IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

GEJALA KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH,,,,

>> Sunday, April 04, 2010

ISU BUANG BAYI - Sambungan dari n3 Judi Nombor Ekor.

Buang bayi - mati okey lah - close case. Tapi kesannya tetap memalukan juga. Tak malu ka Melayu? Islam plak tu? Bangsa lain (Kapiaq plak tu .... tak buat kerja terkutuk tu pun?).

Namun, banyak lagi kes 'buang bayi' yang hidup. Dan yang hidup ni sudah tentu akan membesar (growing-up) seterusnya. Kelahiran anak2 luar-nikah (mengikut laporan : 47 bayi purata sehari - banyak tu - kalau sebulan? dah jumlah 1,410 bayi lahir di luar-nikah - dahsyat tu? Datuk?).

47 bayi sehari (purata) - jumlah sebulan dah jadi 1,410 bayi yg dilahirkan tanpa bapa. Anak2 kelahiran di luar-nikah semua tu anak2 tak berbapa .... yang masyarakat Melayu kita seluloi dok sebut 'anak haram'. Semua tu status 'anak haram' belaka Datuk!

Bayangkan - semakin bertambah ramai (tahun demi tahun) jumlah bilangan warga Melayu/Malaysia yg berstatus 'anak haram' - camno tu? Datuk?

Ni pun kena cari puncanya ...... baru boleh cegah atau sekat .... prevention is better than cure..... cegah sebelum parah..... barulah boleh dihapuskan kot? Datuk?

Ini asyik dok kutuk dok salahkan yg jadi mangsa saja ..... mana bolleh selosai masaelah? Dok marah kat benda atau perkara yg dah terjadi (damage has been done ..... it's already too late .... Datuk?). Tak guna dok blame puak2 tu .... itu puak2 yg omputih kata 'the end result' ...... yang kena padahnya 'the end-users'. Buat lagu mana pun tak boleh selosai masalah.

Kalau dah terjadi .... terlanjur .... terzina ...... tersetubuh .... dan kesudahannya terlahirlah 'anak haram' ..... maka terpaksalah kita terimanya .... tak kan nak buang kot? Takkan nak tanam hidup2 kot? Takkan nak kasi mati kot? Kalau dok asyik dok nak selesai pada mangsa2 yg dah terlanjur ...... sampai bila2 tak akan terhakis atau terhapus atau selesai masalah yg dah dikira dah jadi wabak ni? Tidakkah ini semua adalah berpunca dari apa yg terdapat dibawah ni:

GEJALA KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH & BERSABITNYA AKTIVITI BUANG BAYI

It's the system. It's all about the system.
Ya! sistem adat dalam masyarakat Melayu kita juga. Sistem adat & trend perkahwinan dalam masyarakat Melayu kini.

Sistem yang menjurus kepada unsur bercirikan 'mata duitan' yang mementingkan 'harta & kekayaan'. Juga kegiatan yang memberi galakan kepada unsur2 'riak' selain dari keghairahan bersaing (lebih kepada bersaing secara tidak sihat). Ini mengakibatkan sikap berlawan2 & berlumba2 siapa lebih hebat - siapa lebih besar - siapa dapat tandingi aku - semua itu membawa kepada masing2 galak mempertahan ke-egoan masing2. Dan semakin menjadi2lah kegiatan lumba berlumba, lawan melawan sesama kalangan masyarakat Melayu sendiri.

Yang kaya raya tak kisahlah dan yang berada (apa lagi kaya dgn duit terpijak - hasil wang dari sumber haram) - itu semua tidak akan jadi masalah ..... bak kata pepatah Inggeris 'Easy come easy go'.

Tapi, yang jadi mangsa pada keseluruhannya adalah .... masyarakat Melayu itu sendiri.

Puncanya? Puncanya yang harus kita tackle.

Punca pertama adalah makbapak yg mementingkan 'harta & kekayaan' yang membawa mereka kepada bersifat 'mata duitan'. Ini dipihak makbapak disebelah perempuan dimana letak harga hantaran belanja ditetapkan atau ditentukan oleh makbapak dipihak pengantin perempuan.

Punca kedua adalah pasangan yang terlibat. Disini yang menjadi beban masalah adalah dipihak pasangan lelaki dimana kerapkalinya tidak termampu atau belum cukup bersedia untuk menepati syarat2 yang lebih bertumpukan kpd masalah kewangan. Dengan itu selalu terjadi kes2 tertangguh atau tertunda (sementara dapat menyediakan sejumlah yang ditetapkan).

Jadi, dalam kedudukan keadaan tertangguh inilah akan berlakunya bermacam2 ter ... itu .....ter ini ..... dan akhirnya sampai ketahap ketelanjuran hingga tercetusnya insiden yang tidak di ingini.

Maka sembilan bulan kemudiannya, berlakulah apa yang dikatakan 'kelahiran anak di luar nikah' akibat dari ketelanjuran perbuatan keji yang tidak dapat dikawal disebabkan keghairahan hawa nafsu yang kian memuncak.

Dan yang jadi mangsa diakhir episodnya ialah 'anak luar nikah' atau dgn lebih mudah disebut 'anak haram' oleh masyarakat Melayu kita juga .... sedangkan 'anak haram' ini adalah mangsa yang tidak berdosa langsung dalam perkara ini. Dan mangsa inilah yang senantiasa jadi mangsa yang teraniaya pada sebilang waktu.

Yang pelik tu masyarakat kita masih tak nampak dimana puncanya yang patut di rongkaikan ..... yg patut dihapuskan .....ataupun masih tidak mahu atau berkeberatan untuk membuang terus sistem adat yang membawa beban kepada generasi anak bangsa kita sendiri (jika diambil kira pada jangka waktu yang panjang - long term effect).

Bayangkan jika tiada sekatan atau pencegahan terhadap berlakunya gejala2 seperti ini dan ia akan terus meningkat jumlahnya tahun demi tahun? Tidakkah disuatu masa dan ketika nanti jumlah warga negara Melayu (yang beragama Islam lagi) yang berstatus 'anak haram' akan mengatasi jumlah warga2 negara yang dilahirkan secara sah (melalui sistem perkahwinan).

Yakni majoriti rakyat Malaysia adalah 'anak haram' .... dimana warga Melayu yang beragama Islam pulak tu? Tidakkah ini membawa kpd KE'AIBAN terhadap bangsa Melayu sendiri? Mana nak letak muka?

DAN Satu lagi punca dari satu lagi sistem adalah mengenai sistem penyampaian/penerangan yg banyak memaparkan hiburan2 yg melampau2 melalui sistem penyampai hiburan sampai kedalam rumah melalui media2 tv.

Dan ditambah pula lagi dgn pesta2 anjuran pihak stesen2 tv (yg semakin pulun berlumba2 sesama mereka) demi untuk menarik para penonton dari pelbagai lapisan dan peringkat umur untuk menjayakan, memakmorkan dan memeriahkan pesta2 anjuran pihak2 stesen tv (seperti Jom Heboh, Gegar, Suarasa, persembahan konsert2 dan acara2 siaran langsung oleh media2 tv untuk menggalak dan menarik penonton berpusu2 menumpu kelokasi2 dimana ianya dianjurkan.

Semua itu berupa hiburan belaka dimana kebanyakan Melayu2 kitalah yg mudah tertarik dan menerpa (rain or shine) ketempat dimana ada siaran tv secara langsung untuk masing2 ghairah berebut2 untuk menonjolkan muka masing2 untuk dapat masuk disiaran langsung siaran tv tersebut. Bila ada perhimpunan macam2 boleh jadi .... macam didalam gelap juga ...... macam2 boleh jadi.

Dalam perhimpunan seperti ini, bila lelaki perempuan berasak2 berhimpit2 sudah tentu dari situ boleh berlaku sessi 'warm-up' .... yg kemudiannya akan berlanjutan dan berlarutan hingga ke suatu peringkat yg kalau di filem sudah tentu akan di censor oleh pihak lembaga penapis. Ini pun salah satu sebab yg boleh terjebaknya mereka2 yg mudah terjerumus dalam kancah kegiatan yg boleh mengakibatkan hingga ke episode 'pembuangan bayi' (nine months after).

Puncanya .... disini adalah keghairahan melimpah-ruahnya HIBURAN YANG MELAMPAU2 (dlm serba serbi) anjuran pihak2 media tv juga (sama ada dari kerajaan maupun swasta).

Kalau tidak ada 'attraction' seperti ini ..... maka akan kuranglah tendency bagi mereka2 (esp anak2 muda) cuba mengambil peluang atau kesempatan untuk berfoya2 dgn pasangan masing2.

Juga ini pun mungkin boleh kira 'right time' untuk membalas dendam (disebabkan kahwin yg tertangguh atau tertunda - tergendala itu) di lepaskan pada masa dan ketika ini. Dan berlakulah episode 'kahwin free'....... maka 'dealing' dlm syarat2 hantaran belanja kahwin yg tinggi melambung tu sudah pasti akan jadi lebur begitu sahaja. Makbapak (dipihak perempuan) melepasssss .... menggigit jari aje ler. .... celah2 tu mana nak sorok muka?

Dari situ .... bermacam2 'action' dan 'reaction' berkemungkinan berlaku ....... itu yg timbul berbagai2 gejala negatif seperti apa yg dah terjadi dan berlaku dan terus akan berlaku dan terus berlaku jika sekiranya segala punca tidak segera dihapuskan sama sekali.

Pikiaq2 lah sendiri .... dgn otak yg Tuhan bagi.

dari matahati,
Choh Lebai Man

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP