IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Judi Nombor Ekor...???

>> Sunday, April 04, 2010

Di petik dari email gua, persoalan dari saudara Choh Lebai Man berkaitan isu dalam siri Al-Kulliyah baru2 ini. Di siarkan terus tanpa sebarang edit.
 
Ass .....kum Datuk semua,
 
Dalam cebisan contoh2 yg diberi oleh Datuk Abu Hasan Din dlm Al-Kulliyyah:

Yang Datuk Abu Hasan Din dok asyik cakap pasai kegiatan judi dikalangan orang kita ni .... apa pasai Datuk hanya cuma dok quote example oleh warga2 emas yg umur 60an 70an dok beratur di kaunter kedai2 ekor (Magnum, Toto, 3-angka dsbnya).

Awat Datuk dok nampak tang depa saja? Kan depa ni kebanyakan dari golongan marhaen saja? Dah tentu nak cuba nasib .... try luck .... kot2 boleh dapat habuan. Mana baik dgn yg puak2 atasan yg sudah cukup mewah kaya raya pun dok sapu duit haram secara makan rasuah atau menyeleweng dan salahguna kuasa? Awat yg tu okey ka? Tak berdosa ka? Tuhan tak larang ka? Nabi tak larang ka?

Cukup terang lagi nyata yg puak2 dari kalangan yg dah mewah, kaya raya (dah pasti dari hasil haram, rasuah dsbnya tu) seperti tokoh2 politik, korporat, kaum kerabat2 diraja, pak2 menteri dsbnya .... yg kononnya dikatakan membuat 'investment' (melabur) dalam syarikat2 gergasi termasuklah dalam syarikat2 judi dan arak.

Jika sampai dapat menjadi 'board members' iaitu ahli lembaga pengarah syarikat seperti yg diharam oleh agama Islam - syarikat2 arak (Carlsberg Beer & San Miguel di Filipina & Judi (Genting & judi2 berlesen - Magnum, Toto, 3D dll (semua tu halal lah tu kot? ustaz? Datuk?) . Dan buleh Datuk buat tak tau saja? Buleh Datuk buat tak nampak nu? Buleh Datuk sembunyikan biji mata Datuk nu? Atau awat? Datuk tak nampak langsung ka? atau buta kayu kot? Saja2 buat tak nampak lah tu? apa lagi? takut kena lucut habis segenap title yg ada ..... kan? kan?

Walhal depa2 yg dok dipuncak atas tu lah punca segala2nya. Depalah yg punya angkara. Kalau tak dak kegiatan haram (yg dilarang agama) yg dilakukan oleh depa tu ....... kita tak akan lihat warga2 60an-70an dok beratur bernirai2 beli nombor ekor. Begitu juga dgn di bar-bar counter kat pub2 dan 'waterhole' (kalau di negara Arab, Mekah - waterhole sama mcm 'telaga zamzam') yg memang banyak terdapat di seluruh pelusuk negara Malaysia kita yg mengamalkan Islam sebagai agama rasmi.

Apa dah jadi Datuk? Jangan dok cari salah orang2 dari golongan marhaen saja .... padahal puak2 dari golongan atasan lebih teruk lagi..... awat takut nak kasi sound sama depa? Baik Allahyarham Ishak Baharom (Mufti Wilayah ke Selangor?) berani tegur walaupun kena tempeleng hingga tersungkoq...... sebab menegur Agong (Johor) pasai memakai rantai emas satu ketika dulu.

La ni .... Awat Datuk takut jadi macam tu ka? takut kena rembat oleh puak2 yg berkuasa di dunia tu ka? Sebab keadaan lagu tu lah maka ramai orang yg pandang lekeh pada jenis ulama2 mcm Datuk ni. Lagu mana orang nak respek. Orang tak respek Datuk! Hanya yg seangkatan dan yang sewaktu dgn puak2 tu saja yg sanggup bersekongkol dan respek bagai nak rak kat golongan yg banyak kepura-puraan saja.

Pikiaq2 lah sendiri .... dgn otak yg Tuhan bagi.
 
dari matahati,
Choh Lebai Man
 
(ada lagi sambungannya berkaitan isu Buang Bayi dan Perkahwinan)

3 IkutSukaLu...::

omaq,  Sunday, April 04, 2010 4:49:00 PM  

la...yang kena penampaq ngan agong dr johore tu almarhom Ishak Baharom ka...aku mati2 dok ingat dato' hassan din alhafiz...sumpah aku ingat dia ni yang tegoq agong pakai banggle ka rantai emas pun tak tau la,sampai kena penampaq depan orang ramai....rupanya aku silap la....

badrul.hayat Sunday, April 04, 2010 5:33:00 PM  

skrg byk special draw nak kutip duit.kerajaan takdak duit

zulkifli Sunday, April 04, 2010 6:20:00 PM  

Ini satu ulasan yang memang pedas untuk diterima oleh Ulama kita. Tapi, banyak kebenarannya...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP