IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hilang Hulu Selangor Dapat Sabah... Mungkinkah..???

>> Tuesday, April 27, 2010

Semalam gua melepak dengan beberapa orang bloggers, dari maklum balas yang gua dapat..., masing2 sedih kerana kekalahan di Hulu Selangor... ha..ha..ha..., itu hak diorang nak berasa sedih. Ada gua kisah.... adat bertanding la... menang lawannya kalah, lagi mau cerita pasal hantu ka...?

Bagi gua apa yang nak disedihkan, sebab yang bertanding itu hari Parti PKR menentang Kera..jaan... bukannya sebuah parti politik berlawan dengan parti politik. Lu orang paham ka... maksud gua... pandai2 lu orang la... makcik kat Felda dah bertepuk tangan bergumbira dengan duit seribu... overdraft RM49 ribu bila tahun nak dapat dan bank mana yang akan isu overdraft tersebut pun tak tahu lagi... mungkin bank adik dia agaknya....

So... buat pengubat kesedihan dan hati lu orang yang duka lara tu..., kat bawah ni ada berita gumbira... buat lu orang semua, jikalau berita ini menjadi sebaliknya, sudah tentu kecoh 7 hari 8 malam dalam surat khabar pencacai dan media tv diorang secara mengkhinzir gila... wa cakap lu... (jangan tanya gua macam mana boleh dapat 8 malam... sebab gua gunapakai kamus magik umno apco... tiada yang mustahil... semuanya boleh jadik punyeaaarrrr....).


PKR Cabang Tenom hari ini menerima lagi penyertaan baru keahliannya dari Kg Kalamatoi, Tenom. Borang keahlian telah di serahkan kepada Halik Zaman, Ec-Officio Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah merangkap Ketua Informasi & Komunikasi Bahagian Bahasa, oleh tiga orang wakil dari Kg Kalamatoi yang terdiri daripada Mubin bin Labong, Peter bin Labong dan Johari bin Mansiang.

Ketiga-tiga wakil berkenaan telah menyatakan bahawa penduduk pedalaman Tenom kini telah menyedari diri mereka hanya dijadikan alat demi untuk menyempurnakan hasrat mereka yang hanya mementingkan kepentingan diri mereka sahaja.

“Apabila para pemimpin BN telah mendapat apa yang mereka hajati, pengundi-pengundi yang telah mengundi mereka dilupakan begitu sahaja. Kepedulian terhadap penduduk setempat yang mereka wakili diabaikan begitu sahaja. Kami menyesal dengan sikap mereka,” jelas Peter Labong.

“Maka kerana itulah, penduduk kampung kami kini telah bertekad untuk beralih arah kepada PKR dan berharap PKR mampu mengisi piawai kepimpinan yang mereka dambakan selama ini,” tegas Johari Mansiang pula.

Dari kampung Gumisi Tenom, Ladis Bakir dan Lai Tet Sui turut menyerahkan borang-borang keahlian PKR. Apabila ditanya apakah sebabnya mereka ingin menyertai perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, kedua-duanya memaklumkan bahawa mereka telah mula bosan dan muak dengan sistem kepimpinan UMNO/BN bila ada PRU ada sahaja janji bohong mereka kepada rakyat.

Dari kampung Maugus, Tenom Sandi bin Nuiang dan Kanil bin Karim turut juga menyampaikan borang keahlian mereka. Borang-borang keahlian mereka telah di terima oleh Halik Zaman.

Rata-rata penduduk kampung berkenaan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan BN di Tenom. Menurut mereka, kebajikan mereka telah dinafikan sama sekali oleh Wakil Rakyat BN yang ada pada hari ini. Tiada kemajuan khusus diperuntukan untuk penduduk kampung.

Seperti yang di laporkan dan selanjutnya dari SabahDaily.

So... gua harap lu orang semua gumbira... hilang hulu selangor, nanti dapat Sabah pulak... weeiiii... Sabah kaya oooo.... hasil balak banyak... tapi selama ni kena rembat dengan ubn apco... masalah pendatang tanpa izin pun tak selesai sampai sekarang... ha..ha..ha....

6 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Tuesday, April 27, 2010 12:51:00 PM  

cam biasale..jgn angan22 saja..kerja mau kuat...setakat beberapa ratus masuk pkr belum cukup!kat sabah pun SAPP x join PAKATAN lagi..camane?kalu parti grass root sabah xdak dalam PAKATAN x bleh jugak!jangan tunggu ada prk baru nak berbincang..

broooo... Tuesday, April 27, 2010 12:58:00 PM  

sudah termaktub PR akan kalah di P094 - HS!

namun kita perlu terima kekalahan tersebut walaupun jelas menampakkan pengadil berat sebelah!

yang jelas, walaupun beribu aduan polis dibuat & beribu bukti dikemukakan... pasti tidak akan ada tindakan susulan!

walaubagaimana pun PR harus lah berbuat sesuatu bagi membatalkan keputusan PRK HS ini...

bawak kemahkamah, ke SPRM, SUHAKAM even ke mahkamah antara bangsa sekalipun jika perlu...

sebabnya...

1- dengan jelas PM najib menggunaakan tektik rasuah & ugutan dalam usaha beliau memancing undi

2- meyalahgunakan kuasa untuk mengunakan DANA KERAJAAN @ DUIT RAKYAT untuk kepentingan peribadi & parti bn.

3- SPR dengan jelas menyalahgunakan kuasanya untuk memindahkan pungundi kekawasan lain secara sesuka hati tanpa sebarang notis kepada pengundi. sedangkan bila didesak mengunakan pendaftaran automatik melalui JPN, SPR kata tak boleh kerana melanggar hak asasi manusia kerana undi tak boleh dipaksa!

saya rasa kepimpinan PR lebih arif dlm soal ini & cadangan saya ini dapat dipertimbangkan!

dan di SIBU PAKATAN boleh membuat kejutan, apa yang penting adalah FOKUS & kerja kuat! terutama dikawasan Melayu & pendalaman!

merbok,  Tuesday, April 27, 2010 1:50:00 PM  

nak ambik sabah??? elok laa tu.. sabah sarawak mmg kaya dgn hasil bumi tapi aku heran beb ada lagi kawasan yg takdak air/elektrik!! jalanraya jgn cakap laa... apa barang!!.. tu pun org sabah/sarawak dok sokong lagi BN!

Anonymous,  Tuesday, April 27, 2010 3:02:00 PM  

sini ada cerita baik punya. bukan bn je yang guna duit rakyat tapi pkr pun sama. habis dewan felda dan dewan serta pejabat kerajaan di kuala kubu baru digunakan oleh pkr. habis bajet selangor untuk tahun depan digunakan untuk PRK baru-baru ini. Ini bukn duit rakyat ker broo.

DA Tuesday, April 27, 2010 4:29:00 PM  

hehe....berangan je la korang macam mat jenin...

sasha2020,  Tuesday, April 27, 2010 9:47:00 PM  

Kapal dah nak karam...ada hati nak berlayar lagi....

Baiki dulu yg berlubang sana sini.

Tak sedar, PR akan tumbang di Kedah dan Selangor tak lama lagi ( tak payah nak tunggu PRU13)

Itulah balasan dari Allah...dulu sebuk nak suruh orang melompat parti....nah sekarang ni, tengoklah sendiri...ramai orang PKR dah keluar parti dan lompat parti...Padan lu punya muka!!!!

Kepada orang Sabah dan Sarawak, jgnlah diharapkan sangat PKr atau PR ni...Mereka lagi tak boleh diharap. Ada negeri pun tak tahu nak tadbir..

Sokong BN anda selamat. Hidup BN.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP