IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kuala Lumpur ada Sultan tak...?

>> Saturday, April 03, 2010


Kini di tengah bandar Kuala Lumpur wujud satu shopping mall yang begitu gah dan sangat popular dikalangan warga KL malah juga menjadi salah satu lagi tarikan pelancong utama di Kuala Lumpur. Itulah Pavilion.

Apabila melalui jalan Bukit Bintang pasti kita terlihat dinding cermin bangunannya yang nampak moden dipenuhi iklan butik2 yang berada didalam shopping mall 5 bintang ini. Hanya melihat dari luar sahaja kita dapat mengagak barangan yang di jual didalamnya pasti sangat berjenama dan terlalu mahal belaka.

Namun bukan itu yang ingin saya tuliskan. Deretan kafe dan restauran yang berada disitu yang menjadi kebimbangan saya sebenarnya. Kafe dan restaurant disitu bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dan warga KL untuk berehat minum dan makan malah dikawasan itu juga adalah salah satu sebahagian laluan utama para pengunjung shopping mall ini.

Yang saya khuatirkan adalah deretan kafe dan restauran disitu seperti pesta tempat meminum beer. Dengan perang iklan promosi harga beer yang ditawarkan di setiap kafe dan retauran disitu yang begitu banyak dan meriah sekali membuatkan kita seperti berada di kawasan kelab malam pula seperti berada di Jalan P Ramlee, Jalan Changkat mahupun di Heritage Dorai.

Namun kawasan2 kelab ini bukanlah laluan utama pejalan kaki tetapi di Pavilion sebaliknya. Malah kita dapat melihat sign board iklan berelektronik yang begitu banyak tersusun disepanjang laluan mempromosikan air haram ini. Seolah2 pihak Pavilion tidak sensitif terhadap perkara haram sebegini.

Banyak lagi cara untuk menarik pengunjung. Tidaklah perlu dijadikan kawasan ini tempat menjahanamkan rakyat. Kita sebagai negara islam dan majoriti rakyatnya beragama islam. Tidak kisahlah jika tuan punya Pavilion ini bukan beragama islam namun dia harus sedar bahawa mereka membuka perniagaan di Malaysia yang penuh dengan adab dan batasan. Apatah lagi majoriti rakyatnya beragama islam. Janganlah jadikan kawasan tumpuan semua warga kaum dan agama ini menjadi tempat pesta meminum arak.

Bayangkan apabila kita membawa ibu bapa serta keluarga kita mengunjung ke shopping mall ini dan melalui kawasan ini pasti kita rasa tidak selesa dengan situasi ini.
Apatah lagi anak2 muda memang suka mengunjung ke Pavilion dan ini boleh mendedahkan mereka dengan tempat2 sebegini. Sudah pasti suatu hari nanti pasti mereka juga menjadi pelanggan di restaurant2 ini.

Setiap kali saya lalu disitu pasti saya melihat ada orang melayu islam yang duduk disitu sambil meminum beer tanpa segan dan malu. Malah saya rasa mereka berbangga meminum air kencing syaitan di situ.

Saya berharap sangat pihak2 yang mempunyai kaitan dengan masalah ini bertindaklah dengan segera. Jadikanlah shopping mall Pavilion ini tempat kunjungan dan riadah seisi keluarga. Bukannya tempat pesta minum beer!!!...

Sumber: UdangLipan


Tanpa Arak pelancong pun ramai jugak.... cuma Kera...jaan ubn jer... yang takut nak hentikan penjualan arak dalam negara ini, takut tak dapat kutip cukai.... dan tumpang sekaki togok arak tu.... itu pasal la... diorang tak kisah pun....

Contohi Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, tegas dan berwibawa... tak macam Menteri Agama, Tok2 Mufti, Ulama dan Umara Kera...jaan dan ahli2 Agama yang lain di Malaysia ini, yang takutkan pemerintah daripada takutkan Allah.

p/s: Kuala Lumpur Darul Wilayah Persekutuan ada Sultan tak...? Boleh laaa.... ampunkan melayu mengaku islam yang banyak teguk air kencing setan kat KL tu....

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Saturday, April 03, 2010 12:13:00 PM  

skang ni kalau minum arak..mintak maap kat sultan Pahang je..dosa minum arak bukan dengan Allah..tapi dengan Sultan Pahang..OK

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP