IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Dah Semakin Celaka Jadinya..

>> Friday, April 02, 2010

Nak cakap lebih2 nanti, ada pulak yang buat repot. Tak pasal2 jadi macam sahabat blogger yang kesnya ditangguhkan ke bulan Oktober 2010.

Bila tak cakap, hati tak boleh terima dengan sikap mereka yang cuba menjauhkan Islam dari perlaksanaannya. Bagaimana hendak memuliakan dan memartabatkan undang2 Islam di negara ini, jika hukuman yang hampir kepada perlaksanaannya pun boleh main tarik tali.

Itulah halnya apabila yang memegang amanah berkaitan Islam diberikan kepada orang yang bukan ahlinya (gua cuba mengolah bahasa sedaya mungkin supaya tidak di anggap menghina, paham2 jelah... pembodek dan penjilat tegar ramai di luar sana, dalam hati gua... sumpah seranah berbakul2 nih.....ha..ha..ha...)

Kes dia dengan "nurse" tu pun boleh padam dari pengetahuan rakyat, inikan pula kes sebat menyebat ni... hampeh betul. Hukum Islam di pergunakan hanya untuk melepaskan diri, bukannya untuk dilaksanakan.

Aaahhhh... bagaimana untuk mendapat penghormatan jika perangai tidak menunjukkan ke arah itu. Lu orang pikirlah sendiri.

Di bawah ini surat dari PPMM berkaitan isu sebat nih..., macam gua katakan di atas tadi, nak cakap lebih2 tak boleh.... sumpah jelah dalam hati...


SIARAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Isu: Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor.



(Untuk Siaran Semua Media)


PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.
Titah perintah ini langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie atas kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya. Kartika juga telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi masih cekal mahukan undang-undang Islam dilaksana ke atasnya.
PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.

Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.
PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.
Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak. Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.

PPMM juga menyelar ahli-ahli politik termasuklah menteri-menteri, ketua pembangkang dan NGO-NGO lain yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi mengaut keuntungan politik atau populariti dalam isu ini.
PPMM menegaskan setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.
Bertarikh pada 1 April 2010
Di Bangi Selangor
Abdul Halim Bahari
Setiausaha Agong
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Tel: 019 3102552
p/s: Islam itu sudah sempurna..., hanya manusia2 seperti mereka2 inilah yang memperlekehkannya. Jawaplah lu... di sana nanti.

Update 12:33pm; MAAF..!!! Gua terpaksa tapis semua komen untuk n3 ini kerana ada mangkuk2 hayun "Tanpa Nama/Anonymous" yang membuat komen terlampau....

6 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Friday, April 02, 2010 12:08:00 PM  

Entahle yop.. w/pun teman ni bukan ahli agama.. tapi tahulah juga hukum hakam sikit sebanyak.. hmmmm

hj jamaludin,  Friday, April 02, 2010 12:09:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Matinya seorang Penghibur Din Ramboi diratapi ramai rakyat Malaysia. Tapi matinya Hukum Allah SWT di Malaysia tiada siapa nak ratapi kerana takut dengan hukuman manusia??????????

Anonymous,  Friday, April 02, 2010 2:43:00 PM  

allahuakbar! kawe pun rasa tok cayo
apa yg terjadi...rasa sedih pun ade
nak marah pun ade...apa sudah jadi dengan negara kita bro?..patut la sebelum rasul wafat,dia dah tahu dah
umat-umat dia akan jadi lagu ni ..mu jawab la..kalau aku jawab aku kedalam plak..

i'm no king

Unknown Friday, April 02, 2010 3:04:00 PM  

gua tak nak sebut walaupun tengah hangit ni. kalu sebut nanti gua pulak yang kena rotan. Ya ampon!!

Pak Oncu Friday, April 02, 2010 4:45:00 PM  

hehehehehehe mangkok hayun,,,, ISA tu bukan mangkok hayun but mangkok JAMBAN

PeNgEmiS dUniA Friday, April 02, 2010 8:21:00 PM  

percayalah...dalam tempoh setahun,malaysia akan ditimpa bala akibat perbuatan manusia yg membelakangkan hukum Allah

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP