IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ini Taik Siapa Pulak...????

>> Friday, April 09, 2010


SEBAHAGIAN daripada penduduk rumah kontena terpaksa berada di luar rumah pada siang hari kerana tidak tahan dengan bahang panas dalam rumah mereka di Teluk Air Tawar Butterworth Pulau Pinang, baru-baru ini

BUTTERWORTH 8 April - Setiap insan pastinya mengimpikan kediaman yang selesa dan sempurna sebagai tempat berteduh serta berlindung daripada hujan dan panas.

Namun, bagi 33 keluarga di Teluk Air Tawar di sini, kehidupan mereka tidak ubah seperti pelarian apabila terpaksa tinggal di rumah kontena sejak 14 tahun lalu.Ia berikutan rumah yang dijanjikan oleh pemaju yang mengambil alih tanah tapak kediaman mereka masih tidak nampak bayangnya.Malah lebih memburukkan keadaan, mereka seolah-olah merempat kerana kawasan rumah kontena itu terletak di dalam belukar.

Wakil penduduknya, Chew Wan Tong, 55, berkata, mereka telah puas bersabar dan kini merasa begitu tertekan setelah pemaju berjanji segala urusan pembinaan rumah itu akan siap dalam masa tiga tahun.

"Tanah seluas 10.8 hektar ini asalnya milik Kementerian Pertahanan berhampiran Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dimajukan untuk pembinaan 270 unit kuarters bagi anggota dan pegawai TUDM.

"Projek ini dimajukan oleh sebuah syarikat dan apabila dimulakan penduduk dipindahkan ke rumah kontena ini manakala sebahagian lagi berpindah ke luar kawasan lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid.

Difahamkan kawasan berkenaan yang mengandungi empat blok kontena didiami kira-kira 200 penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.Pihak pemaju terbabit hanya menyediakan kemudahan elektrik dan air kepada penduduk tanpa kemudahan lain seperti jalan masuk atau dewan.

Tambah Wan Tong, pemaju berjanji untuk menyediakan rumah kos rendah kepada penduduk dan sementara menunggu projek itu disiapkan dalam masa tiga tahun, mereka perlu menghuni kontena tersebut.Pemaju katanya, turut berhasrat membina projek apartmen mewah bernilai RM600,000 sebuah di kawasan itu namun hasrat mereka terbantut ekoran kemelesetan ekonomi.

Projek berkenaan seterusnya dijual kepada Pernas sebelum diserahkan kepada pemaju baru. Pemaju baru kemudiannya menukar perancangan kepada projek perumahan Taman Aman Maju meliputi 350 rumah teres tiga tingkat, sebuah flat tujuh tingkat dengan 298 unit serta sebuah banglo tiga tingkat.

"Mereka menjanjikan rumah pangsa kos rendah kepada setiap keluarga yang dipindahkan beserta wang pampasan untuk sementara waktu selama tiga tahun.

"Tapi sampai bila lagi kami harus tunggu kerana terlalu lama kami merana tinggal di rumah yang langsung tidak sempurna macam rumah orang lain.

"Malah kenduri-kendara atau jamuan pun tak layak nak dibuat di sini sebab keadaannya terlalu daif," ujarnya lagi.

Perkara sama diakui Siti Rahmah Ibramsah, 55, yang menjelaskan, dalam tempoh 14 tahun itu ada beberapa penduduk asal kawasan telah meninggal dunia.

"Ini menyukarkan lagi proses mendapatkan rumah kerana ada yang terpaksa mengubah borang perjanjian yang telah ditandatangani dulu.

"Suami saya Md. Ani Din telah meninggal dunia sejak lapan tahun lalu dan kini saya tinggal di sini bersama seorang anak di rumah yang semakin uzur ini," katanya.

Beliau memberitahu, lantai rumahnya reput selain atap bocor kerana tiada penyelenggaraan daripada pemaju. Sementara itu, Jahara berkata, pemaju yang terlibat perlu bertanggungjawab ke atas nasib yang dialami penduduk di situ.

"Saya difahamkan juga kini pemaju mahu memasang meter elektrik individu atas alasan kononnya penduduk menggunakan elektrik secara berlebihan.

"Tetapi kalau begini keadaan rumah mereka dengan panas dan tak selesa, pastinya tak mustahil bil elektrik meningkat kerana kipas dan pendingin hawa dipasang sentiasa," ujarnya.

Jelasnya, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan kerajaan negeri perlu campur tangan dalam menyelesaikan perkara tersebut demi menjaga kepentingan semua penduduk.

Sumber: Sedaka Sejahtera.

Ishh..ishhh...ishhh... jahat sungguh kerajaan pulau pinang yeeaaaaa..... masih ada lagi rakyat yang merempat dalam kontena..... mana shahrizat... mana ketua umno pulau pinang... mana perkosa... lu orang tak nak bantu ke....????

2 IkutSukaLu...::

Putra IJ80 Friday, April 09, 2010 8:37:00 PM  

Pengalaman Gua sewaktu di tugaskan di kawasan tur,

Ada satu keistimewaan nya.

Dalam Belukar sebelah penempatan tur ada banyak biawak.

Kalau tengahari,bole nampak berpuluh puluh ekor berbagai size.

Anonymous,  Friday, April 09, 2010 9:40:00 PM  

dah lama dah, hasil tinggalan bn tu,...aku taula

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP