IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kes Tembak Mati : Apa Persepsi Anda...???

>> Wednesday, April 28, 2010

Perghhh... panas beb... isu budak 15 tahun ditembak mati kat Seksyen 11, Shah Alam. Gua lepak dengan member2 kat seksyen 7, macam dah takda isu lain, diorang pun buka topik ni juga.... adusssss...., gua sebenarnya malas nak ambik pot... kisah budak ni, walaupun budak ni baya anak gua jer...

Sebagai menghormati keluarga Allahyarham, gua ucapkan sekalung Takziah di atas pemergian secara mengejut Aminulrashid Amzah. Anggaplah ini sebagai Qada dan Qadar dari Allah SWT.

Ntah... la.., gua pun tak tau nak mulakan macam mana, nak kata gua nak membela Polis...? ohhh tidak... sebab gua pun spesis yang lantang juga mengutuk dan maki hamun polis2 ni semua. Dan sudah tentunya bersebab... seperti contoh kes Norizan Saleh, kes budak Perlis yang di tembak mati dengan tangan bergari, kes belasah tahanan, ketuk ketampi sambil berbogel dalam lokap dan kes2 macam rasuah dan pelbagai lagi tak payah cerita la...

Seolah-olah dioranglah RAJA di Malaysia ni. Itu pun pasal ada uniform, senjata dan kuasa. Cuba mereka seperti orang awam dan tunjuk lagak... kerek tak tentu pasal... rasanya ramai dah polis ni yang tulis nama atas batu. Dan gua tak nafikan memang adanya segelintir polis yang perasan bila ada kuasa berlagak dan kerek macam celaka jer.... nak tunjuk power konon.... jahanam...!!!

Dari pemahaman pembacaan gua kaitan kes ini, gua tak salahkan polis 100% kerana perkara ini berlaku di waktu malam dan berkemungkinan dalam suasana kegelapan malam. Biarpun banyak perkara2 yang mencurigakan melibatkan kedua belah pihak berlaku.

Sekadar berlaku adil, gua cuba letakkan diri gua sebagai polis dalam suasana cemas tersebut.... dan apakah tindakan rasional yang patut gua ambil. Gua pun nak selamatkan nyawa gua maaaaa..... Sekurang-kurangnya mengikut akal bodoh gua ini... walau ada tembakan amaran, tembakan tersebut tidak perlu disasarkan kepada individu/mangsa kerana beliau bukan dalam posisi menyerang.... curiga lagi nih... kecuali kalau polis yang terlibat dalam kes ini panik atau tidak cukup pengalaman dan latihan untuk mengenal pasti situasi ancaman yang sebagaimana...? untuk membolehkan mereka melepaskan tembakan.

Dan gua sekali lagi letakkan diri gua sebagai budak yang berumur 15 tahun, yang curi2 pandu kereta kakak gua di tengah malam buta pada jam 2 pagi, apabila gua ternampak kereta polis... gua sudah cuak... dan spender gua pun basah.... kecut maaaa.... apakah tindakan gua yang tengah mengelabah khinzir tu.... Cha... Alif... But...., so... gua pun buat drift untuk cabut... bila polis nampak gua bawa kereta dalam keadaan mengelabah (mencurigakan), dah tentu polis akan follow... dan gua terus pecut... dan polis pun kejar... sampai gua terbabas... hasilnya...???

Gua sebagai Polis ambil tindakan cara kePolisan. Dan gua sebagai pemandu tak berlesen, apatah lagi dibawah umur... gua ambil tindakan cara budak2 bawah umur la.... (suasana jadi kalut tak...?). Dan apakah senario dramatik yang bakal berlaku dalam suasana kalut tersebut....

Jadi tak perlulah nak membela dan bersimpati punca kematian secara membabi buta dengan/atau menuduh polis secara membabi buta juga, biarkanlah pihak yang bertanggung-jawap menyiasat, mendakwa dan mahkamah jatuhkan hukuman. Gua juga setuju desakan supaya kes ini disiasat secara telus... bukannya cover sana sini demi menjaga imej Polis Raja Di Malaysia yang sememangnya dah tercalar pun....

Berkaitan isu jumpa parang dalam kereta itu dan ini..., ha..ha..ha... gua no komen..., sebabnya pro and contra... gua pun maklum juga dengan permainan kotor polis2 nih.... alahhhh... dalam polis pun ramai juga yang mulut tempayan bro..., dan jika yeaaa... sekalipun, persoalannya apakah kita benar2 mengenali anak2 kita...???

Ringkasnya, gua tak mahu berspekulasi berlebihan dengan andaian2 mengarut berdasarkan laporan dari beberapa akhbar perdana dengan pelbagai versi cerita. Noktah.

Akhir sekali, tanpa sebarang niat hendak melukakan hati sesiapa, khususnya keluarga mangsa, gua minta maaf terlebih dahulu dengan pertanyaan gua yang sempoi ini...

"Apa kejadahnya anak yang berusia 15 tahun berada di luar rumah pada jam 2 pagi, bukankah itu waktu tidur bagi anak2 yang bersekolah..???"

Catatan santai dari gua:
Maaf sekali lagi, gua tak kata gua seorang bapa yang sempurna dan macam bagus bercerita dalam blog. Jika mengikut bahasa gua berblog ini, kalau anak2 gua berada di luar rumah selepas maghrib sudah pasti kena penerajang dengan gua. Itu bahasa gua berblog, tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Seperti yang gua nyatakan diatas tadi umur mangsa baya anak gua jer..., gua ada dua orang anak lelaki... pertama 14 tahun dan kedua 13 tahun. Biasalah.. aktiviti petang anak2 lelaki mestilah main bolasepak di padang berdekatan. Titah perintah gua pada mereka sempoi jer... "Pastikan berada di rumah setengah jam sebelum masuk waktu maghrib" itupun ada kalanya terbabas juga.

Jika kerap terbabas dan alasan macam cibai tak munasabah lansung, peringatannya ialah... "sila masuk bilik (bilik diorang, berkongsi), londehkan seluar dan piaaaapppp... gua rembat dengan tali pinggang kat bontot masing2 dengan sepenuh hati, lepas tu gua warning jangan nangis keluar suara, pandai2 lah diorang nak cover sound kesakitan masing2" tujuan hukuman dalam bilik mereka kerana tidak mahu menjatuhkan air muka dan maruah mereka di hadapan adik2 perempuan dan ahli keluarga yang lain.

Alhamdulillah... dan syukur ke hadrat Ilahi, setakat hari ini dengan tindakan kejam sebegitu... gua dapat mendidik anak2 gua. Gua tak kata anak gua baik... tetapi hasilnya anak2 gua tidak pernah keluar malam sesudah maghrib, jika habis tiusyen jam 9.30 malam... gua hanya beri masa 15minit untuk sampai ke rumah, akibatnya gua akan terdengar suara mereka dan tapak kaki mereka berlari balik kerumah apabila sampai depan pintu pagar. Berbalah gurauan sesama mereka siapa yang akhir sekali kunci pagar dan pintu, gua hanya perhatikan dengan muka serius... sambil ketawa dalam hati melihatkan gelagat mereka.

Dan gua juga pernah suruh mereka tidur luar rumah pada penghujung bulan Syawal tahun lepas, alasan mereka pergi beraya rumah kawan (yang terlibat dalam kes ini 2 anak lelaki dan seorang perempuan 12 tahun), ok... gua izinkan dengan syarat pastikan balik ke rumah sebelum jam 10 malam, tetapi mereka sampai dirumah selepas jam 10 malam... hukumannya gua tak piaaapppp bontot mereka. Gua cool.... jer.... tunjuk kemarahan dalam nada gurauan...

Sambil menyindir gua bekalkan bantal, selimut, dan pengalas (toto) maka hukumannya tidurlah mereka di bawah porch kereta... dan sebelum kunci pintu..., gua siap pesan lagi pada mereka, "jika toyol, pontianak, langsuir lalu... tak perlu takut kerana mereka juga makhluk seperti kita, dan mereka lebih hina dari kita... sebab tu muka hantu2 tu semuanya hodoh belaka, bagitau kat hantu2 tu... Ayah kirim salam..." lu orang boleh bayangkan betapa pucatnya muka masing2...

Atas sifat kasih... terhadap amanah Allah ini, gua skodeng juga mereka melalui tingkap, gua lihat yang anak perempuan tu mengerekot berselimut sambil menangis, yang sulong berselimut tutup seluruh badan dan yang kedua bersandar di dinding kereta layan lagu dari handphone dengan muka poyonya sambil bertepuk tampar dengan nyamuk... dalam suasana berhimpit antara satu sama lain. Akhirnya.... Ayah mana yang tak sayangkan anak oooiii.... gua benarkan mereka masuk kerumah pada jam 3 pagi... sambil masing2 memohon maaf tak akan buat lagi....

Hasilnya kini... Alhamdulillah... mereka terlindung dalam rahmat Allah dan kekuasaannya hingga saat gua menaip ini, kisah yang akan datang gua serahkan kepada Allah jua... gua hanya membimbing dan menunaikan amanahNYA sahaja, setakat ini anak2 gua tidak sebebas kawan2 sebaya mereka yang gua lihat adakalanya naik motor dan masih berkeliaran lagi melewati jam 10 malam, nauzubillah..., semoga anak2 gua terhindar dari perlakuan sebegitu.

Di sini gua sekadar berkongsi pengalaman membesarkan anak2 pada zaman millenium ini dengan lu orang semua... bergantung pada persepsi masing2, dan inilah cara gua, mungkin tidak sesuai dengan cara lu orang pula. Bagi gua... ada masanya gua (kita) sebagai ibubapa perlu bertegas dan berlembut, dan ada masanya gua layan anak2 gua macam kawan2 jer...

Sebab itu dalam kes tembak mati ini... gua malas nak ambik pot.... mahupun simpati berlebihan, atau simpati kerana kepentingan politik.... anggaplah adanya hikmah serta pengajaran baik dan buruknya disebalik kejadian ini kepada semua ibubapa seluruh Malaysia, wallahuaklam.....

20 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Wednesday, April 28, 2010 8:50:00 AM  

Salam ISA..

masalahnya, bila kita ajar anak kita dengan cara begitu (ES juga pernah mengunci pintu dan tak benarkan Along dan Angah yang masih di bangku sekolah rendah waktu itu, masuk ke rumah. Kesalahannya, balik lambat waktu malam - sehingga jiran datang masuk campur), kita dianggap kejam dan mendera...

Anonymous,  Wednesday, April 28, 2010 9:11:00 AM  

kadang2 masuk akai juga cakap lu bro..anak jantan gua pun sama..yarabi kalau dah klua payah tul nak balik...kejab2 bah, last2 1 jam baru timbul..gua sometime very the..ngan anak jantan gua


i'm no king

Yong Wednesday, April 28, 2010 9:45:00 AM  

Ade juga pembaca yang sependapat dengan mike, tapi tak mahu komen sebab tak mahu curah garam kat luka. Biarlah keluarga tu merawat luka mereka. Kata orang tua2 sesal dahulu pendapatan.

Sebagai warga Shah Alam, setahu Yong, bandaraya ni aman. Orang muda Shah Alam pulak gemar lepak di kedai mamak sampai lewat malam. Kalau ade bola hmm...Kat Seksyen 8 ade polis kontijen. Kat seksyen 10 (11?) ade balai polis besar. Oleh kerana polis kelihatan buat rondaan, warga Shah Alam sentiasa rasa selamat. Takkan ade penyamun dok lalu lalang situ kot? Kome fikirlah.

Yong pun ade kenal sorang dua pegawai polis yang kata kerje deme dan anggota bawahan sangat stressful. Sering kena buat perkara yang bercanggah dengan hati nurani mereka. Tapi ape nak buat, kelayakan tak cukup untuk jadi pegawai bank, PTD dsb. Kesian Yong dengor kelohan deme.

Yong harap kejadian ini hendaknya cuma "isolated incidence," jangan berulang2 sehingga negara kita jadi negara polis (istilah Madey).

Pihak berkuasa perlu cari formula untuk menentang jenayah tanpa mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Macam mana caranya? Janganle belajor dengan Zionis Israil. Belajor dengan polis jepun. Dulu Madey suruh kita pandang ke timur, tapi mengaji tak abih. Pandang ke timur jadi ajaran sesat kronisme dan rasuah.

Jepun tak guna kekuatan tentera dan polis untuk melonjakkan ekonomi mereka. Ingat, mereka kalah perang dunia kedua!!

mangchikla Wednesday, April 28, 2010 10:53:00 AM  

setuju ngan pendapat yg yong , n kakcik bagi. kekadang teman tepikior, teman dulu mcm nih ke masa memuda dulu dulu.. hesssh idak gak. Beza dulu skrang, mamak 24 jam, cyber cafe 24 jam, bola 24 jam. Lagi satu teman rasa ler, bebodak nih takde tanggung jawab, jiwa kosong tuh yg gi megambu tak tentu hale, cakap kwn itu ler btoi mak bapak cakap langsung tak dengor. Pengalaman den la, jgn sesekali bagi anak gi tidor ke umah kwn. Dari situ die start belajor kuar memalam. Nama anak kengkawan sumer baek baek, muzammil la, Anas la, mak bapak pon kite kenai, sampai siap anto ke pintu ghumah kwn tuh. Alih alih , elok ilang dari mata, deme teghuih keluor , gohpe ghope nye ronda sampai ke Sri Hartamas nak tgk bola big screen, atu tgk ghamei, patah balik ke restoran kayu kat Damansara kemende, tgh mlm , naik kete 11 org sume takde lesen. Gamaknyer si arwah ni lebih kurang gitu le agaknye.. sedih gak , budak nih gi tuition sama ngan anak den di mawar seksyen 9. Amik iktibar gak la mak bapak, kene tgk aktivit harian diorang, khusus satu masa utk berinteraksi, baca quran ersama ke, buat ta'alim/tazkirah bersama ke, apo apo la heh. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma Arjuni fi musibati, wakhlufli khairan minha, ameen. Teman rasa elok di 'review' balik masa operasi restoran mamak, cyer cafe nih, wallahu 'aklam

ISA Wednesday, April 28, 2010 11:04:00 AM  

Salam KakCik Seroja.

Kejamkah kita...? Pendekatan yang di ambil adalah sebagai peringatan dan pengajaran kepada anak2 kita.

Yang hendak dibentuk adalah anak kita sendiri dan masa depan mereka, bukannya anak jiran kita.

Sikap kejiranan melayu, bagi saya banyak busybody, keprihatinan mereka dihargai, cuma caranya yang salah.

Maksud kejam dan dera ada definasinya tersendiri.

ISA Wednesday, April 28, 2010 11:12:00 AM  

I'm no king,

Salam bro... lama menyepi..?

Ini semuanya bermula dari awal peringkat umur pergaulan mereka.

Sebab itu berdasarkan perlakuan anak2 gua, dari umur yang sulong 12 tahun gua dah kuatkuasakan undang2 tersebut, sekat dari awal.

Hadkan sumber kewangan mereka, jika mereka dah terbiasa... memang sukar untuk diperbetulkan, kerana jiwa mereka akan memberontak.

Gua rasa masih belum terlambat untuk lu perbetulkan keadaan. Cuma kena ambil jalan yang betul saja, paham2 jelah "minded" anak2 zaman sekarang ni... lain sikit.

Anonymous,  Wednesday, April 28, 2010 11:19:00 AM  

Orang kuat umno (kluangman) marah pada kerajaan sendiri... baru dia tahu,bila dah kena batang idung sendiri.(Kuat jugak pengaruh si kluang nih, siap nak sound Ketua Pengarah)

ini adalah luahan dalam blog dia:


Sistem Permohonan Online Kementerian Pelajaran Matrikulasi bersifat durjana..
Hari ini hati terbakar di Putrajaya, terbakar kepada Pengawal Keselamatan, kepada Bahagian, Jabatan, Kementerian, bekas Menteri dan Menteri sekarang.

Hati terbakar dengan jawapan mereka dan perlaksanaan tugas dan kerja.

Putrajaya adalah petempatan baru Jabatan Kerajaan, dan sebegitu besar dan canggih perancangan, masalah parking cukup sedih. Tidak membenarkan kenderaan parking di sepanjang jalan yang direntang tali sekeliling bangunan sedangkan tempat parking tidak disediakan dan tidak cukup, adalah tindakan yang tidak berhati perut.

Cerita sebenar: Saya ke Putrajaya, Parcel E, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk membuat rayuan di atas kegagalan penempatan anak saya (SPM 2009) ke mana mana Matrikulasi. Sampai di sana jam 11.30 pagi selepas berjalan lebih 1KM dari tempat parking (Alamanda) dan kami kesana dari Johor (250KM)

Sampai di sana saya hulurkan semua dokumen yang diperlukan termasuk cetakan komputer keputusan gagal penempatan. Tak sampai satu minit (cekapnya) kerani tersebut memaklumkan anak saya tidak pernah memohon masuk matrikulasi secara online, tidak ada nama dalam database mereka. Saya katakan kepadanya mustahil anak saya tidak memohon sebab bukan sahaja memohon melalui online, malah kami (saya dan anak) sama sama update beberapa kali secara online (internet).
Keputusan yang dicetak (dibawa bersama) juga menyatakan 'tidak berjaya' dan bukannya 'nama tidak ada dalam database'.

Seterusnya dia meminta saya salinan permohonan online sebagai satu bukti. Jawapan saya kepadanya berbentuk pertanyaan, apakah 'salinan print permohonan menjadi satu yang diwajibkan'? Katanya tidak, tetapi digalakkan... Dan saya kata lagi, sistem 'gila' apa yang kementerian pakai kalau untuk membuat permohonan, dikenakan bayaran (beli pin RM10 di Bank Simpanan Nasional) dan selepas itu dengan mudah dikatakan, permohonan tidak dibuat dan jika ada, mana bukti.

Hendak atau tidak, saya kena isi semula borang dengan makian dalam hati......pu..)*&^^&%$%$#@cela..**7lan..**&6

Ketika dan dalam masa yang sama, ramai lagi mangsa yang senasib dengan anak saya, malah ada yang 8A termasuklah anak saya (7A)tidak ada dalam database.. dan bayangkanlah kalau mereka tidak datang, sekadar surat rayuan kerana tinggal lebih jauh dari saya atau tidak berkemampuan (kos) untuk datang tetapi ingatkan semuanya ok, tentulah mudah untuk jabatan membakulsampahkan rayuan mereka ini. Celaka sungguh kakitangan kerajaan Kementerian ini. Kalau tak dapat kerana tak layak, cukup adil, tapi kalau tak dapat kerana 'celaka' mereka ini, memanglah zalim.

Bagi saya tidak mungkin sistem silap, yang mungkin adalah kecuaian dan kedurjanaan kakitangan bahagian ini (Matrikulasi). Siapa mereka? - Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha, Timbalan Menteri, Bekas Menteri dan Menteri sekarang. Mereka golongan yang di amanahkan tetapi bertindak zalim kepada rakyat dengan cara ini secara langsung atau tidak.

Malam ini saya akan email kepada Ketua Pengarah dan hantar ke media utama (Utusan Malaysia) - mereka yang malang diluar sana mungkin ramai dan perlukan pembelaan yang sewajarnya.

ISA Wednesday, April 28, 2010 11:22:00 AM  

Salam Yong,

Yong katakan "Oleh kerana polis kelihatan buat rondaan, warga Shah Alam sentiasa rasa selamat. Takkan ade penyamun dok lalu lalang situ kot? Kome fikirlah."

Rasanya saya dah huraikan keraguan berkaitan polis dalam n3 ini.

Bandaraya Shah Alam memang aman, kerana saya sendiri orang Shah Alam. Ramai orang muda Shah Alam suka melepak di kedai2 mamak sampai lewat malam, apatah lagi jika ada bolasepak.

Persoalannya, apakah sebagai ibubapa kita merelakan anak kita yang masih bersekolah untuk melepak atau berada di luar rumah sehingga lewat malam..???

Kebebasan ada had dan batasnya kepada anak2 yang masih bersekolah, dan ada had batasnya kepada anak2 yang masih belum berkahwin dan masih dalam tanggung-jawab ibubapa.

Edyes Wednesday, April 28, 2010 11:22:00 AM  

salam bro...

hari nie hari sifulan tu kehilangan anak... lu tergamak tambah garam kat luka diorang... terima kasih...

mungkin kebetulan kejadian tu berlaku pukul 2pagi, tapi tak mustahil boleh berlaku pukul 10malam... waktu anak2 lu balik dari tusyen...

gua cakap terus terang, mental gua tak sekuat mana... gua selalu mohon pada tuhan, janganlah bg dugaan yang gua sendiri tak boleh nak hadapi... anak gua tu nyawa gua beb...

gua tau lu pandai jaga anak, displinkan anak... cara lu tu tak ubah mcm cara arwah bapak gua jaga anak... dan gua pun akan buat camana lu buat...

tapi, isu nie bukan pasal jaga anak... lu kena paham tu... kalau mangsa nie anak cina sekalipun, aku tetap akan support... samalah seperti keadilan untuk anak altantuya... sama juga keadilan untuk rakyat palestine...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) Wednesday, April 28, 2010 11:26:00 AM  

penat dah aku perati isu neh. aku pun serba salah. terlalu ramai yg cuma memandang kes neh dr sudut politikal.

aku paham dalam berpuluh ribu anggota polis yg ada kat luar sana, tak semuanya baik, dan tak semuanya jahat. mereka pun manusia.

aku cuma memikirkan ade logik ke mereka nak bertindak tanpa sebab? sekadar nak tunjuk kerek yg depa ada pistol? pistol ngan peluru tu semua nak kene antar chekck-out kat balai. takkan dorang main sesuka nak tembak je?

pasti ade sebab. namun, tak kira ape pun sebabnya, rasanya sampai ke sudah kita mungkin tak tau kisah sebenar. sebab kat malaysia neh semua nak main cover line. huhu.

cukuplah kita sekadar sedekahkan al-fatihah kepada mangsa. mudah-mudahan arwah terlepas dari seksaan kubur.

ISA Wednesday, April 28, 2010 11:34:00 AM  

Salam mangchikla,

Gua setuju dengan komen saudara. Dan itulah yang gua risaukan buat anak2 gua.

Keseluruhannya adalah berbalik kepada kita sebagai ibubapa untuk mengawalnya.

Takan kita nak salahkan kedai mamak, cybercafe dan sebagainya...? Tak logikkan..?

ISA Wednesday, April 28, 2010 11:44:00 AM  

Salam Edyes,

Gua rasa lu kena fahamkan betul2 apa yang gua tulis. Tuduhan gua tambah garam pada luka, agak keterlaluan bro...

mengikut komen lu ini, cara jawapan gua very simple. Gua letakkan kesalahan kepada kedua2 belah pihak. Atas kecuaian masing2. Dan jawapannya sepeti contoh yang gua berikan dalam n3 ini.

Apabila perkara telah terjadi, masing2 cuba menegakkan benang yang basah.

Nota: Gua pun di antara bapa yang sedang belajar membesarkan anak dengan cara tersendiri. Semuanya pengalaman baru... kerana kita ini hidup sebagai roda yang berputar, so.. belajar dari pemerhatian sekeliling.

Terima kasih.

ISA Wednesday, April 28, 2010 11:52:00 AM  

Akeji Hiroshi,

Gua setuju dengan lu, ramai dikalangan pembaca yang terlalu taksub simpati tanpa memikirkan situasi atau senario yang berlaku pada masa itu.

Membuat spekulasi seolah mereka2 itu berada di tempat dan sebagai saksi kejadian.

Simpati dalam konteks political mileage, usah dipertikaikan. Itu sudah pasti.

hairan,  Wednesday, April 28, 2010 2:09:00 PM  

anak2 bawah umur mmg kurang fikiran mereka, ini tidak menghairan jika mereka curi2 keluar rumah atau bawak kete ke moto ke apa aje... sbb mereka masih tidak boleh berfikir rasional.

tapi yg lbh menghirankan ialah polis yg tentu dah tua bangka otak pun dah lbh matang dari pala lutut masing2 tuh TAK BOLEH BERFIKIR DAN BERTINDAK RASIONAL tuh yang sungguh sungguh sungguh menghairan dalam negera kita yg dipanggil 'bolehland'

Agaknya sbb masing2 ada pistol tuh yg ikut sedap aje nak menembak. Kadang2 otak jahat aku nih terfikir gak 1 masa nnti kalo polis2 nih 'tertembak' anak2 org2 kaya atau anak2 menteri baru pak2 menteri dan ketua2 polis kita nih kelam kabut. Biasanya org melayu nih kalo tak kena diri sendiri dia tak dulik apa, lbh2 lagik kalo yg kena tuh rakyat biasa. Pi mampos la kita sorg2.

agaknya inilah konsep 1malaya... pemimpin diutamakan rakyat dimamposkan.

akhirnya kepada Allah juga kita kembali.

azman kamarul Wednesday, April 28, 2010 3:40:00 PM  

Hanya Allah yang mengetahui...masing-masing ada tanggungjawab tak kira ibu bapa atau PDRM dan Allah telah memberi batas-batas yang perlu kita ikut.

Itu saja takut nak komen banyak...anak gua masih ada sebaya allahyarham yang ditembak polis itu.
Jadi apa yang dirasa oleh si ibu memang dapat gua rasakan....betapa kejam dan laknatnya perbuatan itu.Cuma itulah....janga nbiarkan anak-anak merayau melepasi had sempadan waktu yang sepatutnya.

ISA Wednesday, April 28, 2010 4:14:00 PM  

hairan,

Dalam bab polis ni, gua pun sependapat macam lu.

ISA Wednesday, April 28, 2010 4:16:00 PM  

Azman Kamarul,

Setuju bro..

Anak2 gua pun sebaya juga bro... minta dijauhkanlah dari perkara2 yang tidak elok.

hassan bp,  Wednesday, April 28, 2010 4:36:00 PM  

ulasan ISA ini adalah yang terbaik
daripada banyak yang lain.
polis ada yang baik banyak yg celaka.
namun aku tetap tak yakin kalau polis
sendiri yang menyiasat.

Anonymous,  Thursday, April 29, 2010 7:44:00 AM  

Assalamualaikum...

susah mau ckp. benda dah berlaku. Harap PDRM ambil iktibar. Ada yg bagus dan ada yg tidak. Kat malaysia ni kadar jenayah pun rendah. sepatutnye anggota tidak perlu menggunakan senjata jika keadaan terkawal dan tidak diancam. Tidak perlu tembak kereta itu, sepatutnye kejar dan tangkap. Mpv polis proton waja yg sudah tentu lebih laju dan stabil dari iswara buruk tu. Dalam Mpv ada laptop untk digunakan bagi mengesan no kenderaan, penjenayah, dan sebagainye. Ada juga radio utk berhubung dgn pusat kawalan. Pemandu Mpv adalah pemandu terlatih. Terbaik dlm mengendalikan kereta. Takkan lah tak boleh kejar dan tahan iswara buruk yg budak kecil bawa. MEMALUKAN SUNGGUH. Berhenti jadi polislah. Kenapa perlu tembak? Dah gian nak menembak ke? Atau nak cepat naik pangkat? Kenapa pukul budak yg lg satu tu? Cuba kami pukul kamu pulak. Ape perasaan kamu? Oh lupa lak, memang bila seseorang rakyat biasa ditangkap dan dibawa ke balai utk siasatan, kaedahnye adalah penderaan untuk mendapatkan maklumat. Penderaan bukan dibahagian muka atau tempat yg boleh nampak, tetapi tempat yg tidak nampak spt perut,kaki,belakang badan dan sbgnye. Takkanlah nak bermanje pulak kan? Tapi kalau anak kenamaan, jentik pun tak berani. Kenapa ek? Kalau tak percaye tanyelah sesiapa yg pernah masuk lokap. Jgn kejam sgt. Kamu pun manusia. LOGO PDRM TU TERTERA NAMA ALLAH DAN MUHAMMAD. Kamu junjung atas kepala. Tapi kamu buat dosa. Kalau bala tak dapat kat kamu, nanti keluarga kamu yg dapat. Taubatlah. Kenapa reka cerita lepas tembak? Nak bagi rakyat nampak yg budak tu penjenayah? Tanyalah 1 malaysia, semua org tau Polis memang pandai buat bukti dan menghilangkan bukti. Betul tak? Kalau tersalah tembak ambil senjata lain letak kat mayat tu dan kata dia penjenayah. Org akan percaya ke? Pastu panggil media laporkan. Tutup cerita. Semua kata Polis bagus. Kalau benci kat org tu, suruh kawan tahan, letak barang haram pastu tahan. Dakwa dia jual brg haram. Gantung dia. Semua ni rakyat tau. Tapi tak mau cakap. Bukan ape, takut dapat masalah. Kau ada kuasa, kau boleh buat pe saje kat kita. Tapi kau lupa Tuhan nampak. OH lupa lak dosa tak nampak. Kalau nampak kau tak buat. Baguslah skrg tembelang sedikit demi sedikit makin pecah. Baru kau tau mcmmana. Ingatlah kita ni sementara je kat dunia ni. kita akan berkeluarga dan ada anak. Kalau perkara ni terjadi, jgn lah salahkan tuhan itu tidak adil. Kita ingatkan kembali dosa-dosa silam kita. Masa tu jgn nyesal. Munkin bukan sekarang tapi zaman cucu cicit kita. Anak anak kita makin hari makin bijak. Dunia dah berubah. Bukan era 70, 80an lg. Zaman milinium ni. Susah nak dikongkong. Mereka lg bijak dari kita. Dulu kedai jam 10 dah takde lg. Sekarang 24jam. Kalau pukul nanti dia lari. Kita lak kena tangkap kes dera anak pulak. Dunia semakin mengarut. Dah nak akhir zaman. Fikirlah. ok cau cin cau.

Unknown Friday, April 30, 2010 9:54:00 AM  

mungkin betoi kata bro isa kes anak keluar malam ni balik ke bapak ibu. kalau saya sendir dah umur 30an pun bila balik rumah bapak saya, saya akan ikut peraturan dia. sblm magrib memg dah ada di rumah.

bila amlam seboleh2nya saya tidak mahu keluar. kalau ada kawan ajak minum saya saya akan bagitahu bapak saya keluar dgn si polan si polan. umur saya 30an bukan belasan tahun.

tapi kalau saya dirumah sewa sendiri saya akan keluar atau balik rumah ikut suka saya. untuk anak2 yg belum matang memg bapak ibu la menentukan disiplin anak2. anak2 dah besar dan matang bapak ibu cuma mampu berdia anak2 mereka akan sentiasa sentiasa mengingati segala tunjuk ajar yg diberi sejak kecil. memg bapak ibu 100% tidak akan kenal nak2 mereka bila saja anak2 ini tidak tinggal sebumbung.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP