IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Keluar PKR Dengan Alasan Yang Sama...???

>> Thursday, April 15, 2010

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu mengumumkan beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan menuding kelemahan kepimpinan parti itu sebagai alasannya.

“Saya membuat keputusan ini kerana saya telah dipergunakan oleh kepimpinan parti untuk berkhidmat demi kepentingan beberapan individu tertentu,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Keputusan itu dilihat sebagai kritikal ketika Pakatan Rakyat-PKR berhadapan dengan cabaran mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Wakil rakyat ini sememangnya menjadi fokus arena politik tempatan sejak kebelakangan ini.

Ketidakhadiran pada Majlis Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru di Istana Anak Bukit 10 Mac lalu menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya dalam PKR. Malah tindakannya yang dikatakan mengambil cuti sejak minggu lalu telah menimbulkan spekulasi kemungkinan beliau akan keluar PKR.

Sumber: MInsider.

Ehmmm... lagi.. lagi.. PKR.. PKR.. PKR.., apa sudah jadi ni...? Sememangnya kita semua sudah maklum ubn memperuntukan RM300juta untuk membeli Adun dan MP Pakatan Rakyat. Strategi mereka berjaya... sementelah lagi dengan dekatnya PRK Hulu Selangor sebagai isu menimbulkan keraguan kepada para pengundi dengan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Namun begitu.., alasan yang diberikan untuk keluar parti juga menimbulkan keraguan kepada gua, kerana semua yang keluar dari PKR memberi alasan adanya krisis keyakinan terhadap kepimpinan parti, apakah dengan sedikit terkilan dengan kepimpinan parti boleh menyebabkan tindakan yang drastik ini...? Fikir..fikir..fikir...

Atau mungkinkah ianya sebuah skrip yang telah digubah semolek-moleknya buat mereka, bagi menimbulkan keraguan penyokong dan rakyat..?

Atau mungkin ada kebenarannya juga... kepimpinan PKR bermasalah dan berat sebelah...? Semua perkara ini perlu di ambil kira, jika alasan sebegini berterusan gua yakin ianya juga akan menimbulkan satu persoalan kepada penyokong dan rakyat bahawa pimpinan PKR sememangnya bermasalah dan berkepentingan kepada individu tertentu seperti yang diperkatakan.

Sudah menjadi lumrah manusia, apabila disumbat dengan sesuatu isu dengan alasan yang sama secara berulangkali lama kelamaan akan dipercayai juga. Contohnya seperti Amerika menyumbat telinga penduduk dunia dengan tuduhan bahawa Islam itu sebagai penganas, jadi ianya akan dipercayai juga dan menimbulkan sikap anti Islam atau Islamfobia.

Apakah strategi ini digunapakai oleh ubn sekarang...? Dan dimanakah kebenarannya dalam isu Adun dan MP PKR ini..., pandai2 lah lu orang menilaikannya.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP