IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Laporan Polis Kawan Mangsa Tembak.

>> Wednesday, April 28, 2010

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

p/s: Nilaikanlah sendiri.... nanti ada pula yang tuduh gua tambah garam pada luka keluarga mangsa.... sengal punya pemikiran....

nak tengok bukti repot polis klik sini.

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Wednesday, April 28, 2010 7:43:00 PM  

Tuan ISA.. hari ni lu punya otak agak biul sikit. Rasanya lu tak akan faham hati seorang ibu. Adakah sebab kereta dipandu laju dan tidak mahu berenti budak berumur 15 tahun boleh ditembak sewenang-wenangnya. fikiran budak 15 tahun tidak mencapai standard fikiran orang dewasa. bila takut dan panik.. diaorang tak boleh fikir dah kecuali nak lepaskan diri je. Biasanya POLIS Malaysia ni.. kalu dengan budak hingusan dan orang kampung beranilah mereka tapi ngan kongsi gelap JOHOR tau pulak takut. Dalam islam pun hatta penjenayah atau pembunuh pun wajib dibicarakan terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman. Berdoalah semuga anak tuan tidak tidak dianayai dan terlepas dari kekejaman polis.

mek agah,  Wednesday, April 28, 2010 7:47:00 PM  

Tuan ISA.. hari ni lu punya otak agak biul sikit. Rasanya lu tak akan faham hati seorang ibu. Adakah sebab kereta dipandu laju dan tidak mahu berenti budak berumur 15 tahun boleh ditembak sewenang-wenangnya. fikiran budak 15 tahun tidak mencapai standard fikiran orang dewasa. bila takut dan panik.. diaorang tak boleh fikir dah kecuali nak lepaskan diri je. Biasanya POLIS Malaysia ni.. kalu dengan budak hingusan dan orang kampung beranilah mereka tapi ngan kongsi gelap JOHOR tau pulak takut. Dalam islam pun hatta penjenayah atau pembunuh pun wajib dibicarakan terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman. Berdoalah semuga anak tuan tidak tidak dianayai dan terlepas dari kekejaman polis.

HeroTamil Tuesday, May 04, 2010 2:13:00 AM  

Mek agah,

aku bukan nak kata lah...
nak tanya juga...berapa ramai agaknya boleh meneka umor pemandu kereta di sebelah anda??
Ada pampang ke..umor PEMANDU 15 tahun??


Kejar, dah berhenti baru tangkap??
Kejar dah kejar, tapi masalahnya Pemandu tak mahu berhenti..
Iyer lah kak, kita tunggu sampai berhentikan..kan..kan...Selagi takder saper yg mampus kena langgar..kan..kan..kan..

Pastu kita boleh salahkan polis lagi...betul tak kak.

Oh?? iye ke polis penakut??
Yang mati kena tembak tu apa cerita??

Mudah jer..anak di ajar mematuhi undang undang, maka tak perlu lah takut pada polis. Kenapa?? anak Mek agah pun memandu tanpa lesen ker??

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP