IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

GST Lagi...!!!!

>> Monday, April 26, 2010

Sekarang ini Malaysia semacam kalut dan terdesak sangat sibuk nak implementasikan "GST", siap ugut kakitangan awam lagi, kononnya nak mencapai 'negara berpendapatan tinggi'.

Kalau tanya sama gua, gua pun tak reti nak menjawab apa bagusnya jika Malaysia jadi negara bependapatan tinggi. Gua agak2 GST dan negara berpendapatan tinggi tu... saling berkait rapat agaknya. Entahlah.... gua ni bukannya pakar ekonomi, yang arif untuk menilai perkara2 semacam itu.

Apa yang nak gua persoalkan kali ini adalah baik buruknya GST:

1) Apakah kebaikkan dan keburukkan terhadap negara tentang perlaksanaan GST?
2) Apa kebaikan dan keburukan terhadap semua lapisan masyarakat seperti dibawah ini jika Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi:

a - Pakcik, makcik, atuk, nenek yang bekerja kampung (tambahan pula yang miskin).
b - Golongan peniaga kecil atau besar.
c - Golongan yang makan gaji samada swasta mahupun kerajaan.
d - Golongan pengusaha perniagaan seperti restoran dan gerai makan secara kecilan.
e - Dan lain2 golongan yang tidak disebutkan diatas.

Jika di tinjau kembali, dalam pada leka mengejar perkara yang di atas tu, kita juga sering terdengar berita mengenai kenaikkan statistik kes keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang semakin menjadi2.

Apakah mungkin dengan kenaikkan harga barang melalui GST ini akan menambah bebankan rakyat dan memungkinkan tekanan dan desakan hidup yang tinggi. Maka masalah kes buang bayi, rogol, jenayah itu dan ini... akan semakin meningkat, seperti mana boleh dikatakan setiap hari pasti ada berita akhbar yang melaporkannya. Itu bukti yang tidak dapat disangkalkan.

Di manakah rasionalnya dan di manakah silapnya kita ataupun kera...jaan, dalam sibuk mengejar kemajuan ini, kita juga sibuk dengan mendapat 'kemajuan' dalam hal keruntuhan akhlak dan kerohanian.

Apakah sebenarnya matlamat telus kera..jaan dalam perlaksanaan GST dan apakah ianya dapat menjadikan Malaysia kearah sebuah negara berpendapatan tinggi. Sedangkan hakikatnya sekarang ini adalah sebaliknya, contoh seperti tangga gaji pekerja kilang masih ditahap rendah.

Selanjutnya seperti di bawah ini;

"Sekiranya kerajaan ikhlas untuk mengetahui pandangan umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mereka hanya perlu ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Aktiviti Hari Buruh pada 1 Mei, Sabtu ini akan menyaksikan bantahan secara aman terhadap GST yang didakwa akan 'memiskinkan golongan miskin'.

Lebih 1,000 orang dijangka akan mengambil bahagian. - Malaysiakini.

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, April 26, 2010 8:20:00 PM  

ahahahaha....jawapannya..harga barang akan naik!!!!!!!!!!....tak da cukai yang membawa kebaikan la...ahahahaha

husni tu nak tipu..kan asyik cakap pasal integriti...ahhaa integriti la..kalau pengeluar tu tak pindahkan beban kat pembeli ... ahahahaha

azman kamarul Monday, April 26, 2010 8:54:00 PM  

GST....husni tu menteri mana tau susah senang rakyat kat kampung ni..dekat mengundi baru jengok kawasan mula lah tunjuk simpati ptuihhh....

Mula-mula GST ... ini dah mula ada angin bertiup duk bawa lagu minyak nak naik lagi dan elektrik nak naik lagi....

Beritau najib baik bunuh saja rakyat negara ni....dari diseksa perlahan-lahan begini.

Duit negara ni banyak sepatutnya kerana banyak khazanah yang keluar dari bumi ini...tetapi ke mana duit tu sampai begini sekali cara nak dapat duit....ada penyamun ke yang pi lesapkan duit negara ni.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Monday, April 26, 2010 11:13:00 PM  

kita kena ucap tahniah pada pengundi di hulu selangor.. rasanya dah cukup 2/3 terima kasih sebab nanti gst, minyak naik, takrif tnb dan macam macam naik

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP