IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rapper's Tua...

>> Monday, April 05, 2010

Ibrahim Ali berang lagi: Apr 1, 10 1:17pm

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.

Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.

Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan. "Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB. Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.

“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.

Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan.

Sumber: Melalui email dari newsforwarder.

p/s: Itulah pasal... gua dah suruh dia pergi nyanyi lagu RAP.... dia ada bakat jadi Rappers... ha..ha..ha....

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, April 05, 2010 5:53:00 PM  

yo yo wassup.. ahhahahahhaah

azman kamarul Monday, April 05, 2010 8:45:00 PM  

Pak Berahim......singkap balik sejarah mendapat merdeka dulu...siapa yang bersetuju dengan taraf citizenship Pak Berahim.......jangan cuba lari dari kenyataan......"ludah ke langit kena ke muka sendiri"

storm62,  Monday, April 05, 2010 9:15:00 PM  

crazy frog?....alahai al-katak, muka mcm ko tu nak "rap"?..."rap" dlm bahasa mu tu bermakna "bungkus" la...kah kah kah.

Loyar Baru,  Monday, April 05, 2010 11:26:00 PM  

Aku ingat AJ edit sebab terlampau banyak Pok Brahim tu cakap Ong ! Ong ! Ong ! . Rupanya dia cakap t..k! t..k ! t..k ! Mungkin reporter AJ tak tahan bau t..k kot .

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP