IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Puak umno Mari Baca Ni... Berita Gumbira Buat Lu Orang...!!!!

>> Saturday, April 24, 2010

KUALA LUMPUR 22 APRIL: Kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor dihangatkan lagi dengan berita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim dengan secara rasminya hari ini telah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti PKR (Parti Keadilan Rakyat) dengan memberikan sebab telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Kejutan ini adalah daripada rentetan beberapa peristiwa sebelum ini dimana ramai pimpinan dan ahli-ahli PKR yang membuat pengumuman keluar daripada parti itu dengan memberikan sebab telah hilangnya kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan parti.

Berita terbaru ini merupakan satu pukulan maut kepada PKR dalam menangani beberapa isu yang dibangkitkan oleh BN di dalam siri kempen mereka di Hulu Selangor.

Seluruh jentera parti kini dikatakan telah lumpuh akibat daripada berita yang paling mengejutkan seluruh ahli-ahli dan pimpinan di dalam PKR sendiri. Ramai yang masih tidak dapat menerima berita terbaru ini di dalam kempen di Hulu Selangor yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Tinjauan rambang mendapati seluruh rakyat tidak percaya akan berita ini.

Ini adalah kerana hanya mereka-mereka yang tidak boleh berfikiran waras dan mengikut membuta tuli sahaja yang akan percaya akan berita seperti ini.

Inilah berita yang paling diidamkan oleh Najib dan Umno/BN selama ini. Bagaikan bulan jatuh ke riba jika mana-mana media arus perdana yang dapat menyiarkan berita paling hebat masa kini.

Jika anda yang sedang membaca berita ini juga percaya akan berita yang dilaporkan ini, bermakna anda telah membiarkan diri dan minda anda dijajah serta dimanupulasi oleh media arus perdana yang semakin hari begitu menggila menyiarkan berita-berita yang penuh tipu daya tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap berita-berita yang mereka siarkan.

Jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh mereka-mereka setiap hari.

* Berita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. Maaf Dato Seri....

7 IkutSukaLu...::

ANUAR Saturday, April 24, 2010 11:08:00 AM  

bape billion DSAI dpt?.aku pn nk keluar PKR jugak.

Chairman Kaga,  Saturday, April 24, 2010 11:26:00 AM  

MUHAHAHAHHAHA
TULAH SEWAKTU YB PKR TU KELUAR SURUHLAH PARTI MENGADAKAN UPACARA SELAMAT TINGGAL. ADA KEK, ADA MI ADA AIR SIRAP BARU BES.
HE HE HE HE HE

Muhyiddin Yasin,  Saturday, April 24, 2010 11:30:00 AM  

Saya dengan ini mengumumkan secara resminya akan keluar dari PKR dan menyertai UMNO.

Ikhlas dari Muhyiddin Yasin

Anonymous,  Saturday, April 24, 2010 11:53:00 AM  

Najib A.Razak
berkata bahawa "saya dengan rela hatinya mengumumkan akan keluar dari Parti BN dan akan menyertai PKR..."

Ehhhh...ehhhh.....silap...silap..! Sorry lah terlalu mengantuk sbb baru balik menyembah Obama. Sebenarnya saya nak kata macam ni...

"Saya dengan ini mengistiharkan keluar Bn dan akan menyertai PKR....berkuatkuasa serta merta"

Haaaaaaa......ini baru betol.

dari,
NAJIB A RAZAK

pis Saturday, April 24, 2010 12:41:00 PM  

ramalan penulis tepat sebab anuar akan keluar PKR bila nasib PKR akan menjadi semangat 46 tidak lama lagi. maafye sebab ini bukan ramalan tapi kenyataan.

ISA Saturday, April 24, 2010 12:44:00 PM  

pis,

gua caya lu... kerana faham maksud tersirat.

Mozas Saturday, April 24, 2010 1:18:00 PM  

Menggelupur Mahfuz pertahan Pas For All. Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/menggelupur-mahfuz-pertahan-pas-for-all.html

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP