IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mapley Tepi Jalan Kera..jaan Tak Nak Politikkan Ke...?

>> Thursday, April 22, 2010

Apabila bercerita dengan puak2 umno pasal sikap berat sebelah TV3 suku dalam membuat laporan berita, diorang nafikan stesyen TV tersebut ada campurtangan politik, nah kat bawah ni adalah bukti adanya campurtangan politik dalam media elektronik mahupun media cetak. Kalau NTV7 pun kena kacau, inikan pula TV3 suku.... lagi mau nafikan ke...?

Kalau lu orang ada kawan2 yang kerja kat TV3 suku, cuba tanya diorang bagaimana layanan dan sikap Bik Mama kalau dia datang ke TV3 suku... macam sial haramjadah wa cakap lu... budak2 TV3 suku pun menyampah..., kalau boleh diorang nak terajang jer... betina puaka tu.. tapi apakan daya.. tak boleh nak buat apa2.. sebab puaka betina tu power giler... lastly rela dalam paksa jelah...

***************************
Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.
NONEWong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

NONEPengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

NONESejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.


p/s: Itulah pasal gua dah cakap sebelum ni, Kera..jaan Malaysia dan Menteri2nya semuanya macam cerita dalam filem Tamil... semua benda dan perkara nak dipolitikkannya... macam sial jer... diorang tu semua.

Kalau boleh kedai runcit dan mapley tepi jalan pun diorang nak pegang dan politikkan juga... macam haramjadah jer....

1 IkutSukaLu...::

CodeNameSomaliPirate Thursday, April 22, 2010 11:16:00 PM  

ISA

Ko rekemen lah mangkok tu kerja kat (kilang fitnah 24 jam) Malaysiakini ke, Merdeka review ke....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP