk hadir bersama. Gua rasa lebih baik gua teruskan berkempen dan berdakwah kepada penduduk yang gua kunjungi di sini. Terutama sekali kepada penghuni lautan ciptaan Allah yang maha Agung.

Lazimnya…, dalam setiap kali persidangan pasti ada waktu rehat dan santai… (itu pun jika ada persidangang), jadi gua ambil peluang ini untuk memenuhi hobi gua dengan memancing, gua nak masuk pertandingan memancing Joran tak boleh sebab terlalu sibuk dengan jawatan gua sebagai Presiden.

Di sini… selain diadakan persidangan, tempat ini juga terkenal sebagai syurga pemancing… pergh… untung2 dengan izin Allah SWT, gua dapat menaikkan Marlin 160kg… nanti gua kirimkan gambar kepada harakah, lu orang bolehlah tengok gambar gua dengan ikan yang menjadi buruan pemancing sedunia, bangganya gua....

Berkaitan kekalahan di Hulu Selangor, biarlah anak2 buah gua dan Mursyidul Am yang uruskan, tahulah mereka nak "handle" macam mana, takan itu pun gua nak handle... gua kan Presiden. Gua letakkan sepenuh tanggungjawap dan kepercayaan kepada anak2 buah gua.

Tak macam si Najib tu... setakat PRK macam tu... sibuk nak turun padang berkempen apa kejadah sebagainya... itu tandanya dia tak percaya kepada anak2 buahnya, itu yang gua katakan umno/bn menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan dalaman sesama mereka.

Tengok gua.... cool jer..., lagipun gua nak fokus dan membuat strategi kepada usaha mendaratkan ikan yang berprestij ini terlebih dahulu.

Pesanan gua kepada Zaid Ibrahim, terimalah hakikat kekalahan tersebut sebagai qada dan qadar dari Allah SWT. Lawan tetap Lawan, dan gua kat sini pun masih dalam perjuangan… berjuang dengan lautan belantara demi hobi gua sebagai pemancing tegar.

Salam dari gua kepada Penyokong dan Pengundi Hulu Selangor, serta kepimpinan Pakatan Rakyat semuanya di atas usaha tungkus lumus kalian sepanjang PRK Hulu Selangor.

Pecah kaca pecah gelas…. lu orang semua tak perlulah nak balas surat gua ni… pasal tengah laut mana ada posmen.. internet…? gua ni buta IT sikit…. tengah laut ada internet ka…?

Salam perjuangan dari gua, dari kepulauan ????. Lubuk ni terpaksa gua rahsiakan... takut nanti lu orang datang bawa pukat... huhhhh... hancur dan pupus ikan2 di sini.

p/s: opppsss.... gua bermimpi rupanya.... sori ekkkk... tercerita mimpi gua kat sini pulak... tapi itulah impian gua sebagai pemancing tegar... ha..ha..ha....

3 IkutSukaLu...::

Bapak Engkau,  Monday, April 26, 2010 8:17:00 PM  

Cakap banyak.Lu turun tak?

Anonymous,  Monday, April 26, 2010 8:21:00 PM  

Emak Engkau nak tanya Bapak Engkau,

Lu pun turun tak...?

Bapak Engkau,  Tuesday, April 27, 2010 8:39:00 AM  

Nampak sangat tak turun. Kalau tak turun, jangan banyak bunyi. Duk diam-diam.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP