Pemimpin - Bukan Sahaja Di Hulu Selangor.
>> Monday, April 26, 2010
Salam bro.,
Sesungguhnya setiap manusia itu adalah pemimpin (Khalifah), termasuklah kepada dirinya sendiri dan akan dipertanggungjawabkan keatas pimpinannya. Allah SWT Maha Pencipta adalah Maha Berkehendak dan sedikit pun tidak mengikut kemahuan apa yang bakal dijadikan.
Meski pun hanyalah seorang gembala kambing malahan tidak tahu baca dan tulis sekali pun untuk menjadi seorang pemimpin agong. Namun hawa nafsu manusia itulah yang membibitkan perasaan tidak puas hati dengan setiap yang dijadikan termasuk dirinya sendiri, sehinggakan pula mempersoalkan Maha Berkehendaknya Allah SWT itu.
Maka manusia sebagai pemimpin itu berkira kira dengan akal fikirnya baik dan molek disamping ilmunya yang tinggi kononnya melahirkan ide bernas dan tindakan terpuji buat manusia lain, bagi agamanya, bangsanya dan negaranya. Terkadang manusia itu dengan tindak dan tingkahnya berada dibawah kongkongan iblis syaitan!
“Berkata iblis : Hai Tuhan ku, Demi sebab Engkau menyesatkan aku akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya (15:39)”
Manusia itu mengatakan dia yang terbaik, elok dan bagus bagi manusia lainnya untuk meraih sokongan. Terlalu ego menjanjikan kepastian dengan kekuasaan yang ada padanya, sehingga terlupalah bahawasanya dia bukan Tuhan yang sesungguhnya Maha Berkuasa.
“Wahai kaum ku! Pada hari ini kerajaan ada pada mu dengan berkuasa dibumi, tetapi siapa yang akan menolong kita dari azab Allah jika (azab itu) menimpa kita? Firaun berkata : Aku hanya mengemukakan kepada mu apa yang aku pandang baik dan aku hanya menunjukkan kepada mu jalan yang lurus(40:29)”
Kepada (tentang) iblis dan Firaun, kita melihat peristiwa dahulu yang telah berlaku itu pasti juga akan berlaku dimasa akan datang, dimana yang dahulu dan yang akan datang itu sedang berlaku pula sekarang.
Sesungguhnya manusia itu tidak mahu memikirkan dan mengambil pelajaran.
Wassalam dari ayahIssa : www.khalifahhimpass.blogspot.
p/s: Renung-renungkan...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com