IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Noor Afzan... Jangan Nangis Tau....

>> Tuesday, April 06, 2010



Bila seronok, aku cari... pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak
 

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
 

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
 

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
 

Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
 

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
 

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
 

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
 

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
 

Selalu.. aku ingat pasanganku
 

Selalu.. Mak ingat kat aku
 

Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
 

Entah bila... aku nak talipon Mak
 

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
 

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
 

Renungkan:
 

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika mendengarnya...., Tapi kalau Mak sudah tiada...???
MAKKKKK... RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya.....
 

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
 

Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
 

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... .
 

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya... 

Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali...


Berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya...

11 IkutSukaLu...::

dukun Tuesday, April 06, 2010 12:52:00 AM  

c'mon
x payah la cliche sgt
berapa ramai dah buat tp x masuk paper, yg sedih, script cerekarama basi ulang2
nie, nak tanya, mak2 gila yg suka susahkan menantu x nak sebut ker?
pisahkan suami isteri yg bahagia, sihir, air jampi, konon untuk kebaikan? siapa derhaka? anak derhaka ke mak yg suruh anak derhaka?anak makan hati x sebut?selalunya, kalau menantu cina islam selalu kena benda nie.

ISA Tuesday, April 06, 2010 1:16:00 AM  

dukun melayu,

relax aarrr... bro...
gua cuma pesan berpesan sesama pembaca blog gua...

tiap kali mengadap komputer... baca blog.., ingat2 lah kat ibubapa kita... supaya tak terjadi seperti apa yang lu sebutkan tu...

lu macam takda perasaan... jer bro... ha..ha..ha... gua gurau jer... jangan marah aaa....

BUJANG SUSAH Tuesday, April 06, 2010 1:18:00 AM  

heheehe... hangin plak mamat tu.. mak mertua dia tu punya perangai mcm "ibu mertuaku" dalam cerita p.ramlee kot.

ISA Tuesday, April 06, 2010 1:23:00 AM  

Bujang Susah,

he..he..he... agaknya lah...

Anonymous,  Tuesday, April 06, 2010 2:18:00 AM  

Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari

Anonymous,  Tuesday, April 06, 2010 7:29:00 AM  

kekadng ada jugak perasaan meberontak dalam benak kepalaku terhadap kedua ibubapaku,akan tetapi melihat matahari,merenong kebulan dan bintang.bersyukur aku terhadap kedua ibubapaku maha agong kuasa sang pencipta melahirkan aku dari mereka.menyaksikan matahari,bulan dan bintang,ibubapaku anugerah tuhan kepadaku.

din,  Tuesday, April 06, 2010 8:36:00 AM  

hehehe aku kesian kat dukun melayu.. hehehe hahaha.. tu laa engkau tu menantu nakal.. kan dah kena mandrem!! hehehe

hj jamaludin,  Tuesday, April 06, 2010 9:46:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
BRO ISA lu buat gua nangis pagi ini kenapa? Lu memang sakit hati kat gua ka? Anyway gua da booking flight ini tengahari ke Temasik untuk melawat kubur ibu gua n ayah gua untuk sedekahkan Al Fatihah & surah Ihklas .Very sensitive issue .

noorafzan.blogspot.com Tuesday, April 06, 2010 1:15:00 PM  

salam bro..
macam tahu2 je saya ni cepat tacing bila ada cerita pasal mak..
sob2..

ISA Tuesday, April 06, 2010 1:22:00 PM  

NoorAfzan,

Itulah... makan Carl's Junior tak ingat kat Emak awak... kih..kih..kih...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP