IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Chief Khadam...!!!! Dia Berbunyi Lagiiiii...!!!!

>> Friday, April 02, 2010

Sabda Rasulullah SAW: 
“Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”

Walaupun hukuman sebat yang dijatuhkan terhadap Kartika oleh Mahkamah Kuantan bukannya bersandarkan kepada hukum Hudud, namun ianya menghampiri kepada hukum Hudud iaitu hukum takzir.

Betullah apa yang Mufta Perak katakan, tetapi ha..ha..ha... tetap ada tetapi pada gua..., walaupun ianya jatuh kepada hukum takzir, apalah salah sekira ianya dilaksanakan sebagai menghormati hukum ciptaan Allah SWT dan menjadi tauladan kepada umat manusia yang lainnya.

Gambaran yang diberikan melalui hukum Hudud, secara kasarnya nampak amat kejam. Namun kesannya dapat membentuk umat manusia supaya patuh kepada undang2. Allah lebih mengetahui akan sifat dan sikap makhluk ciptaannya.

Justeru itu apabila perkara ini sampai kepada manusia yang diberi ilmu dan diberi amanah serta di angkat sebagai Khalifah untuk menunaikan titah perintah Allah, diorang ini sepatutnya akur dan patuh dalam perlaksanaannya. Bukannya di olah dan mengubah sana sini hingga membelakangi dan menidakkan hukum Allah. Siapakah mereka..., adakah mereka setaraf dengan PENCIPTA hukum tersebut.

Sudahlah perlaksanaan hukuman Hudud di negara yang mengaku sebagai negara Islam ini di tolak mentah2, inikan pula hukuman yang menghampiri kepada hukum Islam pun di tolak...? Apa punya jenis pemimpin ni... apa punya jenis Ketua Agama Islam ni...?

Amat menjengkelkan sekali, apabila seorang Ketua Agama Islam bertindak membelakangi Islam. Menurut Mufta Perak lagi Sultan atau pemerintah mempunyai hak untuk mengubah peruntukan2 dalam hukum Takzir.

Jika atas dasar tidak memudaratkan si penerima hukuman gua setuju, tetapi daripada fakta hukuman sebat sendiri telah ada garis panduannya untuk menyebat pesalah wanita. Apakah Sultan dan pemerintah tidak melihat kepada pengajaran kesan jangka panjang hukuman tersebut kepada rakyat yang lain.

Mufta Perak juga membicarakan mengenai hukum Hudud, dalam konteks ini kepada Mufta Bangang sekor ni... samada ianya hukum hudud atau tidak, ianya tidak menjadi persoalan lansung, kerana sudah lebih dari 50 tahun pemerintah negara ini secara nyata seratus peratus menolak hukum hudud. Jadi apa kejadah bangang dan bebal sangat si Mufta pencacai umno nih... cuba nak sampaikan. Sultan Pahang toksah ceritalah... lu tau gua pun tau sudah la.... kalau tidak takan Gunung Kasino masih utuh berdiri...!!!!

Hakim Mahkamah Kuantan cuba untuk mendekatkan Islam kepada Rakyat, pun begitu ada pulak pemerintah yang cuba menjauhkan Islam daripada Rakyat. Apakah mereka lebih berkuasa daripada Allah...?
“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahan juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Gua setuju dengan pandangan Dr.Asri, hukuman secara islamik adalah hukuman yang boleh membentuk manusia supaya lebih beriman dan bertaqwa menjadi muslimin sejati. Natijah menolak hukuman secara Islam seperti yang kita perhatikan sekarang ini, pelbagai musibah dan keruntuhan moral umat Islam yang mengundang sehingga kes zina, sumbang mahram, jenayah, anak luar nikah macam yang gua sebutkan dalam posting sebelum ini... itu bukannya rakyat biasa, sedangkan dia sendiri tak betul... lagi nak menjahanamkan pulak... hampeh... dan macam2 lagilah.

Jadi janganlah kita berasa pelik selepas ini jika bertambah ramai lagi rakyat yang mengaku beragama Islam sesuka hati tonggang air kencing setan (arak) dan selepas itu ditangkap dan dijatuhkan hukuman kerja kerja khidmat kemasyarakatan. Lepas tu boleh tonggang lagi... hukum lagi... buat... lagi dan lagi dan lagi....

Dah macam haramjadah pulak dah... Islam semakin bercelaru dan mengelirukan... kerana adanya Mufta dan Ketua Agama yang tidak mahu mendaulatkan Islam. Mufti2 yang 12 lagi... semuanya pakat tengok saja... nak bersuara tak berani.... takut dapur tak berasap.

Perlukah gua angkat tangan mendoakan nama2 yang disebutkan pada setiap hari Jumaat...??? Kalau gua tahu segala aktiviti mereka yang tidak selaras dengan tuntutan Agama....? Diorang semua tu kan... chief of religious.... fuyyyyyooooooo tinggi pangkat tu.... "CHIEF"..... maaaaaa....

Teringat gua kat pilem Tiga Abdul, "mulai hari ini kamu semua kena panggil dia ini... Chief Khadam..." tinggi jawatan tu.... dan tinggi juga tanggung-jawapnya.... ha..ha..ha... jangan buat main2... berjawap nanti di akhirat.... time tu.. dah tak kenal lagi ... lu chief ka... chef ka.... semua kena henyak semacam jer.... beb....

Maka celakalah bagi mereka yang menolak hukum Islam secara nyata, dan celakalah juga kepada mereka2 yang berselindung disebalik hukum Islam demi kepentingan peribadi mereka.

1 IkutSukaLu...::

budakbalun Tuesday, August 24, 2010 8:56:00 AM  

aduyai... apa nak jadi la mufti negeriku nih!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP